6 Punca Dark Circle Muncul

Dark circle, panda eyes, mata panda; nama-nama ini semuanya merujuk kepada lingkaran gelap atau hitam pada kulit bawah mata anda. Penampilan ini membuatkan kebanyakan anda tidak yakin untuk keluar rumah tanpa secalit solekan kerana ianya membuatkan anda kelihatan penat dan tidak bermaya.

Menurut satu kajian pada tahun 2014 dalam Indian Journal of Dermatology, 71% daripada pesakit yang mengambil tempat dalam penyelidikan tersebut melaporkan bahawa keputusan mereka positif dalam mengalami tekanan yang berpunca daripada lingkaran gelap bawah mata. Ini sekali gus menunjukkan bahawa dark circle bawah mata adalah satu masalah estetik yang besar dan mengganggu kualiti hidup mereka. (Sheth PB, 2014)

Dark circle adalah masalah kecantikan yang serius bagi sesetengah individu. Walaupun trend solekan terkini di media sosial ada banyak cara-cara untuk hilangkan hitam di bawah mata tersebut dengan color corrector dan concealer, tetapi apakah sebenarnya yang menjadi punca dark circle? Pernah tak anda terfikir sejenak tentang punca-punca dark circle ni?

Anda berada di artikel yang betul, teruskan membaca untuk mengetahui tentang punca-punca dark circle dan penulis akan senaraikan beberapa cara untuk mengatasinya selagi boleh.

punca dark circle

Apakah itu dark circle?

Dark circle adalah lingakaran gelap bawah mata yang menampilkan seolah-olah bawah mata anda menyerupai mata beruang panda. Lingkaran gelap bawah mata ini juga akan membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia asal anda dan tidak berseri. Selain itu, dark circle ini amat sukar untuk dihilangkan dalam masa yang singkat kecuali anda mendapatkan rawatan estetik untuk masalah ini.

Siapakah yang cenderung untuk dapat dark circle?

  1. Orang yang sudah berumur.
  2. Orang yang mempunyai genetik untuk mengalami hiperpigmentation.
  3. Kumpulan-kumpulan etnik selain daripada Kaukasia (orang putih) dan kumpulan-kumpulan etnik berkulit gelap kerana individu berkulit gelap akan menghasilkan lebih melanin.

Selain daripada ciri-ciri di atas, individu-individu yang tidak menjaga kesihatan juga akan cenderung untuk mengalami dark circle. Pada masa yang sama, individu-individu seperti ini bernasib baik kerana mereka ada pilihan untuk merawat dark circle secara semula jadi. Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahuinya.

6 Punca Dark Circle

Di bawah adalah punca-punca yang paling umum mengapa anda ada dark circle.

1. Tidur yang tidak cukup

Kekurangan jangka masa tidur akan menyebabkan badan anda menjadi penat. Kepenatan pula kebiasaanya akan membuatkan kulit anda menjadi pucat dan seterusnya, urat-urat di bawah mata anda kelihatan. Menurut seorang juru estetik dan pemilik spa rawatan di Los Angeles, Karly O’Keefe, urat-urat yang kelihatan daripada kepucatan kulit ini akan penampilkan bawah mata kita seolah-olah gelap.

2. Genetik

genetik menyebabkan dark circle

Ini adalah salah satu punca yang telah disebutkan di atas. Mengapakah genetik membuatkan anda dapat dark circle? Ini kerana genetik kita akan menentukan dua faktor besar iaitu, melanin dan kolagen.

Baca di sini untuk informasi tentang cara hilangkan dark circle yang disebabkan oleh keturunan.

3. Sakit mata/Ketegangan mata

Ketegangan mata yang disebabkan oleh menghadap skrin komputer ataupun telefon pintar dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan dark circle juga. Perkara ini berlaku kerana mata yang tegang akan menyebabkan pembuluh darah kita mengembang dan seterusnya akan menyebabkan bawah mata kita menjadi gelap. (Sissons, 2019)

4. Pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan

Secara umumnya, apabila kulit anda terkena dengan sinaran matahari dalam jangka masa yang panjang, badan anda akan turut menghasilkan melanin yang mana akan menggelapkan kulit anda. Begitu juga dengan kulit bawah mata anda apabila terdedah dengan cahaya matahari.

5. Tindak balas alergi

Menurut seorang ahli dermatologi kosmetik yang mempunyai bisnes persendirian, Michele Green, MD, alergi boleh menyebabkan kekeringan mata dan apabila mata anda kering, anda mungkin akan merasa gatal dan lebih cenderung untuk menggosok kegatalan tersebut. Perbuatan ini akan menyebabkan mata menjadi bengkak dan kendur untuk seketika dan mata yang sembab akan menghasilkan bayang-bayang seolah-olah bawah mata anda kehitaman.

6. Merokok dan pengambilan alkohol

Tabiat merokok dan pengambilan alkohol memang memudaratkan dalam banyak hal kerana salah satu keburukan tabiat-tabiat ini adalah terjadinya kekeringan kulit.

dark circle berasal drpd banyak punca

Punca-punca lain yang boleh menyebabkan dark circle

Apakah yang boleh anda lakukan untuk merawat dark circle?

Penjagaan kesihatan diri adalah salah satu langkah pertama dan yang paling penting dalam mencegah apa-apa penyakit. Walau bagaimanapun, sekiranya anda sudah menjaga kesihatan dengan baik, di bawah ada beberapa tips yang boleh anda amalkan sebagai cara hilangkan hitam di bawah mata.

Nota Untuk Hilangkan Dark Circle

Untuk pengetahuan anda, eyebag dan dark circle adalah berhubung kait. Jadi, kebanyakan faktor dan rawatan untuk kedua-dua masalah ini adalah lebih kurang sama. Klik di sini untuk mendapatkan lebih informasi tentang macam mana nak hilangkan eyebag.

References