Ini Adalah 2 Cara Hilangkan Eyebag Dengan Vaseline

2 cara hilangkan eyebag dengan vaseline bukan rumor tapi memang ada bukti.

Adakah anda seorang yang sentiasa bangun dengan mata yang sembab atau eyebag? Mata terasa bengkak semalaman membuatkan anda berasa kurang yakin dengan diri? Jangan risau, kami akan cuba membantu dengan memberitahu macam mana nak hilangkan eyebag.

Sejak beberapa tahun ini, ramai yang sudah sedar petroleum jelly iaitu Vaseline ini banyak kegunaannya, termasuklah sebagai cara untuk hilangkan eyebag. Macam mana cara nak hilangkan eyebag dengan Vaseline ni? Baca lebih lanjut untuk mengetahui tentang cara untuk hilangkan eyebag dengan Vaseline. Namun, penulis mesti ingatkan bahawa cara ini tidak bersesuaian dengan semua orang.

Sekiranya anda ragu-ragu untuk menggunakan Vaseline bagi menghilangkan eyebag, baca artikel ini untuk mengetahui macam mana nak hilangkan eyebag dalam masa

Apakah jenis eyebag yang Vaseline mampu bantu?

Eyebag terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah;

gunakan vaseline untuk hilangkan eyebag

3 daripada faktor di atas yang menyebabkan eyebag boleh dibantu oleh penggunaan Vaseline.

a) Posisi tidur yang salah

Apabila anda tidur dengan muka berhadapan dengan bantal ataupun tidur dengan posisi kepala menunduk, cecair dalam kulit mata anda akan terkumpul. Ini akan menyebabkan mata yang sembab apabila anda bangun daripada tidur. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, ubah posisi tidur anda dengan baring membelakangkan katil, yang bermaksud belakang anda direhatkan ke atas katil bukannya sisi atau pun bahagian depan badan anda.

b) Keradangan

Keradangan bawah mata boleh berlaku apabila kulit anda terkena shampu yang kasar untuk kulit wajah, pencuci muka yang tidak lembut, selaran matahari dan sebagainya. Apa yang anda perlu lakukan adalah tukar pencuci muka kepada pencuci muka yang selamat untuk semua jenis kulit. Selain itu, pakai sunblock apabila anda ingin keluar rumah dan berhati-hati ketika sedang mencuci rambut agar produk-produk tersebut tidak terkena wajah anda, terutamanya kawasan mata. (Vaseline, n.d.)

c) Tidak cukup minum air

Kulit anda akan menjadi kering bila anda kekurangan air dan eyebag yang terhasil itu adalah kerana cecair bawah mata anda terkumpul kerana aliran darah tidak mengalir dengan baik. Kekeringan mata akan menyebabkan ia hilang keanjalan dan menyebabkan kulit bawah mata kendur.

Walau apa pun, anda mestilah minum air dengan cukup setiap hari dan mengikut sukatan individu. Ini kerana, kekurangan air bukan sahaja boleh memberikan anda eyebag, malah ini akan menyebabkan anda terkena penyakit yang lebih serius kerana organ dalaman yang memerlukan air untuk berfungsi secara normal, organ-organ ini akan memberontak dengan kegagalan untuk berfungsi.

Produk dan krim tidak berkesan? Mungkin eyebag perlu dirawat dari dalam

Bagi sesetengah orang, eyebag ini tidak dapat dirawat dari luar kerana dalaman anda memerlukan perhatian, jadi baca lah artikel ini untuk mengetahui tentang buah-buahan yang diperkaya vitamin-vitamin untuk hilangkan eyebag dari dalam.

Cara-cara hilangkan eyebag dengan Vaseline

Kekeringan mata, pengumpulan cecair bawah mata dan peredaran darah yang tidak teratur boleh menyebabkan mata anda kelihatan bengkak. Vaseline yang diperkaya dengan 100% jeli petroleum ini boleh memberi kelembapan pada kulit bawah mata anda, dan membantu ada memudahkan urutan bawah mata.

hilangkan eyebag dengan vaseline dan urutan mata

1. Urutan bawah mata

Ini adalah cara paling mudah untuk menggunakan Vaseline, iaitu calitkan sedikit jeli di hujung jari anda. Jangan terlalu banyak kerana ianya boleh merebak ke dalam mata atau pun kulit di kawasan lain sewaktu anda sedang tidur dan boleh menyebabkan keradangan lain, pori tersumbat dan jerawat.

Selepas itu, mulakan urutan di bawah mata dengan menggunakan jari manis anda kerana jari ini adalah jari yang mempunyai tekanan paling lembut daripada jari-jari lain, jadi kulit mata anda tidak berisiko untuk tertarik. Amalkan urutan atau “tap-tap” bawah mata ini setiap malam sebelum tidur dan bilas selepas anda bangun pada waktu pagi.

Urutan ini mestilah dimulakan dengan sudut dalam bawah mata anda, dan ke arah anak rambut berdekatan telinga anda. Ulangi sebanyak 9 kali, dan setiap kali mesti mulakan dari dalam sudut bawah mata dan satu arah sahaja. Apabila anda mengamalkannya setiap malam, pasti akan kelihatan hasilnya.

2. Campuran Vaseline, minyak anggur dan aloe vera

Tips ini dibawakan untuk anda daripada penulis ONEHOWTO, Mary Smith. Beliau menyarankan cara menyediakan campuran ini adalah dengan 1 sudu besar Vaseline yang cair, lima sudu besar minyak anggur, dan dua sudu besar gel aloe vera.

Selepas campuran itu sebati, sapukan pada bawah mata anda dan biarkan selama 30 minit, atau pun semalaman. Minyak anggur adalah baik untuk mengembalikan seri kulit, manakala aloe vera dapat membaik pulih tisu kulit yang rosak. Cara ini adalah bagus untuk eyebag dan dark circle (Smith, 2017)

Bagi anda yang tidak berapa gemar dengan tekstur Vaseline, penulis cadangkan anda membaca artikel yang berkaitan bagi mendapatkan produk untuk hilangkan eyebag di watson dan lain-lain drugstore yang mana penulis telah sediakan di sini.

Kebaikan-kebaikan lain Vaseline

Vaseline mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk merawat eyebag bagi sesetengah orang tetapi ianya tidak dapat dinafikan kebaikannya dalam membantu masalah-masalah di bawah.

  1. Bibir kering– Jeli petroleum ini akan bertindak melembapkan bibir anda yang kering dan merekah pada jangka masa yang panjang sekiranya anda calitkan Vaseline pada bibir anda dengan cukup.
  2. Luka dan calar yang terbuka– Apabila Vaseline disapukan pada luka atau calar tersebut, ia akan berfungsi sebagai penghalang kotoran daripada menceroboh ke dalam luka itu. Jeli petroleum ini juga mampu membantu menyembuhkan luka.
  3. Siku, lutut, tumit dan buku lali kering– Sifatnya yang pekat dan melembapkan, Vaseline yang disapukan pada bahagian-bahagian yang cenderung untuk jadi sangat kering ini akan mengelakkan daripada kekeringan berlaku. Amalkan pada setiap kali selepas mandi.
  4. Kutikel kering– Kadang kala, losyen biasa tidak mampu melembapkan kutikel jari kita. Mereka memerlukan bahan yang lebih pekat seperti jeli petroleum ini. Jadi anda bolehlah mula menggunakan Vaseline pada kutikel anda. (Aina, 2018)
  5. Hujung rambut bercabang– Hujung rambut bercabang adalah masalah yang biasa untuk setiap orang yang berambut panjang. Untuk mengelakkan ini terjadi, sapu kan sedikit Vaseline di hujung-hujung rambut anda dengan sekata setiap kali selepas mencuci rambut.
References