5 Cara Hilangkan Dark Circle Keturunan

Admin juga ada masalah ini yang mana cara hilangkan dark circle keturunan amat penting.

cara utk hilangkan dark cicle keturunan

Bagi sesetengah individu, kehadiran dark circle adalah disebabkan oleh keputusan yang tidak bijak dalam kehidupan seharian mereka, manakala ada yang dapat mata panda oleh kerana gangguan tidur dan kesihatan. Bagi yang lain pula, dark circle ini wujud semata-mata kerana penampilan ini diwarisi secara turun-temurun terutamanya dengan individu yang berkulit gelap.

Kajian Mengatakan Bahawa Keturunan Adalah Punca Terbesar Dark Circle

Menurut satu kajian yang dijalankan dalam Indian Journal of Dermatology, walaupun dark circle ini selalunya berpunca daripada tabiat-tabiat seharian kita, namun genetik memainkan peranan yang lebih besar.

Dark circle atau nama lainnya, Periorbital Hyperpigmentation, dilaporkan daripada penyelidikan tersebut bahawa yang paling banyak mengalami masalah ini ialah individu yang berumur bermula daripada 16-25 tahun dan 81 peratus daripadanya adalah wanita.

Kajian ini turut mendapati bahawa individu-individu yang mewarisi dark circle ini daripada keturunan mereka terdiri daripada 63% daripada pesakit-pesakit yang mengambil tempat dalam penyelidikan ini. (Sheth PB, 2014)

Nampak tak betapa keturunan memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang dan banyak lagi keadaan? Jadi, apakah cara untuk hilangkan dark circle keturunan ini? Penulis sudah membuat penyelidikan dan bagi yang mewarisi penampilan ini, tidak ada banyak cara semula jadi untuk hilangkan dark circle keturunan ini.

Jangan risau, rawatan-rawatan yang bukan semula jadi ini bukanlah bermaksud yang ianya tidak selamat, cuma anda perlu mengeluarkan wang yang lebih banyak tetapi, yang paling melegakan adalah kepastian dalam mendapatkan hasil yang memuaskan.
Sebelum kita menyelami tentang cara hilangkan dark circle keturunan ini, mari kita tengok terlebih dahulu jenis-jenis dark circle dan apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya.

Kalau anda berminat atas cara2 lain, admin dah sediakan semua cara yang popular kat internet dibawah untuk korang. cara hilangkan eyebag dengan vaseline, cara hilangkan eyebag di asrama, cara hilangkan eyebag guna aloe vera, cara hilangkan eyebag menggunakan sudu.

Jenis-Jenis Dark Circle

Dark circle atau lingkaran gelap bawah mata ini terdiri daripada 3 jenis. Jom kita lihat supaya anda tahu yang mana satukah anda sedang alami.

1. Dark circle berwarna perang gelap/coklat

Lingkaran gelap mata jenis ini muncul oleh beberapa sebab. Antaranya ialah;

Apa yang anda boleh lakukan;

2. Dark circle yang gelap atau pun hitam

Dark circle yang lebih gelap atau hitam ini disebabkan oleh;

Apa yang boleh lakukan;

3. Dark circle kebiru-biruan

Dark circle kebiru-biruan ini adalah yang paling biasa didapati apabila anda menjalani kehidupan yang kurang sihat dan rendah kualiti dalam penjagaan diri sebagai contoh. Di bawah adalah senarainya;

Baca artikel ini dengan lebih dalam tentang punca-punca dark circle.

Apa yang boleh anda lakukan;

Oleh sebab dark circle sebegini berkait rapat dengan kantung mata yang bengkak ataupun eyebag, sila klik ke artikel ini untuk ketahui tetang macam mana nak hilangkan eyebag.

Cara-Cara Untuk Hilangkan Dark Circle Keturunan

Dark circle yang diwarisi ini mungkin sedikit susah untuk dirawat dan lebih degil berbanding dark circle yang dialami oleh tabiat-tabiat dan keadaan sekeliling. Namun ada beberapa cara semulajadi yang anda boleh cuba dan penulis akan sertakan rawatan yang anda boleh dapatkan mengikut nasihat pakar.

1. Gunakan krim atau serum mata yang mengandungi kafein

Seperti kafein yang terdapat dalam teh atau pun kopi yang kita minum, kafein mengandungi anti-oksida dan mempunyai bahan-bahan perangsang yang mana amat baik dalam sesuatu produk kecantikan.

Kafein mampu mengurangkan kesembapan mata iaitu eyebag dan menghilangkan ataupun mengurangkan kesan lingkaran gelap pada bawah mata dengan menganjalkan dan mencerahkan kulit. Kafein turut mengurangkan dark circle dengan mengecutkan pembuluh darah dalam kulit bawah mata. Selain itu, kafein juga boleh bertindak mengukuhkan kulit nipis di kawasan mata anda. (Botanics, n.d.)

Anda boleh dapatkan mana-mana serum atau pun krim ini di kedai-kedai ubatan, pakar estetik atau pun daripada doktor anda.

2. Gunakan krim peluntur yang mengandungi hydroquinone ataupun tanpa hydroquinone

Menurut Dr. Mark D. Gaon, seorang doktor pembedahan plastik yang bertauliah, yang berdasar di Finesse Plastic Surgery di Newport Beach, California, bagi individu yang mempunyai dark circle daripada genetik ini patut menggunakan krim peluntur yang mengandungi hydroquinone atau pun tidak. (Doyle, 2017)

Hydroquinone ini biasanya digunakan untuk merawat hiperpigmentasi pada kulit yang dipanggil melasma. Selain itu, bahan yang mempunyai agen pencerah kulit ini juga digunakan menghilangkan jeragat, tompok-tompok penuaan dan parut jerawat.

Hydroquinone berfungsi dengan mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan pemecahan melanosomes (sel yang menyimpan dan mengedar melanin) dalam melanosytes (di kawasan melanin dihasilkan). Perkara ini dalam bahasa mudahnya akan mengawal pengeluaran melanin yang mana akan akan menggelapkan kulit anda.

Sila rujuk ahli dermatologi, pakar estetik bertauliah atau doktor anda untuk mendapatkan krim-krim ini dan cara penggunaannya yang bersesuaian dengan anda. (Ngan, 2005)

rawatan dark circle keturunan

3. Rawatan laser dark circle

Secara umumnya, ramai daripada kita yang tahu bahawa rawatan laser ini mampu merawat banyak jenis masalah dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Begitu juga rawatan laser untuk masalah dark circle.

Tujuan rawatan laser adalah untuk mengembalikan dan meningkatkan pengeluaran kolagen dalam tubuh badan kita. Kolagen amat penting untuk penampilan kulit yang mulus dan anjal, jadi rawatan laser dapat membantu dalam hal ini.

Macam mana ianya berfungsi? Rawatan laser yang menggunakan teknologi dan alatan tertentu ini akan diserapkan tenaganya ke dalam lapisan bawah kulit tanpa mengacau lapisan permukaan kulit. Tenaga laser yang diserap ke dalam kulit ini akan bertukar menjadi haba. Haba inilah yang akan merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit dan seterusnya akan menghilangkan dark circle anda dengan mengurangkan penampilan urat-urat bawah mata anda dan mencerahkan permukaan kulit bawah mata. (Spa, n.d.)

Jadi, sekiranya anda teringin sangat untuk menghilangkan dark circle dalam jangka masa yang panjang. Rujuklah pakar estetik yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan ini.

4. Suntikan dermal filler asid hyaluronic

Rawatan ini boleh bertahan dalam beberapa bulan selepas suntikannya dan tidak kekal, jadi anda boleh mencuba rawatan lain dahulu sebelum menggunakan rawatan ini.

Dermal filler asid hyaluronic ini mudah difahami kerana tujuannya adalah untuk mengembalikan volume kepada mata yang cengkung yang menampilkan dark circle. Caranya adalah menyuntik bahan ini ke dalam tisu kulit bawah mata anda.

Sila rujuk doktor anda atau pakar estetik yang bertauliah untuk mendapatkan rawatan ini

5. Pengelupasan kimia

Pakar dermatologi mungkin akan menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan pengelupasan kulit untuk menghilangkan hiperpigmentasi genetik pada bawah mata anda. Kebiasaannya, solusi ini akan menggunakan asid glikolik, asid retinoid, atau pun hydroquinone yang telah penulis sebutkan tadi. (Frothingham, 2019)

Nota

Selalunya, dark circle bawah mata yang diwarisi ini tidak berbahaya. Kebanyakan individu hanya mendapatkan rawatan untuk menghilangkannya atas sebab tekanan daripada kekurangan keyakinan diri. Walau apa pun yang anda pilih untuk cuba, sila dapatkan nasihat doktor ataupun pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Selamat mencuba!

References