Cara Menghilangkan Eyebag Menggunakan Sudu

Betul ke sudu boleh menghilangkan eyebag? Adake korang cuba cara ini sebelum search dengan Google? Dibawah admin akan bagi infomasi yang cukupi untuk jawab soalan di atas. Cara menghilangkan eyebag menggunakan sudu bukan topic yang baru, yang mana ini sejak lama.

cara menghilangkan eyebag menggunakan sudu besi

Populariti peralatan kecantikan atau pun beauty tools seperti jade roller, gua sha dan sebagainya memuncak sejak beberapa tahun lepas. Dipengaruhi lagi dengan influencer-influencer kecantikan di media sosial sama ada dalam Malaysia ataupun luar negara, semakin banyak peralatan kecantikan yang serupa laris dijual dengan pelbagai harga. Beauty tools yang popular ini digunakan bagi melancarkan peredaran darah dalam kulit wajah melalui urutan menggunakan peralatan-peralatan ini.

Walaupun mereka mendakwa bahawa peralatan ini dapat membantu penyerapan serum atau pun produk kecantikan ke dalam kulit dengan lebih baik, namun tiada bukti secara klinikal mahupun daripada pengguna-pengguna untuk menyokong dakwaan tersebut.

Baca artikel ini untuk mendapatkan penyelesaian yang terbukti secara klinikal dan berkesan iaitu produk untuk hilangkan eyebag di watsons dan lain-lain drugstore.

Beauty tools ini sebenarnya mempunyai tujuan yang sama iaitu melancarkan peredaran darah di wajah melalui urutan, sekali gus membanteras eyebag. Tahukah anda bahawa penjimatan wang boleh dicapai dengan menggunakan beauty tool yang mudah di cari dalam rumah anda sendiri? Beauty tool ini adalah sudu. Ya, anda tidak silap baca kerana sebenarnya sudu tidak asing lagi sebagai peralatan yang mampu melancarkan peredaran darah dan menghilangkan eyebag. Ada dua cara untuk menghilangkan eyebag menggunakan sudu.

Menurut satu kajian selidik, 53 peratus daripada yang mengambil tempat dalam kajian itu melaporkan bahawa eyebag adalah masalah kecantikan paling utama yang mereka alami. (Colorescience, 2017)

Cara Hilangkan Eyebag Ini Betul Ke?

Bagaimanakah cara menghilangkan eyebag menggunakan sudu? Nanti kita akan lihat, dan sebelum itu, mari kita kupas dengan lebih tentang informasi yang kita boleh peroleh sedikit tentang salah satu sudu itu dari segi sejarah dan karakteristiknya.

Baca di artikel ini tentang macam mana nak hilangkan eyebag dalam kesempitan masa.

Sudu Untuk Kecantikan Wajah

Terdapat dua jenis sudu yang mana biasa digunakan dalam penjagaan kecantikan tradisional dan moden iaitu sudu seramik China dan sudu metal biasa. Walaupun penggunaan dan kebaikan-kebaikan sudu-sudu ini terhad, namun ianya tetap dapat membantu masalah bengkak pada mata serta seluruh wajah yang menjadi salah satu kerisauan kecantikan yang besar dalam kalangan kita semua.

1. Sudu Seramik China

Seawal zaman Dinasti Shang, sudu telah diperkenalkan kepada dunia dan pada zaman itu, sudu-sudu mereka diperbuat daripada tulang dan gangsa yang mempunyai sisi yang tajam bagi tujuan memotong makanan.

Selepas kerajaan Dinasti Han bermula, sudu yang lebih melengkung yang juga diperbuat daripada gangsa menjadi lebih popular dikalangan masyarat China Utara dan mereka lebih menggunakan sudu ini daripada chopstick. Ini kerana makanan ruji masyarat pada zaman itu adalah sekoi dan sup.
Selepas itu, pada lingkungan waktu permulaan Dinasti Song, penggunaan tembikar seperti seramik bermula sebagai perhiasan, pinggan mangkuk dan peralatan makan yang lain. Sehingga ke harini sudu seramik masih digunakan dan ada yang membuat koleksi juga. (MUHAMAD, 2010)

Ciri-ciri sudu seramik China

Cara penggunaan sudu seramik China untuk menghilangkan eyebag

Selain daripada memudahkan kita untuk menghirup sup dan bubur, sudu ini boleh dimanfaatkan sebagai salah satu alternatif kepada peralatan Gua Sha.

Baiklah, penulis dah sebut Gua Sha sebanyak dua kali. Jadi, kepada pembaca yang ingin tahu apakah itu Gua Sha, secara ringkasnya, ianya adalah sejenis rawatan kuno dari China yang mana mereka akan mengikis kulit anda menggunakan alat urutan yang sesuai bagi membaikpulih dan meningkatkan peredaran darah dalam tisu lembut kulit anda. Kita akan bercerita tentang Gua Sha lebih lagi pada hari yang lain ya.
Berbalik kepada sudu seramik China, di bawah adalah cara yang anda boleh ikut dan lakukan bagi mengurangkan serta menghilangkan eyebag. Ini adalah amalan penulis sendiri dan ianya berkesan untuk de-puff bawah mata.

Langkah-langkah urutan eyebag menggunakan sudu seramik China

  1. Sapukan kawasan mata anda (bukan dalam mata) menggunakan serum mata, krim mata atau minyak anggur, minyak macadamia ataupun apa-apa facial oil yang anda suka sebagai permulaan bagi efek gelincir yang baik.
  2. Posisikan sudu-sudu yang sudah dibersihkan tersebut di bawah kedua-dua belah mata anda berdekatan sudut dalam mata anda dalam keadaan terlangkup di mana bahagian sudu yang berlekuk menghadap wajah anda.
  3. Pastikan anda memegang sudu pada bahagian yang runcing dan bukan yang lebar kerana bahagian yang runcing tidak dapat meliputi seluruh kawasan bawah mata.
  4. Mulakan urutan dengan tekanan sudu yang paling lembut dari arah sudut dalam mata hingga ke temple (bahagian antara telinga dan dahi). Ulang sebanyak 10 kali dan pada setiap kali, jangan mulakan dari bahagian temple kerana ini akan menolak kulit anda secara bertentangan dan boleh menyebabkan kedut dan kendur.
  5. Bersihkan minyak daripada wajah anda setelah selesai dan sekiranya urutan ini adalah antara step terakhir untuk rutin penjagaan wajah anda, sapulah moisturizer ke seluruhan wajah anda sebagai step terakhir.

Anda boleh mengamalkan urutan ini pada setiap pagi atau pun malam. Urutan ini akan melancarkan peredaran darah bawah mata dan menyurutkan pengumpulan cecair bawah mata anda. Akhir sekali, penulis mesti ingatkan yang tekanan sudu dalam urutan ini haruslah yang paling lembut kerana tekanan yang kasar akan memberikan kesan buruk terhadap kulit nipis bawah mata anda. Selamat mencuba.

2. Sudu besi

Sudu besi adalah yang paling mudah didapati dalam rumah dan tempat tinggal anda. Sedikit sejarah tentang sudu ini, ianya dijumpai oleh ahli arkeologi dan menurut mereka,sudu ini dapat dijejak kewujudannya sejak 1000 tahun sebelum Masihi, zaman Mesir purba. Sudu dipercayai digunakan terutamanya untuk ritual keagamaan pada waktu tersebut dan hanya mula digunakan untuk jadi peralatan makanan pada tahun selepasnya. (Fulton, 2016)

Jom kita terus terjun ke langkah-langkah pengunaan sudu besi untuk menghilangkan eyebag.

Langkah-langkah pengunaan sudu besi untuk menghilangkan eyebag

a) Bekukan sudu-sudu besi ke dalam peti ais satu hari sebelum penggunaannya. Ini akan memastikan sudu tersebut akan tahan lama kesejukan nya.

b) Keluarkan sudu-sudu tersebut dan tekapkan di bawah mata anda sambil mengosok dengan lembut pada bahagian mata anda selama 10 minit atau pun sehingga anda lihat hasil surutan eyebag tersebut.

Ini kedengaran seperti cara yang paling mudah, bukan? Penulis bersetuju yang ianya cara paling mudah untuk hilangkan eyebag. Sudu yang sejuk ini bertindak menngetatkan bengkak bawah kulit mata anda. Setelah itu, bahagian belakang sudu sejuk yang anda urut pada permukaan bawah mata anda akan menyebabkan mulanya proses saliran limfa. Akhir sekali, ini akan meredakan pembuluh darah anda dan membantu darah mengalir dengan lancar, sekali gus akan menurutkan eyebag anda. (Brazilianskin, 2017)

Baca artikel ini untuk mengetahui tentang kebaikan ais dan vitamin-vitamin untuk hilangkan eyebag.

References