Guna 2 Cara Ini Untuk Hilangkan Eyebag Dengan Ais

cara hilangkan eyebag dengan ais

Ramai orang yang akan berasa runsing apabila kawasan bawah mata kelihatan bengkak, kendur dan besar daripada biasa. Tiada penafian daripada ramai pihak bahawa mereka mahu kekal tampil awet muda dan sejak kebelakangan ini, banyak produk dan suplemen yang dicari untuk merawat, merangsang kolagen dan sebagainya.

Banyak pilihan di pasaran bagi pengguna contohnya, ada beberapa produk untuk hilangkan eyebag di watsons dan drugstore lain yang bagus serta berkesan. Baca di sini lebih lanjut tentang produk-produk yang telah penulis jumpa bagi anda yang mempunyai masalah eyebag!

Tahukah anda bahawa ada cara yang paling mudah yang dapat membantu anda menyelesaikan atau pun mengurangkan masalah ini? Anda tidak perlu lihat dan mencari dengan lebih jauh lagi kerana peti ais anda ada jalan penyelesaiannya.

Tengok biasanya macam mana nak hilangkan eyebag dalam waktu kecemasan.

Mahu atau tidak, itu adalah pilihan anda dan yang penting di sini ialah anda boleh hilangkan eyebag dengan ais. Macam mana nak hilangkan eyebag dengan ais? Teruskan membaca artikel ini. Sebelum itu, suka penulis mulakan dengan memberitahu anda tentang kebaikan-kebaikan ais terhadap keseluruhan wajah anda.

Kebaikan Ais Pada Wajah

rawatan ais untuk hilangkan eyebag

Menurut penulisan oleh Scott Frotingham, yang dipersetujui dan diluluskan dari segi medikal oleh Dr. Cynthia Cobb di Healthline, antara manfaat yang kita boleh peroleh daripada ais adalah;

Kebaikan ais untuk tubuh badan

Penulis akan selit kan sedikit tentang kebaikan untuk tubuh badan kita pula kerana penulis akan berasa rugi sekiranya tidak berkongsi hal ini. Antara kebaikan ais untuk tubuh badan kita adalah;

Banyak juga kan kebaikan-kebaikan yang dapat diperoleh daripada ais ini? Walaupun tiada kajian secara klinikal yang dilakukan untuk menunjukkan laporan tentang keberkesanannya, namun sudah ramai yang mencuba dan mendapat hasil yang memuaskan. (Frothingham, 2019)

Tidak yakin dengan ais? Buah-buahan sedia membantu

Sekiranya anda tidak cukup confident dengan ais untuk mengurangkan dan menghilangkan eyebag, anda boleh membaca artikel lain yang penulis telah sediakan di sini tentang buah-buahan yang boleh anda makan yang diperkaya dengan vitamin-vitamin untuk hilangkan eyebag.

2 Cara Pengunaan Ais Untuk Hilangkan Eyebag

Berbalik kepada penggunaan ais, penulis sudah membuat penyelidikan tentang ini dan anda tidak perlu runsing jikalau ini akan memakan masa yang banyak. Tambahan lagi, satu daripada cara ini diamalkan oleh seorang super model antara bangsa yang terkenal iaitu Kate Moss. Beliau menggunakan cara ini sebelum menghadiri apa-apa majlis bagi meningkatkan seri wajah dan mengurangkan eye bag. Jom kita lihat.

1. Membalut ais menggunakan kain bersih dan lembut

letak ais dalam kain boleh hilangkan eyebag

Adalah penting untuk anda menggunakan kain yang lembut serta bersih seperti kain muslin untuk mengelakkan jangkitan atau pun keradangan yang lain yang mana kain kasar boleh menyakiti kulit yang lembut di kawasan bawah mata anda itu.

Selepas anda bangun daripada tidur, bersihkan wajah anda dan terus ke peti ais dan keluarkan beberapa kiub ais untuk digunakan sebentar lagi.

Letakkan ais-ais tersebut di atas tuala atau kain bersih yang telah disediakan dan balut serta pulas agar kiub-kiub ais tersebut jadi terletak. Apabila tuala atau kain itu telah menyejuk di permukaan luar, anda boleh mulakan menggosok bawah mata dengan sangat lembut dalam beberapa minit atau pun sehingga anda berpuas hati.

Selain itu, jika anda risau untuk menggosok bawah mata, anda boleh tekapkan sambil “pat pat” tuala berisi ais tersebut pada eyebag anda sehingga terlihat hasil surutan eyebag.

2. Rendam ais dalam air bersama hirisan timun dalam mangkuk

Inilah yang diamalkan oleh Kate Moss bagi mengurangkan eyebag dan de-puff wajah yang bengkak bagi menyediakan muka sebelum ke sesuatu majlis. Bagusnya tentang tips ini kerana ianya bercampur dengan hirisan timun yang diperkaya dengan Vitamin C, asid folik dan anti-oksida yang dapat melembapkan kulit serta memberikan sensasi yang menyegarkan. (Watson, 2018)

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengisi air bersih ke dalam mangkuk yang bersaiz sesuai untuk saiz wajah anda. Selepas itu, masukkan kiub-kiub ais sebanyak yang anda mahu berserta hirisan timun.

Selepas beberapa saat bahan-bahan ini bergaul bersama-sama, anda bolehlah mulakan merendam wajah anda selama yang boleh dan ulang sehingga wajah anda berasa segar. Apabila wajah sudah segar, anda akan mendapati eyebag telah kurang atau pun hilang! Mudah, kan? Jadi sekiranya anda ada mood, bolehlah amalkan ini setiap pagi. (RICKETTS, 2019)

Tips lain tentang ais sebagai menghilangkan eyebag yang boleh anda cuba

Ekstrak teh hijau sebagai kiub ais

Bagi yang belum sedia maklum, teh hijau mengandungi agen anti oksida, anti-bakteria dan antivirus. Ini membawa maksud yang ianya sangat bagus untuk memulihkan mata anda yang sembab itu. Selain itu, bawah mata anda juga mendapat khasiat yang boleh menganjalkan serta mencerahkan.

Untuk permulaan, anda perlu rebus uncang teh hijau dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu, biarkan ianya sehingga serasi dengan suhu bilik dengan sendiri. Apabila ekstrak teh hijau telah mencecah suhu bilik, boleh lah anda mencurah dan mengisi tray ais dengan ekstrak teh hijau tersebut dan biarkan ianya membeku.

Cara memanfaatkan khasiat-khasiat ini, ambil satu kiub ais yang terkandung ekstrak teh hijau tersebut, dan mulakan sapuan pada bawah mata anda dengan lembut. Jika anda tidak tahan dengan kontak rapat ais itu dengan kulit, balut ais tersebut dengan kain muslin. Lakukan langkah ini selama beberapa minit sehingga anda nampak hasilnya. (J Steinmann, 2013)

References