Adakah anda seorang student yang menetap di asrama dan tidak ada banyak akses untuk keluar bagi mencari produk kecantikan? Tambahan lagi, waktu tidur anda sebagai seorang yang tidak menentu membuatkan mata anda kelihatan tidak bermaya dan bengkak. Selain daripada kekurangan akses dan waktu, mungkin anda juga sedang berjimat-cermat dengan perbelanjaan anda untuk membeli produk yang mahal online. Jadi, apakah cara untuk hilangkan eyebag di asrama, yang semakin kelihatan itu dengan berkesan, menjimatkan dan mudah?
Menurut pakar, kajian menunjukkan kenaikan sebanyak 30% bagi penghidap eyebag dalam kalangan individu-individu yang berusia kurang daripada 30 tahun, disebabkan oleh mata yang sering menghadap skrin dalam jangka masa yang panjang dan tidak cukup tidur. Ini lah yang banyak berlaku dalam kalangan anda sebagai pelajar, bukan? (Torre, 2020)
Selain daripada eyebag, dark circle juga adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh student. Jadi anda boleh baca artikel ini untuk ketahui tentang punca dark circle.
Pelajar-pelajar, usah runsing lagi. Penulis sudah membuat research dan mengumpulkan senarai-senarai beberapa bahan dan cara hilangkan eyebag di asrama. Cara untuk hilangkan eyebag di asrama ini juga boleh digunakan untuk mengawal dark circle anda. Selamat mencuba.
Penulis tahu bahawa apabila anda sedang sibuk melakukan kerja universiti, pasti pengambilan air anda akan terabai. Tahukah badan orang dewasa terdiri sehingga 60% air dan ini membuatkan air adalah penting untuk diambil dengan cukup. Lelaki dewasa secara umumnya disarankan untuk mengambil 3 liter air sehari, manakala wanita memerlukan 2.2 liter dalam sehari. Antara fungsi air dalam badan kita ialah;
Jadi, pelajar-pelajar di asrama sekalian, rajinkanlah diri anda untuk meminum air putih secukupnya untuk membenarkan peredaran darah dan cecair bawah mata anda berjalan dengan lancar dan tidak terkumpul.
Air yang diambil bukan sahaja daripada air putih, tetapi juga dalam makanan yang diperkaya dengan air seperti timun, tembikai dan sebagainya. (School, n.d.)
Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang buah-buahan yang diperkaya dengan vitamin-vitamin untuk hilangkan eyebag.
Pernah tak anda terfikir untuk mendapatkan urutan wajah di mana-mana spa tetapi kehidupan yang sibuk dan memakan banyak wang sebagai seorang pelajar membantutkan niat itu? Usah khuatir, anda boleh melakukan urutan wajah dalam bilik asrama yang mana dapat membantu bukan sahaja eyabag anda, malah ianya boleh membantu mengurangkan kesembapan wajah anda serta garis-garis halus.
Urutan 3 dalam 1 (mata, dahi dan garis senyum) ini dikongsikan oleh seorang YouTuber, Olga Toja yang berasal dari Poland, yang mempunyai channel dikhaskan tentang urut. Penulis menggunakan cara ini secara peribadi dan ianya memang berkesan! Di bawah adalah sebahagian langkah-langkahnya sekiranya anda lebih suka membaca. Kalau tidak, anda boleh menonton video penuh di YouTube.
Anda boleh berhenti di sini sahaja dan terus mencuci wajah sehingga bersih. Sekiranya anda mahu melakukan urutan untuk dahi, sila klik pautan yang penulis telah sediakan di atas.
Kadang kala, sewaktu melakukan assignment ataupun menonton filem di Netflix, tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan anda akan bertemankan snek-snek dalam paket yang terkandung tahap sodium yang tinggi. Terlebih pengambilan garam adalah salah satu punca terjadinya eyebag kerana ianya menyebabkan cecair terkumpul pada bawah mata.
Ubah snek yang diambil secara berselang seli dengan buah-buahan dan keropok yang tinggi garam itu. Yang penting amalkan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan menyeluruh.
Kalau anda seorang penggemar teh hitam atau teh hijau, anda bernasib baik! Kenapa bernasib baik? Sebab uncang yang telah digunakan itu boleh membantu anda dalam menghilangkan eyebag di asrama.
Untuk pengetahuan anda, teh-teh dalam uncang ini mengandungi kafein dan kafein mempunyai agen anti oksida serta bahan-bahan perangsang lain yang mampu mengecilkan pembuluh darah bawah mata anda yang kembang (penyebab eyebag) itu. Seterusnya, ianya akan melancarkan peredaran darah dan membaik pulih kulit anda dari dalam supaya anda kembali kelihatan segar.
Caranya amat mudah. Anda perlu meletakkan uncang teh yang telah digunakan dan telah sejuk pada mata anda yang tertutup selama 20 minit. Selepas itu, bilas wajah anda dengan bersih. Anda boleh amalkan tips ini setiap hari.
Sekiranya anda mahu mengeluarkan sedikit wang untuk produk-produk yang mudah didapati di kedai-kedai ubatan berdekatan, pastikan ianya bebas paraben. Untuk pengetahuan lebih lanjut, anda boleh lah merujuk artikel lain yang penulis telah sediakan tentang produk hilangkan eyebag di watsons dan lain-lain drugstore.