4 Cara Hilangkan Eyebag Guna Aloe Vera Saja

Pada suatu pagi, anda bangun tidur dan terus menuju ke bilik air. Apabila anda terlihat cermin, satu perasaan yang mengejutkan datang kerana bawah mata anda sembab! Anda tidak ada masa untuk membuat penyelidikan tentang produk-produk untuk hilangkan eyebag di watsons dan lain-lain drugstore, lagi-lagi untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk keberkesanan yang tidak pasti atau mengambil masa yang lama.

Baca di sini sekiranya anda berminat untuk mengetahui produk-produk untuk hilangkan eyebag di watson dan lain-lain drugstore.

Tiba-tiba, anda sedar yang anda mempunyai pokok lidah buaya atau pun aloe vera yang segar bugar yang mana anda dah jaga untuk sekadar hiasan di rumah. Tahukah anda bahawa ada beberapa cara untuk hilangkan eyebag guna aloe vera? Akhirnya, pokok aloe vera yang anda gunakan sebagai hiasan ini boleh selamatkan anda dengan merawat eyebag.

Bukan sekadar eyebag, malah apa yang penulis akan kongsikan sebentar lagi juga adalah cara untuk untuk hilangkan dark circle dengan aloe vera! Ini kerana, 2 masalah yang terjadi pada kawasan mata ini mempunyai banyak persamaan dari segi punca dan rawatan semula jadinya.

hilangkan eyebag guna aloe vera

Klik ke artikel ini untuk ketahui tentang punca dark circle.

Sebelum penulis senaraikan cara-cara untuk hilangkan eyebag guna aloe vera, mari kita lihat terlebih dahulu tentang kebaikan-kebaikan lidah buaya ini.

Kebaikan-kebaikan aloe vera

Bagi anda yang tidak tahu, pokok lidah buaya ini adalah tanaman berbatang pendek dan daunnya mengandungi air yang mempunyai tekstur seperti gel ataupun nata de coco. Aloe vera telah digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak 5000 tahun lalu, berdasarkan beberapa kajian. Ini kerana aloe vera mengandungi khasiat paling banyak dalam kalangan tumbuh-tumbuhan. (Rahim, 2015)

1. Diperkaya dengan kompaun-kompaun kesihatan

Komponen-komponen kesihatan yang dikandungi oleh daun lidah buaya ini adalah seperti;

2. Bersifat anti-oksida dan anti-bakteria

Seperti yang kita tahu, anti-oksida adalah penting untuk kesihatan dan aloe vera mengandungi anti-oksida yang sangat kuat yang berasal dari kumpulan kompaun organik yang besar dipanggil polifenol. Polifenol-polifenol ini bersama dengan bahan-bahan lain aloe vera bertindak membanteras dan hentikan pertumbuhan bakteria yang biasanya akan menyebabkan jangkitan pada manusia.

Selain itu, sifat-sifat aloe vera seperti anti-bakteria dan anti-virus mampu membantu merawat luka dan lain-lain masalah kulit.

3. Mempercepat penyembuhan luka

Berdasarkan buku yang mengandungi langkah-langkah menyediakan ubat-ubatan, dan kompaun-kompaun kesihatan iaitu United States Pharmacopeia, ia memerihalkan penyediaan lidah buaya sebagai pelindung kulit seawal 1810-1820.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa aloe vera mampu merawat tahap 1 dan 2 kecederaan lecur.

kebaikan aloe vera utk eyebag

4. Mengurangkan sembelit

Bagi rawatan sembelit, getah yang berada di bawah lapisan kulit lidah buaya ini yang akan digunakan. Kompaun-kompoun yang utama dalam befungsi sebagai julap ini adalah aloin ataupun barbaloin. Namun penggunaan secara terus-terusan tidak digalakkan.

5. Meningkatkan kebaikan kulit dan mengurangkan kedutan

Terdapat bukti-bukti awal yang mencadangkan bahawa aloe vera mampu memperlahankan proses penuaan menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2009. Dalam kajian tersebut, 30 wanita yang berusia lebih daripada 45 tahun mengambil gel aloe vera secara oral iaitu dari mulut menunjukkan hasil kenaikan tahap pengeluaran kolagen serta memperbaiki keanjalan kulit dalam tempoh 90 hari. (Leech, 2020)

Lihat dahulu kenapa terjadinya eyebag

Eyebag atau kantung mata yang bengkak ini terjadi kebiasaannya kerana anda mengambil terlalu banyak sodium dalam diet anda. Selalunya eyebag yang disebabkan oleh sodium ini dapat diatasi dengan pengambilan air yang banyak dan pengurangan pengambilan sodium dalam diet. Di bawah adalah sebab-sebab lain kenapa terjadinya eyebag.

Wasap kita dapat free treatment RM680 utk Eyebag

4 Cara untuk hilangkan eyebag dengan aloe vera

kebaikan aloe vera utk eyebag

1. Gunakan aloe vera segar

Anda boleh menggunakan cara ini kerana ianya paling mudah sekiranya anda cuma ada waktu yang singkat. Apa yang anda perlu lakukan adalah;

Cara ini boleh diamalkan 3 kali pada setiap hari, tetapi ambil nota sekiranya kulit anda menjadi lebih kering. Hentikan penggunaan serta merta kerana kulit anda mungkin tidak serasi dengan gel aloe vera. Aloe vera juga boleh mengeringkan kulit jika digunakan terlalu kerap, jadi kurangkan ulangan penggunaan untuk mengelakkan kekeringan daripada berlaku. (Raypole, 2019)

Sila baca artikel ini untuk mengetahui cara lain macam mana nak hilangkan eyebag.

2. Kiub gel aloe vera

Kiub ais sudah terbukti dapat merawat eyebag atau mata yang sembab, jadi ditambahkan lagi dengan gel aloe vera yang diperkaya dengan khasiat yang banyak ini, bukan sahaja ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata, tetapi dark circle anda juga akan dirawat!

Cara-cara penyediaan dan penggunaannya ialah;

Baca dengan lebih lanjut tentang cara hilangkan eyebag dengan ais.

3. Campuran jus kentang bersama gel aloe vera

Menurut penulis Lifeberrys, kentang ialah penawar yang paling bagus bagi merawat apa-apa tona yang tidak sekata pada kulit. Sifat yang menyejukkan dalam kentang juga mampu menyurutkan pembengkakan pembuluh darah dalam kulit bawah mata anda, serta meredakan keradangan. Apabila jus kentang dicampurkan dengan aloe vera, maka campuran ini mampu merawat kedua-dua masalah di bawah mata iaitu eyebag dan dark circle.

Cara penyediaan dan penggunaannya ialah;

selepas guna aloe vera utk eyebag

4. Campuran vitamin E dan gel aloe vera

Kapsul vitamin senang didapati di mana-mana farmasi dan bagi yang tidak tahu, vitamin E ini mampu memperlahankan proses penuaan dan memberikan anda seri dari dalam kulit. Vitamin E juga mempunyai kemampuan untuk mengembalikan kesihatan kulit dan mampu melawan radikal bebas dan dark circle serta eyebag bersama-sama dengan gel aloe vera.

Cara penyediaan dan penggunaanya ialah;

References