4 Cara Buat Scrub Bibir Di Rumah

Cara buat scrub bibir di rumah? Kenapa anda perlukan?

Adakah anda berasa penat mendengar komen-komen daripada orang-orang sekeliling anda terhadap bibir anda yang sudah berubah menjadi gelap ataupun hitam? Ada juga orang yang beranggapan anda mempunyai tabiat merokok di belakang tabir yang menyebabkan kegelapan bibir itu.

Walaupun menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2013 melaporkan 100% perokok yang mengambil tempat dalam kajian itu mempunyai pigmentasi pada bibir atau pun kegelapan bibir. (Santos-Longhurst, 2019)

Untuk pengetahuan semua, bukan semua orang yang mempunyai warna bibir menjadi gelap adalah seorang perokok. Ada beberapa faktor yang menyebabkan penghasilan melanin secara berlebihan dan penulis akan huraikan sedikit sebentar lagi.

Cara Buat Scrub Bibir Di Rumah

Dalam artikel ini, fokus kita adalah untuk mengetahui cara menghilangkan bibir yang hitam menjadi pink. Salah satu cara untuk mendapatkan efek itu adalah dengan memulakan satu rutin penjagaan bibir dengan memakai scrub bibir.

Dekat mana nak dapatkan scrub bibir? Usah khuatir, penulis dah jumpa cara buat scrub bibir! Bagi anda yang mempunyai masa terluang, anda pasti akan enjoy dengan cara buat scrub bibir yang mudah ini. Mari kita mulakan dengan mengetahui sedikit tentang punca bibir hitam ini.

Sebab-sebab bibir berubah menjadi gelap dan hitam

Kebanyakan sebab-sebab bibir berubah menjadi hitam memang tidak mengancam nyawa kerana bibir kita mempunyai hanya 4-5 lapisan kulit, berbeza dengan kulit-kulit kita di bahagian yang lain. Kulit yang nipis lebih mudah untuk terkesan dengan pewarna makanan, persekitaran dan lain-lain, jadi warnanya senang berubah sekiranya dibiarkan tanpa penjagaan rapi.
Ini adalah sebab-sebab yang biasa kenapa bibir anda berubah menjadi gelap;

Baca juga artikel ini tentang rawatan bibir hitam yang lain dan cara hilangkan bibir hitam

Apakah kebaikan-kebaikan scrub bibir?

Scrub bibir kebiasaannya terdiri daripada 2 komponen-komponen utama iaitu melembap dan mengelupas. Komponen yang melembapkan bibir anda ini adalah untuk memudahkan serta memberikan anda sensasi yang selesa semasa proses pengelupasan.

Minyak atau butter selalu digunakan sebagai komponen yang melembapkan, manakala gula pasir pula digunakan sebagai komponen yang mengelupaskan. Kedua-dua bahan utama yang organik ini adalah baik dan lembut untuk bibir anda dalam membuang sel-sel kulit mati dan kekeringan kulit bibir. Gabungan emolien dan pengelupasan memang sesuai untuk memberikan anda bibir yang lebih sihat, kemerah-merahan dan lembut. Di bawah adalah 2 kebaikan-kebaikan scrub bibir untuk wanita dan lelaki.

1. Memberikan seri dan sesuai bagi mereka yang jarang menggunakan lipstik

Bibir yang cantik adalah idaman ramai dan ini termasuklah bagi mereka yang tidak memakai lipstik. Sekiranya anda adalah salah seorang daripadanya, dan masih mahu bibir anda tampak menarik secara semula jadi, maka lip scrub lah jalan penyelesaiannya.

Ini kerana apabila bibir kita sudah biasa dibiarkan tanpa penjagaan, lapisan kulit bibir paling atas sekali akan menjadi kering. Tambahan lagi, sel-sel kulit mati akan terkumpul yang mana akan membuatkan bibir anda merekah dan gelap.

Dengan menggunakan lip scrub, bibir anda akan berterima kasih kerana mengekalkan kelembutan dan kesihatannya. Lip scrub akan memberikan warna pink yang berseri pada bibir anda.

2. Meningkatkan kecantikan warna bibir secara semula jadi serta semasa memakai gincu

Bayangkan, anda dah beli lip gloss dari Fenty Beauty tetapi bila anda apply lip gloss ni, penampilan bibir anda tak nampak memuaskan dan seperti yang diharapkan. Maka, anggaplah lip scrub ini sebagai penyelamat keadaan anda kerana selepas ini apa-apa warna gincu atau pun lip gloss akan tampak menarik seperti yang anda harapkan.

Sama seperti kulit wajah anda, sekiranya anda mempunyai hiperpigmentasi, ianya amat susah untuk anda cover dengan makeup kecuali anda menggunakan set lengkap pembetul tona warna untuk mendapatkan hasil yang smooth dan sekata. Begitu juga dengan bibir anda! (Naturals, 2020)

Baca di sini juga sekiranya anda ingin ketahui tentang cara menghilangkan bibir hitam dengan cepat dan secara semula jadi serta cara memerahkan bibir yang hitam dalam waktu seminggu.

Cara-cara Nak Buat Lip Scrub di Rumah

Apa yang best tentang pembuatan lip scrub ini adalah, bahan-bahan yang digunakan mudah untuk dijumpai dalam rumah anda. Kalau tiada pun, bahan-bahan ini senang dicari di kedai-kedai serbaguna dan pasar-pasar berdekatan. Selamat mencuba!

1. Biji kopi dan madu

Madu Boleh Jadi Scrub Bibir

(gambar diperoleh dari bebeautiful )

Seperti yang anda sudah sedia maklum, kafein yang terkandung dalam dalam biji kopi diperkaya dengan sifat anti oksida yang mana boleh memperbaharui sel-sel kulit bibir anda. Teksturnya pula akan bertindak sebagai komponen pengelupasan dan madu yang akan dicampurkan sekali akan bertindak sebagai pelembap bibir.

Cara penyediaan dan penggunaannya:

2. Garam laut dan minyak kelapa

guna garam laut untuk buat scrub
(gambar diperoleh dari https://salvagente.co.za/ozone-saunas/recipe-exfoliating-sea-salt-and-coconut-oil-face-scrub/ )

Garam laut adalah komponen pengelupasan yang baik dan minyak kelapa adalah peneman kepada tekstur garam laut yang kuat dan kasar itu. Minyak kelapa akan memudahkan gosokan garam laut pada bibir anda dengan baik. Sebagai hasilnya, anda akan mendapati bibir anda menjadi kemerah-merahan serta lembap.

Cara penyediaan dan penggunaannya:

3. Gula merah dan madu


(gambar diperoleh dari 21ninety )

Seperti garam, tekstur gula merah juga dapat bertindak sebagai komponen pengelupasan sel-sel kulit mati bibir, cuma gula merah adalah lebih lembut dan sesuai untuk mereka yang mempunyai bibir yang sensitif. Penyediaan dan penggunaannya amat mudah.

Cara penyediaan dan penggunaannya:

4. Lemon, Vaseline dan gula


(gambar diperoleh dari facialscrubpic )

Vaseline sudah dikenali seluruh dunia akan kebaikannya dalam penjagaan kulit yang kering dan sebagainya. Jadi, ini adalah cara memerahkan bibir dengan Vaseline bersama lemon dan gula yang mana anda boleh amalkan pada setiap minggu!

Untuk pengetahuan anda, Vaseline juga digunakan sebagai cara hilangkan eyebag atau lingkaran gelap bawah mata dan juga dark circle. Sila klik ke artikel ini untuk maklumat lebih lanjut!

Selain Vaseline yang baik untuk melembapkan bibir dan memudahkan aplikasi scrub, lemon pula mempunyai agen pencerah kulit dan vitamin C yang mampu membuat pigmen daripada bibir anda yang hitam. Digabungkan lagi dengan gula, campuran lip scrub ini adalah sempurna untuk anda yang mempunyai bibir yang lasak!

Baca juga di sini tentang cara memerahkan bibir dengan Vaseline.

Cara penyediaan dan penggunaannya:

Tip-tip lain yang anda boleh cuba

Sekiranya bancuhan scrub ini terasa seperti mengambil masa yang lama, anda boleh cuba cara-cara lain di bawah untuk membuang sel-sel kulit mati daripada bibir anda.

Gosokan tuala

Untuk menggunakan cara ini, anda perlulah membasahkan tuala dengan air suam dan basahkan bibir anda juga untuk gosokkan yang tidak memeritkan. Anda juga boleh apply lip balm pada bibir sebelum menggosokkan tuala yang lembap itu pada bibir. Gosokkan ini perlu dilakukan dengan lembut dan berhati-hati kerana tuala adalah material yang agak kasar.

Penulis cadangkan untuk anda melakukan cara ini selepas mandi kerana waktu itulah bibir anda sedang berada dalam keadaan lembap dan ini memudahkan proses membuang sel-kulit mati dan rekahan pada bibir. Selamat mencuba! (Tawfik, 2020)

Peringatan

Proses pengelupasan seperti scrub ini memerlukan penjagaan selepas siap proses tersebut seperti memakai pelempab bibir. Ini adalah untuk memastikan bibir anda yang baru sahaja digosok dan rawatan untuk kekal lembap dan sihat.
Untuk anda yang ingin mencari apakah produk yang boleh digunakan bagi merawat bibir yang gelap, baca artikel tentang produk-produk hilangkan bibir hitam di Watson dekat sini!

References