5 Produk Hilangkan Bibir Hitam Di Watson

Pembuatan lip scrub di rumah, rawatan laser dan banyak lagi cara untuk menghilangkan hitam dari bibir anda. Harini, penulis akan berkongsi tentang produk-produk hilangkan bibir hitam di Watson yang mana akan memudahkan individu-individu yang tidak mempunyai banyak masa terluang untuk membancuh scrub bibir, dan tidak ingin berbelanja banyak untuk ke rawatan laser.

Jgn risau, kita ada rawatan percuma (rawatan laser) utk rakyat Malaysia. Anda cuma perlu download mobile app kita *NextBeu*. Lepas tu collect voucher di dlm utk redeem rawatan laser ni.

Muat turun aplikasi kita, lepas tu ikut langkah dinyatakan dlm gambar utk dptkan voucher.

Bibir yang gelap bukanlah sesuatu yang patut merendahkan keyakinan anda, malah anda perlulah sayangi diri anda dan menerima kecantikan semula jadi diri. Tetapi, amat penting untuk seseorang mengambil inisiatif untuk menjaga kecantikan semula jadi itu sebelum ianya berubah menjadi sesuatu yang anda perlu rawat. Sebab itulah penulis sudah sediakan produk-produk hilangkan bibir hitam di Watson untuk anda!

aesthetic packages

Seperti yang penulis katakan tadi, anda tidak perlu malu dengan bibir yang gelap dan hanya perlu menitik beratkan kesihatannya serta merawatnya apabila bibir berubah menjadi lebih gelap.

Macam mana bibir berubah menjadi gelap?

produk hilangkan bibir hitam di watson

1. Kafein

Bibir yang terdiri daripada lapisan kulit yang tipis ini lebih cenderung untuk berubah warna menjadi lebih gelap terutamanya apabila anda ialah seorang penggemar minuman berkafein. Walaupun kafein banyak khasiatnya, namun ianya juga bersifat diuretik yang berfungsi meningkatkan perkumuhan badan dan ini akan mengeringkan bibir anda dengan pengambilan yang kerap. Selain itu, kepanasan minuman itu juga boleh menyebabkan kehitaman bibir anda. (Prabhakar, 2018)

2. Merokok

Penulis berasa kasihan dengan individu lain yang tidak merokok dan dalam pada masa yang sama, mereka berbibir gelap atau hitam. Ini kerana, menurut satu kajian dalam jurnal Addict Health yang dijalankan pada tahun 2013, sebanyak 109 perokok yang mengambil tempat dalam kajian tersebut melaporkan 100% daripada mereka mempunyai bibir yang gelap.

Dalam kajian itu juga, individu yang tidak merokok mengambil tempat dalam kajian itu dengan jumlah yang sama iaitu 109, 31.2% daripada mereka mempunyai bibir yang gelap. Nampak tak walaupun mereka bukan seorang perokok, bibir yang gelap juga tidak mustahil akan muncul atas sebab lain. (S., 2013) Jadi, buang stereotaip bahawa semua orang yang berbibir gelap adalah perokok, ya!

Berbalik kepada tabiat merokok, nikotin yang terkandung dalam rokok-rokok ini boleh membunuh kolagen dalam bibir anda dan akan menyebabkan kehitaman dan kehilangan kelembapan dari bibir.

3. Kekurangan Vitamin B

Vitamin B tergolong dalam kumpulan 8 vitamin yang larut air yang bertanggungjawab dalam penghasilan tenaga dan fungsi-fungsi sel-sel badan. Apabila anda kekurangan vitamin B9, B2, B6 dan B12, bibir anda akan mula menjadi kering dan merekah serta membuatkan bibir anda kelihatan kusam dan gelap.

Jadi perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan protein-protein daripada sumber daging. Untuk individu yang mengamalkan gaya hidup vegan dan vegetarian, ambil suplemen yang mengandungi vitamin-vitamin yang penulis sebutkan tadi. (Rachael Link, 2020) Sebelum mengambil apa-apa suplemen, hendaklah anda rujuk pada doktor anda terlebih dahulu.

4. Kosmetik yang berkualiti rendah

Kosmetik yang berkualiti rendah seperti gincu yang sudah tamat tempoh boleh menyebabkan kerosakan pada bibir anda. Selain itu, kosmetik yang dibeli dengan harga yang terlalu murah yang kononnya berjenama itu adalah produk tiruan semata-mata. Produk tiruan sebegini berkualiti rendah, dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kimia yang tidak selamat dan kasar.

Bahan-bahan seperti ini akan menyebabkan bibir anda merekah, kusam dan hitam. Berhati-hati dalam memilih produk kecantikan dan penulis sarankan sekiranya anda tidak mampu untuk membeli produk yang berjenama, carilah produk jenama yang lebih murah dan yang penting, original. Jangan hanya mahu nampak mewah dengan produk-produk penipuan dan akhirnya, kesihatan diri anda juga yang terkesan. (Prabhakar, 2018)

5. Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi selalunya disebabkan oleh pendedahan bibir anda terhadap cahaya matahari secara berlebihan. Pendedahan secara berlebihan daripada cahaya matahari bukan sahaja boleh menggelapkan kulit wajah, namun bibir anda juga akan terkesan, lebih-lebih lagi pada bahagian bibir atas anda.

Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, elakkan diri anda daripada terdedah pada cahaya matahari dan sekiranya tidak boleh dielakkan, pakai produk yang mempunyai bahan-bahan pelindung cahaya matahari iaitu SPF. (Dones, 2018)

Untuk mengetahui cara-cara memerahkan bibir yang hitam dalam waktu seminggu, sila klik ke artikel ini.

Konsult doktor estetik kami

Produk Yg Boleh Hilangkan Bibir Hitam Di Watson

Sebahagian daripada produk-produk yang penulis senaraikan di sini mungkin tidak available di semua cawangan Watsons, tetapi jangan risau kerana anda masih boleh mendapatkan produk-produk ini secara online di Shopee. Pastikan produk-produk online itu adalah original, ya!

1. Phasilab Instant Exfowhite (250 ml)

(produk ni belum available kat watsons, tapi boleh beli online!)

produk phasilab hilang bibir hitam

Produk Phasilab Instant Exfowhite ni mempunyai ingredient seperti complex synergy dgn Bio-based AHA, dan dpt meratakan bibir hitam anda.

Baca di sini untuk ketahui cara buat scrub bibir di rumah.

2. MKUP Hydrating Sugar Lip Balm

sugar lip hilang bibir hitam

Seperti lip scrub biasa, ianya berfungsi untuk menyingkirkan kulit mati daripada bibir dalam melembutkan testur bibir. Apa yang best tentang produk ini adalah anda tidak perlu mengaplikasikannya menggunakan jari, anda hanya perlu mengurut bibir anda menggunakan produk tersebut seperti lipstik. Selepas satu minit, bilas kan bibir anda menggunakan air suam atau pun gunakan kain tuala yang bersih.

Bahan-bahan utama yang digunakan dalam produk ini adalah pudina segar dan gula tebu halus. Selain membuang kulit mati, ianya akan mengekalkan kelembapan bibir dan memperlahankan pertumbuhan sel-sel kulit mati pada bibir serta mengurangkan garis halus.

3. Watsons Love My Glow – Treatment Plus Lip Balm SPF30 (4.5G)

produk watsons yang menghilangkan masalah bibir hitam

Selain daripada kulit wajah dan badan anda, bibir pun memerlukan pelindungan matahari atau pun sunscreen. Produk ini adalah pilihan terbaik untuk melindungi bibir anda daripada sinaran UV yang mana boleh menghitamkan dan merekahkan kulit bibir anda yang tipis itu.

Pelembap bibir yang mengandungi SPF ini bebas daripada alkohol, pewangi, paraben, sulfat dan silicone. Tidak lupa juga bagi anda yang ingin mengurangkan garis halus pada bibir, lip balm ini diperkaya dengan Tocopheryl Acetate dan Tocopherol yang mana Vitamin E adalah khasiat utamanya. (Picky, n.d.)

4. MIKASERIES – Mikalipz Lip Repairing Treatment

produk yang baik untuk hilang bibir hitam

Ini juga adalah lip balm serta pelindung cahaya matahari yang baik dan perlu anda bawa sentiasa di sisi anda. Pelembap bibir ini mempunyai SPF30 dan akan mengekalkan kemerahan bibir anda walaupun ianya berada di bawah matahari.

Produk ini special sikit sebab selepas anda mengaplikasikannya pada bibir, anda akan dapati warna bibir anda akan bertukar mengikut suhu darah anda, boleh dipanggil sebagai lipstik untuk merawat bibir hitam! Amat sesuai bagi individu yang tidak minat untuk membeli lipstik tetapi mahu tampak berseri.

Mikalipz Lip Repairing Treatment ini turut boleh dijadikan sebagai pemerah pipi. Selain itu, bagi anda yang suka dengan sensasi segar, lip balm ini mengandungi rasa pudina!

Bahan-bahan utama yang digunakan bagi membantu bibir anda kekal mulus dan anjal adalah seperti minyak badam manis, minyak argan dan minyak avokado.

Bahan anti oksida dan diperkaya dengan vitamin A pula adalah Cera Alba iaitu lilin lebah. Cera Alba berfungsi mengekalkan kelembapan bibir, memulihkan kerosakan sell-sel kulit dan mengekalkan kesihatan bibir anda! (Shopee, n.d.)

5. FREEPLUS Medicated Lip Treatment (5g)

produk yang efektif hilang bibir hitam

Produk yang berasal dari Jepun ini mengandungi bahan-bahan yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan Jepun seperti;

Ekstrak-ekstrak tumbuhan ini berfungsi dalam membersihkan (kulit mati) dan memberi khasiat pada bibir anda yang gelap. Jenama Kanebo mendakwa rangkaian produk-produk mereka dirumus khas untuk mereka yang berkulit sensitif.

Produk ini juga terbukti keberkesanannya secara saintifik dalam melindungi bibir anda daripada rengsaan dalam persekitaran dan mengekalkan kelembapan bibir. Freeplus Medicated Lip Treatment ini bebas daripada paraben, alkohol, pewarna dan pewangi. (beauty, n.d.)

Sekiranya anda ingin ketahui cara memerahkan bibir dengan Vaseline, sila rujuk ke artikel ini.

Konsult doktor estetik kami

References