3 Cara Memerahkan Bibir Dengan Vaseline Di Rumah

Melihat bibir-bibir munggil dan berseri pada kaca televisyen dan majalah membuatkan anda teringin untuk mendapatkan penampilan berbibir merah itu. Ada juga individu yang memang dilahirkan dengan bibir semerah bunga mawar dan ini menimbulkan persoalan pada minda anda, apakah yang boleh anda lakukan untuk mencapai hasrat ini secara semula jadi?Terdapat banyak rawatan bibir untuk menghilangkan bibir hitam menjadi pink, tetapi anda mahu juga menggunakan Vaseline kerana anda sudah terbiasa dengan kebaikan-kebaikannya dalam melembapkan bibir anda.

Harini, penulis akan berkongsi cara-cara memerahkan bibir dengan vaseline yang mudah dilakukan dalam rumah anda. Sebelum anda lanjutkan pembacaan tentang cara memerahkan bibir dengan Vaseline, pastikan anda mendapatkan Vaseline yang original. Penulis perasan yang sejak kebelakangan ini, ada juga yang menjual produk tiruan terutamanya Vaseline terutamanya edisi Rosy Lips itu.

Cara Memerahkan Bibir Dengan Vaseline

Bahana Produk Kosmetik Tiruan

Menurut Dr. Bobby Buka, seorang ahli dermatologi di New York City, produk-produk kosmetik tiruan mengandungi arsenik karsinogen (boleh menyebabkan barah kulit, ginjal, dan sebagainya), berilium (boleh menyebabkan masalah paru-paru) dan kadmium (boleh menyebabkan demam dan masalah paru-paru serta masalah organ lain). Selain itu, produk-produk tiruan juga dihasilkan dalam kilang yang tidak pasti kebersihannya, jadi anda akan mudah terkena jangkitan daripada bahan-bahan yang tercemar daripada produk-produk tiruan tersebut. (Holland, 2020)

Jadi, sila beringat akan pemilihan produk-produk kosmetik dan kesihatan yang anda pakai. Elakkan daripada membeli produk-produk tiruan walaupun harga dan penampilannya nampak terlalu menarik dan menjimatkan. Kerana apabila produk-produk tiruan ini mula menunjukkan kesan, asalnya mahu berjimat akhirnya terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk merawat. Pada waktu itu, penyesalan sudah tiada gunanya, bak kata pepatah “nasi sudah menjadi bubur”.

Sebaliknya, anda boleh pergi ke farmasi-farmasi terdekat atau dan drugstore. Dengan ini anda boleh mendapatkan Vaseline yang original dan produk-produk untuk hilangkan bibir hitam di Watsons yang lain.

Baca artikel ini tentang produk hilangkan bibir hitam di Watson.

Apakah kebaikan-kebaikan Vaseline?

Vaseline sudah digunakan bertahun-tahun lamanya dan kegunaannya bukan hanya untuk tujuan kecantikan. Apakah yang menyebabkan Vaseline masih digunakan? Pasti kerana ianya mempunyai kebaikan yang banyak membantu kita semua. Di bawah, penulis akan senaraikan beberapa manfaatnya.

  1. Merawat luka dan calar apabila ianya disapukan pada bahagian yang terkesan. Vaseline berfungsi sebagai pelindung luka yang terbuka itu daripada habuk-habuk dan benda asing untuk termasuk ke dalam luka tersebut. Selain itu, Vaseline juga mampu mempercepatkan penyembuhan luka.
  2. Melembapkan kutikel yang kering dengan menyelubungi kawasan kutikel anda pada jangka masa yang lama. Tidak seperti losyen yang mudah hilang kelembapannya, Vaseline akan mengekalkan kelembapannya dalam masa yang lebih panjang. (Aina, 2018)
  3. Merawat kawasan yang terlalu kering dan merekah seperti lutut, tumit, siku, dan buku lali. Bahagian-bahagian yang penulis sebutkan ini amat mudah untuk mengalami kekeringan lebih daripada kawasan badan kita yang lain. Jadi, Vaseline yang mempunyai tekstur pekat ini mampu membantu menyelesaikan masalah rekahan dan kekeringan ini.

Cara-cara memerahkan bibir dengan Vaseline

Terdapat beberapa cara untuk memerahkan bibir dengan Vaseline. Sekiranya anda bukan peminat vaseline, tidak perlu risau kerana penulis sudah menulis tentang cara memerahkan bibir yang hitam dalam waktu seminggu dengan bahan-bahan lain di sini.

Mari kita lihat apakah yang boleh anda manfaatkan daripada penggunaan Vaseline ini.

1. Vaseline Lip Therapy Rosy

Cara Memerahkan Bibir Dengan Vaseline dekat rumah

Kalau anda adalah seseorang yang mahu menjimatkan masa dan tidak sanggup membuat bancuhan apa-apa seperti DIY lip balm, anda mesti lah menggunakan Lip Therapy Rosy Lips ini. Diperbuat daripada jeli petroleum yang asli, perisa dan perwarna, lip balm ini sesuai untuk anda yang mengamalkan style solekan minimalistik dan saiznya yang kecil boleh dibawa bersama-sama anda di mana-mana sahaja.

Dengan pengunaan yang kerap, bibir anda akan kekal lembap dan warna bibir anda akan menjadi cerah serta kelihatan kemerah-merahan. Salah seorang pengguna lip balm ini mendakwa ini adalah pelembap bibir yang paling best beliau pernah pakai dalam mengatasi masalah bibir keringnya serta tabiat menjilat bibir. Baunya juga menyenangkan kerana bau mawarnya tidak kuat dan nyaman sahaja. Teksturnya pula adalah sedikit berminyak, jadi kepada peminat-peminat lip gloss, boleh lah anda dapatkan produk ini juga. (Dahlya, 2020)

Cara penggunaanya amat mudah, anda cuma perlu calitkan gel ini pada jari yang bersih dan sapukan pada bibir anda dengan cermat. Selepas itu, teruskan aktiviti harian anda!

2. Ubi Bit Merah dan Vaseline

Bagi anda yang sudah penat menggunakan produk-produk yang dipenuhi bahan kimia dan tidak mendatangkan hasil yang anda mahukan, di sini adalah resipi pembuatan pelembap bibir serta memerahkan bibir anda pada masa yang sama!

Untuk pengetahuan anda, ubi bit merah atau lebih dikenali sebagai beetroot ini akan meninggalkan kesan merah ke atas apa-apa yang disentuhnya dan warnanya akan tahan lama sebelum ianya pudar. Jadi, sebab inilah beetroot dari dahulu kala lagi digunakan sebagai pewarna merah dalam masakan, kosmetik dan sebagainya sebelum warna merah sintetik wujud!

Selain daripada warnanya yang merah menawan, beetroot juga diperkaya dengan vitamin C, potasium dan zat besi yang mana amat diperlukan dalam kesihatan bibir. (Adda Bjarnadottir, 2019) Nutrisi-nutrisi tersebut juga dapat mengelakkan bibir anda daripada berubah menjadi gelap dan akan membantu mencerahkan dalam menyihatkan dalam kulit bibir.

Baiklah, ini adalah cara-cara penyediaan pelembap bibir beetroot dan vaseline:

Anda boleh memakainya dengan kerap untuk melihat hasil pada bibir anda untuk menjadi kemerah-merahan dengan cepat. Bukan sahaja bibir yang gelap akan menjadi merah dan cerah, malah penampilan bibir anda juga akan menjadi lebih munggil dan anjal. (Forkfulofhappiness, 2019)

3. Scrub Bibir Vaseline

Tip ini sudah penulis kongsikan dalam artikel mengenai cara buat scrub bibir. Sekiranya anda mempunyai masa terluang yang lebih, sila klik ke artikel ini.

Walaupun resipi ini sudah dikongsikan dalam penulisan yang lain, penulis akan menjimatkan masa anda dan kongsikan juga di sini! Baiklah, macam mana nak buat scrub bibir dengan Vaseline ni?

Caranya adalah dengan menambahkan bahan-bahan iaitu buah lemon dan gula pasir. Untuk pengetahuan anda, lemon mempunyai agen peluntur semula jadi yang mana akan membantu bibir anda yang gelap menjadi cerah serta akan menonjolkan warna “pinkish” semulajadi bibir anda selepas itu. (Up, 2017)

Gula pasir pula akan bertindak sebagai agen pengelupasan yang diperlukan oleh bibir anda yang kusam supaya sel-sel kulit mati dapat disingkirkan dan ini akan menggalakkan pengeluaran lapisan kulit bibir yang baru.

Cara penyediaan dan penggunaan scrub bibir ini adalah:

Anda boleh amalkan sesi pengelupasan ini 2-3 kali seminggu dan anda akan nampak hasilnya yang memuaskan. Jangan lupa juga untuk pakai lip balm setelah menggunakkan scrub bibir ini untuk mengekalkan kelembapan! Selamat mencuba.

References