5 Cara Hilangkan Bibir Hitam

Kenapa korang perlukan cara hilangkan bibir hitam? Bibir yang munggil dan kemerah-merahan atau pun pinkish pasti diingini oleh kebanyakan para wanita dan sebahagian para lelaki. Tidak dapat dinafikan bahawa bibir yang tampak hidup ini membuatkan seseorang lebih menarik dipandang dan berseri.

Jgn risau, kita ada rawatan percuma (rawatan laser) utk rakyat Malaysia. Anda cuma perlu download mobile app kita *NextBeu*. Lepas tu collect voucher di dlm utk redeem rawatan laser ni.

Muat turun aplikasi kita, lepas tu ikut langkah dinyatakan dlm gambar utk dptkan voucher.

Menurut satu kajian yang dijalankan dalam jurnal perception, warna bibir memainkan peranan besar dalam memberi ilusi terhadap wajah secara keseluruhan. Dalam penyelidikan ini, warna merah bibir akan menampilkan wajah seseorang lebih cerah dan bagi yang berbibir gelap, ia menampilkan sebaliknya. (Kobayashi Y, 2017)

Ini bukan bermaksud untuk mencemuh individu yang berbibir gelap, kerana ianya tidak memberi kesan yang terlalu ketara dalam interaksi sesama manusia, tarikan dan lain-lain. Cuma, penulis tahu ramai yang tidak berasa yakin dan ingin mengetahui cara hilangkan bibir hitam sama ada secara semula jadi, melalui produk atau pun rawatan di klinik.

cara hilangkan bibir hitam

Baiklah, sebelum kita ketahui tentang cara hilangkan bibir yang hitam, penulis akan terangkan secara ringkas tentang apakah yang menyebabkan terjadinya bibir yang gelap ini.

aesthetic packages

Punca-Punca Bibir Gelap

Bibir gelap boleh terjadi atas beberapa sebab yang boleh diubah melalui perubahan tabiat-tabiat dan persekitaran anda. Ini adalah punca-punca terjadinya kegelapan bibir:

Antara punca-punca lain adalah masalah kesihatan seperti anemia, kekurangan zat serta vitamin dan kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi.

Baca juga: Bibir Hitam Tanda Penyakit Apa

Cara Yang Boleh Merawat Bibir Hitam?

Bagi merawat bibir gelap dan tidak bermaya, terdapat banyak cara yang boleh anda cuba terutamanya untuk bibir gelap yang disebabkan oleh tabiat-tabiat di atas. Untuk individu yang mengalami kegelapan bibir sejak lahir, atau pun disebabkan oleh keadaan sekeliling, jangan risau kerana seperti yang penulis telah katakan, ada banyak cara untuk merawat masalah ini.

1. Menggunakan Scrub Bibir

cara nak buat scrub bibir

Penggunaan lip scrub amat popular dan tidak asing dalam dunia kecantikan. Proses pengelupasan sebegini boleh membuat kulit mati yang terkumpul pada kulit bibir yang menampilkan kehitaman itu.

Anda boleh membancuh sendiri bahan untuk lip scrub ataupun sekiranya anda tidak punya banyak masa yang terluang, anda boleh membeli lip scrub di mana-mana kedai kecantikan online.

Baca juga: Produk hilangkan Bibir Hitam di Watson

Sekiranya anda ingin mengetahui cara nak buat scrub bibir dan tentang scrub bibir dengan lebih lanjut, penulis sudah sediakan satu artikel berkenaan cara buat scrub bibir di sini.

2. Menggunakan Lipstik Untuk Merawat Bibir Hitam

Kekeringan bibir adalah punca bibir gelap juga kerana tiada sumber yang melembapkan untuk efek munggil dan cerah. Jadi amat penting untuk anda menggunakan lip balm untuk mengelakkan bibir merekah, luka, berkedut, kusam dan hitam.

Bagi membaikpulihkan kehitaman bibir ini, rajinkanlah diri anda untuk mengaplikasikan lip balm yang memberikan anda tint pink atau merah dengan kerap dan pilih lip balm yang mempunyai bahan seperti cocoa butter dan shea butter. Bahan-bahan yang disebutkan amat popular digunakan dalam produk-produk pelembap yang baik. (TNN, 2018)

3. Menggunakan Produk Pelindung Matahari Untuk Bibir

elakkan matahari utk elakkan bibir hitam

Salah satu punca bibir hitam adalah kerana kita terdedah dengan sinaran matahari secara berlebihan. Bukan sahaja bibir, malahan kulit pada seluruh tubuh badan kita memerlukan perlindungan daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan barah kulit, tompok-tompok hitam serta keradangan.

Bagi anda yang tidak tahu, pemakaian SPF pada bibir adalah penting. Ia akan membantu bibir anda kembali sihat dan terlindung daripada terlebihnya pengeluaran melanin yang disebabkan oleh pancaran matahari.

Ini kerana, kulit bibir yang sangat nipis berbanding kulit kita yang lain menyebabkan ianya mudah untuk berubah warna sekiranya tidak di jaga dengan baik. Jadi, dapatkan lip balm yang mengandungi pelindung matahari di kedai-kedai kecantikan dan ubat-ubatan berdekatan dengan anda. (Beauty, n.d.)

4. Menggunakan Bahan-Bahan Semula Jadi

bahan semula jadi untuk bibir hitam

Kebanyakan bahan-bahan semula jadi yang penulis akan senaraikan dibawah ini boleh memerahkan bibir anda dalam masa yang singkat dan selamat juga. Sekiranya anda mempunyai banyak masa yang terluang, ambillah peluang keemasan ini untuk merawat bibir anda yang gelap.

Penulis akan menceritakan lebih lanjut tentang bagaimana cara memerahkan bibir yang hitam dalam waktu seminggu dan cara menggunakan bahan-bahan ini di artikel ini. (Rahmawati, 2020)

5. Rawatan Laser Pada Bibir

Untuk individu yang berkemampuan yang mahu mendapatkan kesan yang lebih berkesan bagi menghilangkan kegelapan, sekaligus memerahkan, menganjalkan serta melembapkan kulit bibir, anda boleh memilih untuk mendapatkan rawatan laser.

Rawatan ini boleh dilakukan di klinik estetik oleh juru-juru yang bertauliah. Apa yang akan berlaku dalam prosedur menggunakan laser ini adalah dengan menggunakan pacaran gelombang 1,046 nm pada bibir dalam lingkungan 3 hingga 5 minit. Haba daripada laser itu akan diserap ke dalam tisu bibir, dan akan menggalakkan pengeluaran kolagen serta tisu elastik. Hasilnya yang dapat dilihat adalah seperti bibir yang lebih mulus, kekurangan garis halus dan warna lebih kemerah-merahan.

Beberapa sesi rawatan laser ini diperlukan untuk mendapatkan hasil yang maksima, dan rawatan ini akan dilakukan sebulan sekali tanpa side effects. Untuk pengetahuan anda, faktor usia juga boleh mendorong kepada kehitaman dan kekusaman kulit bibir, jadi bagi penulis faktor ini memerlukan rawatan yang lebih kuat seperti rawatan laser. (Buhari, 2015)

Tips Untuk Mengelakkan Bibir Jadi Gelap

aesthetic packages

Tips-tips di bawah ini memerlukan disiplin diri yang tinggi kerana penulis tahu yang kadang kala, mengubah sesuatu dalam kehidupan walaupun untuk tujuan yang baik boleh terasa sukar untuk dilakukan.

Namun, sekiranya anda mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk mengelakkan daripada mendapat bibir yang gelap sebelum terlambat, penulis ucapkan selamat maju jaya! Antara tips-tips untuk mencegah bibir hitam adalah:

References