Bibir Hitam Tanda Penyakit Apa Sebenarnya? Ketahui Punca Perubahan Warna Bibir

bibir hitam tanda penyakit apa
(sumber: asianetnews )

Jgn risau, kita ada rawatan percuma (rawatan laser) utk rakyat Malaysia. Anda cuma perlu download mobile app kita *NextBeu*. Lepas tu collect voucher di dlm utk redeem rawatan laser ni.

Muat turun aplikasi kita, lepas tu ikut langkah dinyatakan dlm gambar utk dptkan voucher.

Pernah tak anda memerhati reflection bibir anda dalam cermin dan overthinking tentang bibir hitam tanda penyakit apa? Ramai menganggap warna bibir yang hitam ni adalah sekadar keturunan atau kesan daripada tabiat yang tidak sihat. Walaupun anggapan tersebut benar, namun bukan semua orang mewarisi bibir yang gelap dan ada yang mengalami perubahan warna bibir dari masa ke masa serta dalam waktu terdekat. Dalam kebanyakan kes, bibir yang gelap tidak akan mengancam nyawa kerana ianya adalah masalah superficial (permukaan) sahaja.

Walaubagaimanapun, bibir kita ni berfungsi dalam memberikan signal tentang kesihatan tubuh badan kita dengan mengubah tona warna dan teksturnya. Ada orang yang mengalami bibir biru / purple, pucat / putih dan yang paling popular adalah kegelapan, bergantung pada masalah-masalah dalaman yang tertentu. Jadi, bibir hitam ni tanda penyakit apa sebenarnya? Dalam kita bercerita tentang penyakit yang menyebabkan kehitaman bibir, mari kita terus selami tentang ketiga-tiga perubahan warna bibir dan apakah penyakit dalaman yang menjadi punca kepada perubahan warna ni.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh memerahkan bibir hitam, antaranya: Vaseline, Gula, Kunyit

aesthetic packages

3 Jenis Perubahan Warna Bibir dan Sebab-Sebab

1. Warna Biru

bibir yang biru
(sumber: streamerium)

Perubahan bibir kepada warna kebiru-biruan adalah yang paling bahaya berbanding warna-warna yang tersenarai dalam artikel ini. Nama saintifiknya adalah cyanosis. Punca utama ianya terjadi adalah kerana pengaliran oksigen tidak mencukupi dan lemah dalam darah anda. Bukan sahaja bibir anda yang terkesan dengan perubahan warna kepada kebiru-biruan, malah jari kaki dan tangan anda juga akan terlibat.

Warna kebiruan ni terhasil kerana apabila darah anda kekurangan pengaliran oksigen, warnanya akan berubah menjadi merah gelap atau ungu dan dari luar kulit. Jadi, terkelihatan lah warna kebiru-biruan atau ungu gelap ni pada bibir anda. Kekurangan oksigen dalam darah boleh terjadi disebab oleh masalah jantung, sistem peredaran darah, dan paru-paru.

Punca-punca utama:

Oleh kerana bibir yang berubah menjadi kebiru-biruan ni boleh mengancam nyawa, admin tekankan dan nasihat agar anda segera dapatkan rawatan dan berhenti baca artikel ni! Bagi yang lain, baca lebih lanjut untuk perubahan warna-warna bibir yang lain.

Konsult doktor estetik kami

2. Bibir Putih/ Pucat

bibir putih yang pucat
(sumber: feedpotato )

Bibir yang putih biasanya ditemani dengan wajah yang pucat dan tidak bermaya. Ini kita dah biasa lihat pada individu-individu yang tidak sihat dan kekurangan tenaga. Bibir yang pucat dan putih ni terjadi apabila tubuh badan anda mengalami kekurangan sel-sel darah merah atau nama saintifiknya anemia. Jangan terkeliru pula dengan darah rendah kerana itu adalah disebabkan oleh tekanan darah dalam jantung yang rendah berbanding biasa. (Fadli, n.d.) Anemia ini adalah masalah kekurangan darah dan boleh terjadi atas beberapa faktor.

Faktor-faktor utama:

Jalan penyelesaian untuk mengatasi bibir putih atau pucat ni adalah tingkatkan kesihatan anda dengan pemilihan makanan yang tinggi dengan vitamin B12, zat besi dan bagi anda yang terkena jangkitan yis, sila dapatkan ubat-ubatan anti-kulat daripada farmasi atau doktor.

3. Bibir Hitam

bibir hitam
(sumber: kompas )

Masalah bibir hitam adalah yang paling umum dan dihadapi oleh ramai. Penampilan bibir ni kadang-kadang dipanggil “bibir perokok” walaupun individu yang tak merokok pun boleh mengalami perubahan warna bibir ke kehitaman. Tak usah khuatir kalau anda bukan seorang perokok atau second-hand smoker (individu yang terkena tempias asap rokok daripada perokok lain), kerana masalah ni dapat dielakkan dan dipulihkan secara semula jadi dan juga ada banyak rawatan kosmetik tersedia sebagai cara menghilangkan bibir hitam menjadi pink.

Anda tertanya-tanya apakah penyakit yang menyebabkan kehitaman bibir? Jawapannya hanyalah penyakit Addison’s. Penyakit Addison’s ni berpunca daripada kelenjar adrenal anda yang mengeluarkan sedikit kortisol berbanding normal. Kortisol ni bertanggungjawab dalam menyeimbangkan tindak balas badan terhadap situasi yang stressful. Kekurangan pengeluaran kortisol akan menyebabkan hiperpigmentasi pada kulit dari dalam, dan kadang-kadang dari luar, seperti bibir anda.

Baca juga di sini untuk ketahui cara hilangkan bibir hitam.

Faktor-faktor lain:

Baiklah, anda dah tahukan apakah masalah-masalah tersembunyi yang menyebabkan perubahan warna bibir anda tu? Jadi ambillah langkah seterusnya yang bersesuaian dengan keadaan anda. Di bawah adalah tips-tips simple untuk mengelakkan perubahan tona bibir yang boleh anda amalkan.

Baca artikel ini jika anda ingin tahu cara menghilangkan bibir hitam akibat rokok.
aesthetic packages

References