4 Cara Menghilangkan Bibir Hitam Akibat Rokok

Bibir anda berubah menjadi hitam sebab merokok? Adakah anda tahu bibir hitam tanda penyakit apa? Ingin mencari cara menghilangkan bibir hitam akibat rokok? Baca artikel yang admin dah sediakan untuk anda dengan lebih lanjut. Ramai daripada kita dah sedar dan berpengetahuan tentang keburukan-keburukan rokok secara amnya pada paru-paru, dan organ-organ dalaman anda yang lain serta penyebab tertinggi barah. Namun, tak ramai pula orang tahu bahawa tabiat menghela asap rokok boleh mempengaruhi tesktur, warna, penampilan dan keadaan kulit anda.

cara menghilangkan bibir hitam

(sumber: headtopics )

Sebagai contoh, kulit anda akan mengalami proses penuaan seperti kemunculan kedutan pada wajah yang lebih cepat berbanding individu yang tidak merokok. Manakala, gusi dan bibir anda pula boleh berubah menjadi gelap dan tampil tidak bermaya. Ada sebabnya kenapa istilah “bibir perokok” itu wujud. Jadi, cara menghilangkan bibir hitam akibat rokok yang teramat penting adalah simply berhenti merokok. Kalau anda ingin tahu macam mana ianya boleh menghitamkan bibir, sila baca dengan teliti di bawah.

ask physician

Macam mana Rokok ni boleh menggelapkan Bibir?

hilang bibir hitam akibat rokok
(sumber: yourtango )

Salah satu bahan utama dalam rokok yang merosak bibir adalah Nikotin. Sekiranya anda tidak tahu, Nikotin ni boleh mengecutkan dan mengecilkan saluran darah yang akan mengurangkan jumlah darah dan meragut oksigen serta khasiat-khasiat daripada kulit bibir.

Apabila bibir anda kekurangan darah, khasiat dan oksigen, maka bibir anda akan mulai mengering dan tidak sihat. Tambahan lagi, apabila anda merokok bibir anda juga akan terdedah pada tar yang mana gabungannya bersama nikotin akan menyebabkan pigmentasi yang tidak sekata dan bibir anda akan berubah menjadi gelap dan bercapuk-capuk. (Whelan, 2019)

Okay, anda dah berhenti merokok. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya agar bibir anda mendapatkan efek “reverse” kepada warna bibir semula jadi anda? Jom, kita terus beralih kepada cara-cara menghilangkan bibir hitam menjadi pink.

Cara menghilangkan Bibir Hitam akibat Rokok

1. Pengelupasan Kimia (chemical exfoliator) atau Fizikal (physical exfoliator)

Ini adalah cara paling biasa, mudah dan sering dilakukan bagi mengatasi masalah bibir yang hitam. Sebabnya, kaedah exfoliation ni akan membantu menyingkirkan kulit mati yang terkumpul daripada bibir anda dan menjadikan permukaan bibir lebih lembut dan cerah. Terdapat dua jenis exfoliator yang ada iaitu fizikal (scrub gula, hancuran biji almond, berus gigi & sebagainya) dan kimia ( glycolic acid, lactic acid & sebagainya).

Perbezaan kedua-dua kaedah ini adalah:

2. Masker Bibir

Masker bibir juga kerap diamalkan oleh wanita pada tahap global bagi memerahkan bibir mereka. Bukan sahaja anda dapat merawat dan mencerahkan tona bibir anda, malah anda dapat ambil masa untuk relaks semasa pemaikan masker bibir ni.

Antara bahan-bahan yang biasa digunakan sebagai masker bibir semula jadi adalah:

Untuk cara ni, anda perlu jadi lebih rajin je untuk membuat pembancuhan masker bibir dan menjadikan ia sebagai rutin mingguan anda. Sekiranya berminat untuk ketahui macam mana membuat masker bibir, sila baca cara memerahkan bibir yang hitam dalam waktu seminggu di sini.

Walaubagaimanapun, admin faham tak semua orang ada masa nak mencari bahan, dan membancuh itu ini. Jadi, penulis dah tulis satu artikel lain tentang produk hilangkan bibir hitam di watson. Silakan membaca!

3. Rawatan Kosmetik

Kadang kala, penggunaan produk-produk dan bahan-bahan D.I.Y untuk mencerahkan bibir kurang berkesan apabila tahap kehitaman, kekusaman atau ketidaksekataan tona bibir anda dah lebih daripada biasa.
Adalah disarankan untuk anda mendapatkan rawatan kosmetik untuk mencerahkan kembali bibir yang dah damaged itu dengan rawatan laser. Rawatan laser mampu memulihkan tona bibir anda dengan intensif dan berkesan kerana frekuensi gelombang haba yang digunakan memang dicipta khas untuk menghilangkan pigmentasi yang sangat degil dari dalam. Sepanjang rawatan ni, anda perlu memakai SPF untuk melindungi permukaan kulit bibir anda.

Kebiasaannya, anda memerlukan 5-6 sesi untuk mendapatkan hasil yang menggembirakan hati. Apa pun, anda perlu rujuk kepada pakar kulit atau doktor yang bakal melakukan prosedur ini ke atas anda.

4. Amalkan Rrutin Harian dan Gaya Hidup Sihat

Selepas berhenti merokok, anda perlu kembali mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuklah pemakanan anda. Bagi membuang semua toksin yang diperoleh daripada rokok sebelum ni, anda cuma perlu perbanyakkan pengambilan air putih dan kerap bersenam bagi mengeluarkan peluh. Daripada berpeluh dan membuang air lah anda akan dapat menyingkirkan toksin-toksin yang dah lama terkumpul dalam badan.

Jangan lupa juga pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan supaya bukan sahaja bibir anda akan berubah menjadi merah sihat, malah kesihatan anda secara menyeluruh juga dapat dipertingkatkan. (Arora, 2018)

Selain itu, terdapat beberapa cara untuk memerahkan bibir anda, antara artikel-artikel yang boleh anda rujuk:
Cara memerahkan bibir dengan vaseline, Cara memerahkan bibir dengan gula, Cara memerahkan bibir dengan kunyit

ask physician

References

× ONLINE