Anda tengah mencari serum anti-aging terbaik? Anda boleh cuba serum ni. Kenapa? Sebab keberkesanan dia.
Santapan minda anda yang disediakan oleh penulis harini adalah tentang produk anti-aging terbaik di Malaysia. Sebelum itu, pernah tak anda menonton filem yang bertajuk “Death Becomes Her”? Ianya menceritakan tentang dua orang wanita yang mengambil ramuan atau potion anti-aging yang bertujuan untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan tubuh badan mereka selama-lamanya.
(gambar diperoleh dari lecinemadreams )
Dikatakan apabila meminum potion ni, seseorang tu akan di kembalikan kecergasan tubuh badan, kulit pada seluruh badan kembali seperti waktu 20 an, dan yang paling best, efek-efek ni kekal selama-lamanya. Namun, lepas watak-watak dalam filem ni dah minum, memang jadi cantik tetapi slowly mereka bertukar jadi macam mayat hidup sebab tak boleh mati walaupun badan dah ditusuk, kepala putus dan sebagainya.
(gambar diperoleh dari bloody-disgusting )
Kalau lah mereka berdua tidak terlalu taksub untuk menjadi muda abadi, dan gunakan produk-produk anti-aging terbaik di Malaysia, mesti diorang dah selamat daripada sumpahan potion tu! Kepada sesiapa yang belum menonton filem ni, boleh lah anda tengok, ianya agak kelakar dan menakutkan.
Daripada filem ini, kita boleh nampak yang manusia terutamanya para wanita mempunyai keinginan besar untuk kekal cantik walau apa cara sekali pun. Dalam dunia yang nyata ni walaubagaimana pun, anda kena lah letak kan expectation yang realistik pada apa-apa produk dan rawatan anti-aging.
Anda boleh lihat artikel ini seandainya anda ingin mencari produk sunblock terbaik untuk wajah.
Menurut American Academy of Dermatologi Association, di pasaran terdapat banyak sangat pilihan dan produk anti aging sehingga kan anda juga boleh jadi rambang mata dan keliru nak beli mana satu. Jadi, ada beberapa cara untuk memilih produk-produk anti-aging terbaik di Malaysia di bawah menurut ahli-ahli dermatologi.
Sekiranya anda adalah seorang customer tetap Watsons, penulis ada sediakan artikel di sini tentang produk anti aging terbaik di Watson.
Berdasarkan pendapat-pendapat daripada kebanyakan dermatologis, mereka bersetuju yang sunscreen dan pelembap muka adalah produk anti aging yang paling berkesan yang boleh anda dapatkan. Apa-apa produk mestilah diamalkan untuk anda melihat keberkesanannya, ini termasuklah sunscreen dan pelembap muka.
Pelembap wajah anti penuaan berfungsi untuk mengurangkan garis halus dekat kulit, bersama dengan pemakaian sunscreen yang akan menghalang sinaran matahari yang merosakkan daripada menusuk ke dalam kulit, hasilnya proses penuaan kulit anda akan menjadi perlahan selain daripada kebaikan-kebaikan lain.
Sekiranya anda beriadah di bawah matahari, tak kiralah cuacanya sedang sejuk, hujan atau panas, jangan lupa memakai sunscreen dan reapply selepas 2 jam.
Baca di sini dengan lebih lanjut tentang krim terbaik hilangkan kedutan di muka. krim terbaik hilangkan kedutan di muka
Selepas penggunaan pelembap muka dan sunscreen, cuba anda tengok permukaan kulit wajah anda dengan teliti. Adakah masih ada masalah penuaan yang menonjol pada kulit anda? Sekiranya ya, fokus pada masalah itu dahulu.
Contohnya, age spots atau pun kedutan. Rawat satu per satu terlebih dahulu kerana ada dua sebab penting kenapa anda kena fokus satu per satu:
Ini mungkin penulis tak perlu jelaskan secara panjang lebar sebab anda mestilah dah tahu jenis kulit anda kan? Beli produk yang mempunyai label matching dengan jenis kulit anda sama ada kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif dan lain-lain.
Kalau anda adalah seseorang yang berharap sangat tinggi dan beranggapan sesuatu produk itu berfungsi akan sebagai time travel machine, anda akan mudah kecewa dan tertipu oleh produk-produk gimik.
Maka, set kan harapan anda dekat produk anti penuaan ni secara realistik dan perubahan yang masih ketara cuma bukan 20 tahun lebih muda. (Association, n.d.)
Di bawah adalah produk anti aging high-end yang mana akan membantu kerisauan anda dengan tanda-tanda penuaan pada wajah dan harga-harga produk ini setanding dengan kualiti serta keberkesanan.
Walaubagaimanapun, ini tak bermakna produk berjenama yang lebih murah tak berkesan. Ukur baju di badan sendiri, pilih produk yang bersesuaian dengan kemampuan anda sebab ini akan memudahkan anda untuk membeli berulang kali akan produk yang sama tanpa mengusik bank. Consistency is key.
Jadi, sekiranya anda lebih berminat dengan produk anti aging drugstore, bolehlah anda rujuk dekat sini. produk anti-aging drugstore
(gambar diperoleh dari crownclinic )
Inginkan serum anti kedutan yang menunjukkan hasil seawal 5 hari? Ya, ianya mustahil untuk hilangkan kedutan dalam waktu sesingkat ini cuma serum daripada Zovil ini akan mempercepatkan pengurangan masalah tersebut! Serum ini berfungsi untuk memberi rangsangan kepada struktor sokong semulajadi kulit dengan 2 bahan utama.
Bahan-bahan utama dalam serum ini dan fungsinya:
Zovil mendakwa penggunaan serum ini mungkin akan memberikan sedikit rasa yang tidak selesa pada kulit dan ini adalah normal serta menunjukkan yang produk ini berfungsi. (Clinic, 2019)
(gambar diperoleh dari sephora )
Sejak Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar atau lebih dikenali sebagai Syedewa-makeup artist yang popular di Malaysia- menggunakan brand ini ke atas client beliau, ramai daripada anda yang baru tahu tentang kewujudannya.
Krim mewah ini mengandungi Concentrated Miracle Broth™ dan Concentrated Lifting Ferment yang berkemampuan hebat dalam “menarik” kulit wajah anda serta meningkatkan kekenyalan kulit hari demi hari pemakaiannya.
Menurut satu review dari Beautemia, krim mask ini boleh digunakan dengan sendirinya tanpa disusuli oleh pelembap wajah kerana ianya cukup menghidrat kulit. Krim ini mempunyai tekstur krim gel yang pekat, sangat bersesuaian untuk individu yang berkulit normal dan kering.
Reviewer tersebut juga mengatakan krim mask ni menyelamatkan muka beliau daripada tampak penat dan lesu walaupun beliau tak cukup tidur dan sedang mengalami PMS.
Tunggu apa lagi, try lah krim anti aging yang hebat ni! (Seo, 2017)
(gambar diperoleh dari cosderm)
Anda inginkan produk anti aging yang menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan tulen tanpa sebarang bahan irritants langsung? Atau anda ingin sesuatu yang memberikan efek yang serupa dengan rawatan botox kerana botox tidak dibenarkan untuk muslimin dan muslimat, ataupun anda tak suka jarum?
Serum unik daripada Glam’s ini adalah pilihan terbaik untuk anda! Dirumus khas untuk melawan kedutan di muka, dan mana-mana bahagian badan anda, ianya hanya menggunakan 3 bahan utama dengan kepekatan yang hebat dan berkesan.
Bahan-bahan yang digunakan serta fungsinya:
References