3 Produk Sunblock Terbaik Untuk Wajah Di Malaysia

Perlindungan kulit daripada cahaya matahari atau sinaran UV adalah sangat penting untuk setiap individu yang hidup atas muka bumi ini. Penting untuk tubuh badan yang terdedah, penting lagi untuk anda mendapatkan produk sunblock terbaik untuk wajah. Kalau anda pentingkan kecantikan luar dan dalam, penggunaan sunblock mestilah dititikberatkan. Ini kerana, 90 peratus daripada perubahan ketara kulit termasuklah penuaan pra-matang adalah disebabkan sinaran matahari. (EPA, n.d.) Admin harap, selepas membaca artikel ni anda dapat memulakan penggunaan dan memilih produk sunblock terbaik untuk wajah anda!

produk sunblock terbaik
(sumber: mafficlinics )

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Sunblock

  1. Anda dapat menghindari daripada menghidap barah kulit.
  2. Sunblock dapat mengelakkan terjadinya penuaan pra-matang.
  3. Sunblock mengurangkan risiko kulit anda daripada mengalami hiperpigmentasi.
  4. Sunblock mampu mengurangkan iritasi dan sensitiviti kulit anda pada cahaya matahari.
  5. Keradangan kulit dapat dikurangkan dengan pemakaian sunblock. (KIKAM, 2020)

Hebatkan peranan-peranan sunblock ni pada kulit kita? Okay, sekarang macam mana nak cari krim sunblock wajah yang bagus?

Baca juga: Produk Anti-aging terbaik di Watson

Pilih Sunblock Yang Menawarkan Perlindungan Broad Spectrum atau Full Spectrum

sunblock terbaik untuk wajah

Kedua-dua jenis sunblock Broad Spectrum dan Full Spectrum ni mampu melindungi kulit anda daripada pendedahan radiasi ultraviolet matahari yang merosakkan. Terdapat dua jenis cahaya ultraviolet (UV), iaitu UVA dan UVB.

a) Sinaran UVA meresap ke dalam dermis (lapisan kedua kulit selepas epidermis) kulit dengan cepat menua kulit menyebabkan ia berkedut dan menghasilkan tompok-tompok gelap.

b) Sinar UVB boleh “membakar” permukaan kulit, tahapnya berbeza-beza bergantung pada musim, lokasi dan hari.

Pendedahan yang berpanjangan terhadap sinaran UVA dan UVB boleh menyebabkan barah kulit. (maffi, n.d.)

ask physician

Produk Sunblock Terbaik Untuk Wajah

1. Revision Skincare Multi‐Protection Broad Spectrum SPF50

revision skincare terbaik di malaysia

Kepada anda yang berkulit matang, dan berminyak, sunscreen dari Revision Skincare ni adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Ianya mengandungi gabungan tiga peptida yang unik untuk aktiviti anti-penuaan yang optimum. Selain itu, kandungan ACS-456 campuran proprietari ni menyediakan faktor perlindungan imun (IPF) untuk melindungi kulit daripada tekanan UV dan kerosakan.

Diperkaya juga dengan antioksidan yang berkuasa tinggi seperti THD Ascorbate (Vitamin C) dan Epigallocatechin Gallate (EGCG) dari teh hijau membantu mencegah kerosakan kulit dalam jangka masa panjang. Pelembap sunblock ni bebas daripada minyak dan mempunyai tekstur yang ringan supaya muka anda tidak berasa rimas.

Kebaikan-kebaikannya:

2. HydroPeptide Solar Defense Tinted Moisturizer SPF 30

produk hydropeptide bagus

Sesuai dengan individu yang mengamalkan solekan minimal, sunblock dari Hydropeptide ni akan membantu memberikan tona sekata pada kulit anda seperti krim BB sambil bertindak sebagai pelindung matahari. Krim sunblock ini akan menyesuai dan merubah tonanya mengikut tona kulit anda. Ianya diperkaya dengan bahan-bahan utama yang sangat baik seperti Titanium Dioxide, Zinc Dioxide, Venuceane™, ASEBIOL™, Galanga Root, RELIPIDIUM™, Hyaluronic Acid, Actiphyte® Complex, Aloe Vera, Allantoin dan Chamomile. Sekiranya anda tak berminat dengan sunscreen tinted, jangan risau sebab versi yang lebih kuat dan tiada warna pun ada dari jenama ni.

Kebaikan-kebaikannya:

3. HydroPeptide Solar Defense Non-Tinted Broad Spectrum SPF 50

produk solar defense terbaik

Produk pelindung matahari mineral SPF 50 yang elegan ni dapat menghentikan kerosakan sinar matahari di treknya kerana ianya mengandungi bahan-bahan utama yang hebat dalam melindungi kulit anda daripada cahaya UVB, UVA dan cahaya infrared. Rangkaian produk dari Hydropeptide memang sesuai untuk anda yang kerap berada di luar rumah, aktif dan ingin melambatkan proses penuaan. Pemakaian sunscreen ni akan terasa seolah-olah anda hanya memakai moisturizer yang ringan.

Kebaikan-kebaikannya:

Baca juga: Produk Anti-aging Terbaik di Malaysia

Chat dgn pakar estetik kami

References