5 Krim Terbaik Hilangkan Kedutan Di Muka

Senarai Semakan Pembelian 5 Krim Terbaik Konsult Doktor Produk Percuma

Pada zaman dahulu, manusia mengharapkan untuk menemui Fountain of Youth untuk kekal muda dan cantik. Walaupun Foutain of Youth itu tidak pernah dijumpai, namun harapan dan buah mulut orang yang tidak pernah berhenti menceritakan tentang kewujudannya, ianya masih aktif dicari.Baca juga artikel ini tentang cara menghilangkan kedutan di muka.Pada zaman kini, kebanyakan kita sudah beralih ke produk-produk anti-penuaan yang dicipta oleh pakar serta teknologi yang canggih. Sebagai sesuatu yang boleh dicapai serta menunjukkan kesan, -berbeza dengan Fountain of Youth- produk anti-penuaan amat laris di pasaran dan menurut Transparency Market Search pada tahun 2015, pasaran produk-produk anti-penuaan secara global dijangka akan bernilai dalam lingkungan $191.7 bilion pada tahun 2019! (Ghumare, 2015)

produk hilangkan eyebag

Hydropeptide Vital Eye ialah satu produk yg amat berkesan untuk hilangkan eyebag dalam masa 2 minggu dgn menggunakan ingredient yg natural dan manufactured kat US.
anti aging

Pada tahun 2021 ini, nilainya pasti sudah melebihi daripada itu. Ini menandakan yang ramai orang yang ambil peduli tentang penuaan pada kulit serta produk anti-aging seperti krim, serum dan sebagainya. Bagi anda yang membaca artikel ini, pasti anda juga mahu tahu tentang krim terbaik hilangkan kedutan di muka.

Penulis dah membuat cukup bacaan untuk membantu anda mencari krim terbaik hilangkan kedutan di muka, jadi teruskan membaca!

Sekiranya anda nak tahu tentang serum hilangkan kedutan, sila klik ke artikel ini.

krim hilangkan kedutan di muka
(gambar diperoleh dari byrdie )

Sebelum anda mendapatkan krim terbaik hilangkan kedutan di muka, anda perlu memastikan beberapa perkara tentang kelopak mata kedut terlebih dahulu sebelum membeli, ya

Pastikan anda check perkara-perkara ini sebelum membeli Krim Anti-penuaan

Pembelian krim anti-penuaan atau pun apa-apa produk mestilah dibuat dengan teliti kerana anda mesti mahukan sesuatu yang akan menunjukkan kesan yang baik dan tidak mahu rasa membazir duit, jadi baca di bawah tentang apa yang perlu di check.

1. Pastikan ianya mengandungi Retinoid (bahan daripada vitamin A)

Retinoid ini akan menggalakkan pembentukan dan pengeluaran kolagen, menjadikan kulit anda menjadi sekata dan perolehan sel.

2. Peptide/Peptida

Peptide ini bertanggungjawab dalam penghasilan protein dalam kulit yang mana sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ada banyak jenis peptide kerana ianya akan terhasil mengikut formasi yang tertentu. (Choice, 2020)

3. Antioksidan

Bahan ini juga penting dalam proses anti-aging dan bahan ini diperoleh daripada Vitamin C dan E yang mana akan melawan radikal bebas. Radikal bebas ni adalah molekul yang tak stabil dan boleh merosakkan sel-sel kulit anda.

4. Asid Hyaluronik dan Bahan-bahan yang boleh Boost kan Kelembapan Kulit

Bahan-bahan yang boleh mengekalkan kelembapan diperlukan dalam sesuatu produk anti-penuaan bagi mengelakkan kepedihan kulit yang disebabkan oleh bahan-bahan anti penuaan yang tajam.

5. Ketahui Jenis Kulit anda

Menurut Dr. Joel Schlessinger M.D., seorang dermatologist yang bertauliah dan doktor bedah plastik dari Omaha, sekiranya anda mempunyai kulit yang kering, pilih krim yang pekat supaya kulit anda akan lebih kekal lembap, manakala bagi yang mempunyai kulit berminyak, pilih krim yang bersifat “matte” supaya kulit anda tidak merasa berat dan bersinar-sinar.

6. Ambil perhatian terhadap sensitiviti kulit anda

Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, krim anti-penuaan yang mengandungi retinol mungkin tidak sesuai untuk digunakan. Sebaliknya, anda boleh memilih produk yang mengandungi Bakuchiol kerana ianya berfungsi serupa dengan retinol dan ianya memiliki sifat anti-keradangan. (Hrustic, 2020)

5 Krim terbaik hilangkan Kedutan di muka

Kedutan di muka dan mata mempunyai sedikit perbezaan dalam rawatan dan bahan-bahan yang diperlukan. Ini kerana, kelopak mata kita mempunyai lapisan kulit yang lebih nipis yang membawa maksud kebanyakan produk anti-penuaan untuk muka ini tidak sesuai untuk diaplikasikan pada kelopak mata.

Jadi, baca artikel yang penulis telah sediakan tentang kelopak mata kedut di sini.

1. Hydropeptide Vital Eyes Instant Awakening Serum

hydropeptide hilangkan eyebag

Hydropeptide Vital Eyes ni terdiri daripada bahan yang baik seperti Argirelox, Bakuchiol,  Majestem dan Caffeine.

Cara penggunaannya adalah mudah, memicit tiub krim ini dan mulakan urutan di bawah mata yang terkesan dengan eyebag itu sekurang-kurangya 3 kali setiap pagi.

2. L’Oreal Paris Revitalift Night Cream (50ml)

krim Loreal yang boleh menghilangkan kedutan muka
(gambar diperoleh dari guardian )

Krim daripada L’Oreal Paris ini mendakwa bahawa ianya mampu mengembalikan 8 bahan semulajadi yang menganjalkan dalam kulit yang mana akan berkurangan semakin kita meningkat usia. 8 bahan semulajadi itu adalah:

  • Perlecan
  • Integrin
  • Kolagen I, III dan VII
  • Fibrillin
  • Chondrotine Sulfate
  • Elastin

 

Mungkin ada yang skeptikal apabila membaca ini, begitu juga dengan penulis pada awalnya. Namun setelah membaca ulasan-ulasan daripada pengguna yang berusia lebih daripada 40-60 tahun, ternyata krim ini berjaya membantu dalam menghilangkan garis-garis halus serta menghidratkan kulit yang matang. (Customer, n.d.) Diperkaya dengan Pro-Retinol A, anda akan mendapati kulit anda menjadi lebih mulus, berseri dan sekata selepas 4 minggu penggunaan pada setiap malam.

3. Neutrogena Rapid Wrinkle Repair Regenerating Cream (48g)

krim Neutrogena menguatkan penghadang kulit
(gambar diperoleh dari beautyinsider )

Krim yang pekat daripada Neutrogena ini bebas daripada pewangi dan diperkaya dengan Retinol SA yang dipercepatkan iaitu satu gabungan yang unik daripada retinol SA, glukosa kompleks dan asid hyaluronik.

Ini membawa maksud, retinol ini adalah yang paling cepat bertindak untuk menyerap ke dalam kulit dan bekerja dengan cepat untuk menghilangkan garis-garis halus dan menggebu serta melembapkan kulit wajah. Krim ini juga akan menguatkan penghadang kulit bagi mempercepatkan proses anti-penuaan.

Ahli-ahli dermatologi dari Neutrogena mengatakan bahawa retinol ini sudah distabilkan dan tidak akan menyebabkan iritasi yang mana biasa dilihat daripada penggunaan retinol biasa. Jadi, bagi anda yang terpegun dengan bahan-bahan yang digunakan dalam krim ini, apa kata anda mencubanya? (NeutrogenaMD, n.d.)

4. Olay Regenerist Retinol 24 Night Moisturiser (50gm)

moisturiser Olay yang boleh memperbaharui kulit
(gambar diperoleh dari harpersbazaar )

Olay Regenerist Retinol 24 Night Moisturizer ini mendapat sambutan yang sangat dan baik daripada peminat-peminat retinol. Peggunaan retinol biasanya memerlukan beberapa minggu atau 28 hari untuk nampak keberkesanannya, tetapi kebanyakan ulasan yang penulis baca, mereka sudah dapat merasakan perubahannya selepas SATU sahaja penggunaan!

Bahan-bahan utama yang digunakan dalam krim anti-penuaan ini adalah OLAY’s Retinol 24 Complex dan niacinamide yang berfungsi untuk memperbaharui kulit, menyerlahkan keserian wajah serta memuluskan kulit anda. Krim ini juga bebas daripada pewangi, jadi anda yang sensitif terhadap wangian dalam produk penjagaan wajah, anda akan jatuh cinta pada krim ini. (laurenkaysims, 2020)

Ianya sesuai digunakan pada setiap malam tanpa memberikan iritasi pada kulit, namun seperti biasa, penulis mahu ingatkan bahawa setiap individu adalah berbeza. So, sekiranya produk ini memberikan anda iritasi juga, jangan dipaksa diri untuk menggunakannya.

5. HydroPeptide Face Lift – Advanced Ultra-Light Moisturizer (30ml)

moisturizer bagi hilangkan kedutan muka
(gambar diperoleh dari cosmeticsnow )

Sekiranya anda tinggal di tengah bandar yang pastinya dipenuhi oleh udara yang menyesakkan kulit anda dan menyebabkan kemunculan garis-garis halus, krim anti-penuaan ini adalah yang terbaik untuk anda!

Diformulasikan dengan PerfectionPeptide bersama bahan-bahan aktif lain, krim ini dirumus khas untuk meningkatkan antioksidan enzim semulajadi anda bagi membina pelindungan kulit daripada kerosakan radikal bebas.

Humektan ataupun bahan yang mengekalkan dan menarik kelembapan yang digunakan dalam krim ini adalah tiga kali ganda asid hyaluronik dan minyak jojoba. Tidak lupa juga bahawa bahan-bahan ini akan menguatkan penghadang kulit dan krim ini menyerap ke dalam kulit anda dengan pantas.

Sekiranya anda suka dengan krim yang ringan di wajah dan pada yang sama mampu mengurangkan kedutan di wajah dan memberikan anda penghidratan dalam jangka masa yang panjang, krim ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit dan terutamanya untuk individu yang berkulit matang. (Now, n.d.)