Kulit mata yang berkedut bukan sahaja menimbulkan boleh masalah keyakinan diri, namun bagi individu yang suka mengenakan solekan juga pasti merasa beban melihat garis-garis halus di kawasan mata, terutamanya untuk masalah kelopak mata kedut.Yang paling tak best apabila anda masih dalam usia 20-an ataupun 30-an dan anda menghadapi masalah penuaan pra-matang seperti mempunyai kelopak mata yang berkedut. Apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini? Apakah juga yang menyebabkan kelopak mata kedut?
Harini, penulis akan bercerita dan berkongsi tentang kedutan di kawasan mata dan apakah cara yang anda boleh pertimbangkan untuk mengurangkan serta hilangkan kedut bawah mata.
Sekiranya anda ingin ketahui cara hilangkan kedut bawah mata di rumah dan mudah, sila klik ke artikel ini.
Menurut seorang ahli dermatologi yang bertauliah, Dr. Amy Ross, MD, kelopak mata anda cenderung untuk mendapat kedut serupa dengan kulit bawah mata anda. Ini kerana kedua-dua kawasan mempunyai lapisan kulit yang tipis, cepat kehilangan keanjalan mengikut peningkatan umur dan boleh juga disebabkan oleh pemakaian solekan yang kerap.
Antara sebab-sebab yang menyebabkan kemunculan kedut di kelopak mata adalah:
Tanpa anda sedari, gosokan mata yang gatal dan sentuhan yang ganas pada mata semasa menanggalkan makeup atau semasa memasang kanta lekap mata akan menyebabkan kedut di kelopak mata. Lapisan kulit kelopak mata yang tipis yang mana penjarakan epidermis dan dermis terlalu rapat akan lebih cenderung untuk menerima kecederaan.
Menurut Dr. Ross, kedut pada kelopak mata mungkin terjadi kerana badan kita kekurangan air dan mata yang bengkak. Berbeza dengan kulit bawah mata, kelopak mata ni lebih sensitif sedikit terhadap krim anti-penuaan tetapi ada beberapa jenis krim yang boleh digunakan pada kawasan ini untuk menyumbang kelembapan.
Serupa dengan masalah kulit yang lain, pendedahan matahari secara berlebihan juga akan memberikan kesan terhadap keanjalan kulit kelopak mata anda. Lebih-lebih lagi kerana kelopak mata ini sangat nipis dan lebih cenderung untuk kendur dan berkedut apabila terdedah kepada cahaya matahari. (ROSTAMIAN, 2020)
Jadi, macam mana ni peminat-peminat solekan dan pemakai kanta lekap? Baca lebih lanjut untuk ketahui cara nak atasi kelopak mata berkedut ni dan macam mana nak memperlahankan kedutan kelopak mata bagi yang masih dalam usia awal 20-an.
Untuk pengetahuan anda, kedut di kelopak mata tidak mudah untuk di rawat tetapi penampilannya boleh ditingkatkan dengan beberapa cara dan tips. Anda cuma perlu mempunyai keinginan untuk membuat perubahan pada diri anda sendiri.
Jika anda sudah nampak tanda-tanda kedut di bahagian kelopak mata, penulis sarankan anda untuk berhenti memakai pencuci makeup yang mengandungi alkohol dan makeup wipes yang kasar.
Sila rujuk ke artikel ini sekiranya anda ingin ketahui micellar water yang terbaik.
Adalah lebih baik untuk anda menggunakan pencuci solekan yang berasaskan balsam dan minyak tanpa harus menggunakan material lain selain daripada jari anda.
Penulis juga ada satu tip untuk membuang makeup secara lembut iaitu anda perlu menggunakan hanya jari manis/jari cincin anda untuk meratakan dan menggosok produk pada kelopak mata. Ini kerana jari cincin anda mempunyai tekanan yang paling lembut berbanding jari-jari anda yang lain.
Mungkin ini akan memakan lebih masa daripada biasa tetapi yakin lah bahawa anda akan berterima kasih pada diri sendiri pada masa hadapan kerana anda menggunakan tip ini.
Salah satu sebab kemunculan kedut di kelopak mata adalah kerana ianya kekurangan agen anti oksida, jadi penggunaan krim mata yang mengandungi kafein yang mana akan menyalurkan sumber anti oksida pada kulit, bukan sahaja dapat membantu mencerahkan kulit mata anda, malah ianya mampu mengurangkan garis-garis kedutan pada kelopak mata anda. Selain itu, kafein juga boleh mengurangkan masalah eyebag dan dark circle. (STAFF, 2017)
Beralih kepada kolagen pula, kehilangan protein ini lah yang menyebabkan kekenduran dan kedut berlaku pada mana-mana bahagian kulit. Jadi, penggunaan krim yang mengandungi kolagen boleh membantu anda dalam mengembalikan penampilan kulit yang licin, anjal dan gebu.
Berbeza dengan bahagian wajah anda yang lain, krim pelindung matahari tidak sesuai untuk disapu pada kelopak mata kerana bahagian ini amat sensitif. Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah memilih solekan yang mengandungi bahan SPF. (ROSTAMIAN, 2020)
Ini adalah salah satu pembayang mata yang mempunyai SPF serta berasaskan krim dan anda boleh dapatkannya di Sephora.
Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, produk ini mungkin akan mudah pudar dan penulis sarankan anda memakai produk ini sebagai base eyeshadow anda. Dengan cara ini, anda boleh memakai apa-apa sahaja pembayang mata yang anda suka sambil beralaskan dengan produk ini!
Senaman kelopak mata ini amat mudah dan tidak menyusahkan. Senaman ini hanya akan mengambil 10 minit sahaja dan jangan mengeluh kerana hasilnya akan memuaskan hati anda.
Cara senaman kelopak mata ialah;
Tips-tips lain yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan serta mengelakkan kedut pada kelopak mata:
(produk ni x available kat watsons & guardian setakat ni, beli secara online!)
Bahan-bahan utama yang digunakan adalah Bakuchiol, Argirelox, Caffeine dan Majestem.
Cara penggunaann Hydropeptide Vital Eyes adalah dengan memicit tiub krim ini dan mulakan urutan di bawah mata yang terkesan dengan kedutan mata tu sekurang-kurangya 3 kali. Lakukan setiap pagi.
Bahan utama yang digunakan ialah Tri-collagen yang mana akan memberikan anda kesan 3 kali ganda, yang mana bahan-bahan ini akan bekerjasama untuk memberikan galakan kepada kulit kelopak mata anda untuk pengeluaran kolagen. Hal ini akan memberikan anda penampilan mata yang berseri dan kedutan akan berkurangan dalam tempoh yang singkat. (Watsons, n.d.)
Blefaroplasti– Rawatan kosmetik ini akan dijalankan oleh doktor yang bertauliah dengan tujuan mengetatkan kulit di bahagian kelopak mata anda. Prosedur-prosedur ini akan membuang lebihan lemak, kulit dan otot yang menyebabkan kekenduran kelopak mata anda. (Shawwa, 2018)
Untuk pengetahuan tambahan anda, penulis akan sediakan rawatan-rawatan untuk hilangkan kedut bawah mata yang boleh anda pertimbangkan. Cuma, tolong berwaspada dalam memilih klinik dan pastikan doktor-doktor tersebut adalah yang bertauliah. Tidak lupa juga, setiap prosedur-prosedur ini mempunyai risiko-risiko tersendiri.
a) Pengelupasan kimia– Prosedur ini akan menggalakkan pembentukan kulit yang baru dengan membuang lapisan kulit atas bawah mata anda.
b) Laser pembentukan semula– Rawatan yang tidak menceroboh ini boleh mengembalikan kulit yang sekata dan menghilangkan kedut bawah mata.
c) Pembedahan plastik.
d) Suntikan filler– Rawatan melalui suntikan terdapat banyak jenis untuk menganjalkan serta memberikan tekstur yang sekata pada kulit bawah mata anda. Jadi, sila rujuk kepada pakar untuk meneruskan keputusan ini. (SUE, 2013)
References