Garis-garis halus pada bawah mata akan mula dilihat pada seseorang seawal 20-an. Tidak dapat dinafikan bahawa penampilan dan kemunculan kedut bawah mata ini boleh menjadi mimpi buruk kepada kebanyakan para wanita dan sesetengah lelaki. Penulis yakin bahawa ramai daripada anda ingin mencari cara hilangkan kedut bawah mata dan apa yang boleh anda lakukan disamping itu bagi mengelakkan kedutan bawah mata ini daripada berlaku.
Untuk pengetahuan anda, tidak ada apa yang kita sebagai seorang insan yang biasa boleh lakukan untuk memberhentikan penuaan semula jadi. Namun, anda mampu untuk memperlahankan proses penuaan dan mengatasi serta hilangkan kedut bawah mata terutamanya sekiranya anda masih muda.
Ingin tahu caranya? Teruskan membaca artikel ini kerana penulis sudah membuat kajian dengan teliti tentang inisiatif yang kita boleh ambil untuk mengurangkan dan hilangkan kedut bawah mata.
(gambar diperoleh dari themetrognome )
Anda mungkin tidak tahu bahawa kawasan mata kita adalah kawasan yang menjadi target utama tanda-tanda penuaan awal. Ini kerana, kawasan mata kita terdiri daripada lapisan-lapisan kulit yang lebih halus dan tipis berbanding kawasan wajah kita yang lain.
Terdapat 2 jenis kedutan bawah mata:
Kedutan bawah mata yang statik ini adalah kedutan yang kekal pada wajah walaupun wajah anda tidak bergerak atau pun mempunyai apa-apa ekspresi. Kedutan statik ini kebiasaannya muncul apabila seseorang individu telah mencecah pertengahan 30-an.
Kedutan ini mula adalah apa yang anda dapat lihat apabila seseorang itu sedang senyum dan bawah mata atau pipi mereka menunjukkan garis-garis halus atau kita kadangkala memanggilnya sebagai garis senyum. Kedutan ini hanya muncul bersama pergerakan otot-otot wajah kita dan kebiasannya ini dialami oleh individu yang berumur seawal 20-an. (Khona, 2020)
Secara asasnya, kulit kita mengandungi serat elastik iaitu elastin dan protein yang popular yang selalu disebut-sebutkan dalam dunia kecantikan iaitu kolagen. Tatkala usia kita meningkat, maka kedua-dua elastin dan kolagen ini akan menjadi semakin berkurangan. Hal ini akan menyebabkan kulit menjadi kendur, berkedut, tidak gebu seperti dahulu lagi dan sebagainya. (SUE, 2013)
Selain faktor usia yang jelas akan menyebabkan kemunculan garis-garis halus pada bawah mata, ada beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah ini. Kebanyakan daripadanya adalah perkara-perkara yang mampu anda ubah sebagai pencegahan kemunculan kedut bawah mata sebelum waktunya.
Tabiat merokok adalah penyumbang kepada banyak masalah kesihatan dan kecantikan. Contohnya adalah seperti memperlahankan proses penyembuhan luka, meningkatkan risiko untuk terkena jangkitan, dan penuaan pra-matang termasuklah sebagai penyebab kemunculan kedut bawah mata.
Musuh utama elastin dan kolagen adalah tabiat merokok kerana nikotin yang terkandung dalam rokok ini akan memusnahkan mereka dan vitamin-vitamin dalam sel kulit kita. Selain itu, merokok juga akan menghalang nutrisi-nutrisi daripada sampai ke wajah anda dengan mengecilkan pembuluh darah dan mengacau peredaran darah. (Simpkin, 2016)
Pendedahan kulit terhadap sinaran UV daripada cahaya matahari memang tidak asing lagi didengari sebagai punca kebanyakan masalah kulit. Apabila anda tidak menggunakan produk pelindungan daripada sinaran UV dengan cukup, ianya dapat menembusi kulit anda dan meneruskan kerosakannya dengan menyebabkan garis halus dan kedutan bawah mata. Sinaran UV juga boleh menyebabkan hitam pada bawah mata, baca artikel ini tentang cara hilangkan dark circle keturunan dan punca dark circle.
Tindakbalas alergi yang menyebabkan mata anda gatal dan berair boleh mengundang kelakukan yang tidak patut seperti menggosok bahagian mata dengan kasar. Mungkin anda fikir menggosok bahagian itu akan dapat menghilangkan kegatalan, tetapi sebaliknya ianya akan memberikan kesan yang lebih buruk seperti kecederaan bebola mata.
Seterusnya, kulit bawah mata anda akan menjadi pedih dan kering yang mana akan menyebabkan garisan halus dan kedut.
Jikalau anda seseorang yang suka tidur merehatkan perut ke atas katil, muka akan tersembam dengan bantal dan akan menyebabkan tekanan yang berlebihan pada kulit wajah dan mata anda. Ini adalah penyumbang kepada kedutan wajah juga.
Selain itu, tabiat suka mengerutkan dahi, mengecilkan mata dan senyum secara berlebihan pun boleh menjadi punca penuaan pra-matang pada bawah mata anda. (Khona, 2020)
Kedut bawah mata sebenarnya sudah untuk dihilangkan, hasil yang paling maksima yang anda boleh capai adalah pengurangan garis-garis halus.
Namun, jangan risau dengan sedikit kedutan pada bawah mata, ianya menunjukkan bahawa kulit anda telah menjalani kehidupan yang beraneka ragam dan pengalaman. Jom kita tengok apakah cara-cara yang boleh anda pilih untuk mengurangkan kedut bawah mata.
(gambar diperoleh katesomerville )
Terdapat banyak jenis krim anti-penuaan bawah mata yang terjual dipasaran. Anda mungkin teragak-agak untuk membeli dan memilih kerana harga produk yang mahal. Penulis sudah membuat rujukan yang boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk mencari krim penuaan mata yang berkesan!
Menurut satu kajian yang dijalankan ke atas wanita-wanita yang berumur dalam lingkungan 30-70 tahun pada tahun 2009 dalam Journal of Cosmetic Dermatology, ia mendapati bahawa penggunaan SPF30, krim malam, krim mata dan krim anti-penuaan dapat mengurangkan kedut dan memberi efek yang lebih montok selepas 4 minggu pengunaan dua kali sehari.
Bahan-bahan yang terkandung dalam produk-produk yang digunakan dalam kajian itu adalah seperti Niacinamide, Retinyl Propionate, Kafein, Carnosine, anti oksidan dan bahan-bahan peptida.
Dengan bahan-bahan yang disenaraikan di atas, anda bolehlah memulakan pencarian produk krim mata yang bersesuaian dengan anda. Pastikan bahan-bahan tersebut terkandung dalam krim mata yang anda pilih semasa pembelian. (Joseph R Kaczvinsky PhD Christopher E M Griffiths MD, 2009)
(screenshot dari Youtube )
Urutan kawasan bawah mata khas untuk kedutan dan garis-garis halus ini dikongsi oleh Olga Toja, seorang Youtuber dari Poland. Ternyata urutan yang dikongsikan ini terbukti keberkesanannya menurut pengikut-pengikut wanita ini di YouTube. Mudah dan menjimatkan masa, urutan kedut bawah mata ini mengambil masa tidak lebih daripada 5 minit! Di bawah adalah langkah-langkah urutannya.
Sekiranya anda berasa malas membaca, anda boleh terus menonton video ini.
Dah siap! Penulis harap anda akan berasa tenang selepas sesi urutan sendiri ini sambil dapat mengurangkan kedutan bawah mata. Jangan lupa bilas muka ya selepas urutan dan boleh teruskan dengan rutin penjagaan wajah.
Sekiranya anda ingin mengetahui rawatan-rawatan lain yang lebih intensif, sila klik ke artikel ini yang mana penulis akan bercerita tentang masalah kelopak mata kedut.
Seperti yang anda sedia maklum, untuk menghilangkan kedut bawah mata secara 100% adalah mustahil, anda Cuma boleh mengurangkan penampilannya. Jadi, jom kita lihat apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan daripada mengalami masalah ini.
References