(gambar diperoleh dari thoughtco )
Tak percaya? Mari kita lihat semula pada zaman silam dan sejarah-sejarah pada zaman dahulu dan sebagai contoh pada abad ke-16, Ponce de Leon, seorang pengembara dari Sepanyol mencari Fountain of Youth di Florida, Amerika Syarikat yang didakwa mampu mengembalikan serta mengekalkan keremajaan dan menghentikan peningkatan umur serta merta.
Bukan Ponce de Leon sahaja, malah Alexander the Great atau Iskandar Agung terlebih dahulu dipercayai mencari sungai yang mengandungi air ajaib yang berfungsi untuk mengembalikan keremajaan juga sebelum permergiannya dari dunia dalam lingkungan 323 B.C (sebelum masihi). (DRYE, n.d.)Sehingga kini, tiada penemuan yang mempunyai bukti konkrit tentang kewujudannya tetapi ahli-ahli arkeologi masih lagi aktif dalam pencarian ini.
Dalam pada itu, kita sebagai individu-individu yang biasa dan tidak boleh menunggu kepastian akan kewujudan Fountain of Youth ini, bacalah artikel ini dengan lebih lanjut untuk ketahui tentang cara menghilangkan kedutan di muka. Sekurang-kurangnya, cara-cara menghilangkan kedutan di muka yang penulis dah sediakan ini mampu membantu anda sedikit sebanyak!
Sebelum kita selami tentang cara-cara menghilangkan kedutan di muka, mari kita lihat tentang punca-punca kemunculan garis-garis halus serta kedutan di muka.
Menurut Dr Alina Hasni Mohamad Rashid, seorang perunding dermatologi di Dermaline, garis-garis halus dan kedutan di muka adalah antara proses penuaan di wajah yang mana biasa dialami oleh semua orang yang melalui peningkatan umur. Proses ini juga berlaku secara berperingkat, dimulakan daripada kulit wajah, lemak di muka dan tulang tengkorak di kawasan mata. Perubahan pada kulit termasuklah:
Untuk pengetahuan anda, 90% daripada punca perubahan kulit wajah seperti kedutan adalah disebabkan oleh sinaran ultra ungu (UV) matahari. Ramai di antara kita yang mengambil mudah tentang penggunaan produk pelindung matahari kerana mereka menganggap ianya tidak diperlukan pada hari yang tidak panas. (Medicine, 2019)
Penulis akan membincangkan lagi tentang punca-punca serta mitos-mitos tentang kemunculan kedutan di muka dalam artikel tentang cara hilangkan kedutan di pipi di sini.
Dalam banyak-banyak jenis produk untuk menghilangkan kedutan, retinoid adalah yang paling berkesan setakat ini. Retinoid berfungsi dengan memulihkan serta memperbaiki kesan-kesan penuaan awal seperti tona kulit yang tidak sekata, kulit yang menjadi kasar dan kemunculan kedutan.
Pada awal penggunaannya, retinoid mungkin akan menyebabkan kemerahan pada kulit wajah dan pengelupasan. Proses ini mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan pada anda, tetapi selepas proses pengelupasan berakhir, anda akan berpuas hati dengan hasil yang anda peroleh!
Walau bagaimanapun, ingin penulis ingatkan kepada anda bahawa retinoid tidak sesuai digunakan pada kedutan kelopak mata. Ini kerana kelopak mata anda adalah sangat tipis dan terlalu sensitif untuk bahan yang mempunyai agen pengelupasan dalam retinoid ini.
Jadi, boleh lah anda rujuk ke artikel yang berkaitan kelopak mata kedut dan cara-cara merawatnya. Selamat membaca.
AHA sering dipanggil “asid buah-buahan” kerana ianya memang dijumpai dalam buah-buahan seperti glikolik acid. Acid laktik pula adalah AHA yang dijumpai dalam sumber tenusu. Apa pun, rawatan yang menggunakan AHA yang bersifat anti-penuaan ini adalah selamat dan tidak akan menyebabkan kepedihan yang teruk.
Oleh kerana sifatnya yang lembut itu, AHA akan merawat kedutan kulit anda secara halus dan perlahan. Ianya bertindak melupuskan lapisan permukaan kulit dan membuang kulit mati demi menggalakkan kelembapan kulit anda serta mengurangkan garisan halus. (Paris, n.d.)
Sewaktu anda kecil dan di alam remaja, kulit anda dipenuhi dengan anti-oksida semula jadi yang melindungi kulit daripada pencemaran di persekitaran, terutamanya daripada kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari.
Namun, apabila anda meningkat usia ke alam dewasa dan sentiasa terdedah kepada pancaran matahari terutamanya serta faktor-faktor lain seperti produk penjagaan wajah yang tidak sesuai, tabiat-tabiat dalam kehidupan, kulit anda secara perlahan-lahan kehilangan dalam kemampuannya untuk menghasilkan anti-oksida lagi.
Kekurangan sumber anti-oksida dalam badan yang boleh diperoleh daripada pemakanan atau apa-apa jenis suplemen akan menyebabkan kerosakan berpunca daripada radikal bebas. Radikal bebas ini akan memusnahkan kolagen dalam badan, DNA kita bermutasi dan seterusnya akan mengakibatkan kulit kita hilang kemampuan dalam pembaikpulihan. Di situ lah terhasilnya garis-garis halus dan kedutan di kulit wajah anda. (Choice, n.d.)
Apa yang anda boleh lakukan adalah membeli produk yang mengandungi vitamin A, C dan E samada suplement, produk sapuan dan buah-buahan. Vitamin-vitamin ini dapat menyalurkan anti-oksida dalam badan dan boleh merawat serta mengurangkan penampilan kedut-kedut di wajah.
Penampilan kedutan di wajah juga berpunca daripada kekeringan kulit yang disebabkan oleh hormon, persekitaran atau tabiat. Jadi, pemakaian krim pelembap muka boleh membantu anda untuk mengurangkan penampilan kedut-kedut tersebut buat sementara.
Kebanyakan krim pelembap muka tidak memberikan kesan yang kekal, jadi anda perlu mencari krim yang dirumus khas dan mempunyai label “anti-penuaan”. Bagi memudahkan proses pemilihan anda, penulis akan menyenaraikan krim-krim terbaik hilangkan kedutan di muka di sini.
Menurut Dr. Zeljka Kreptic, PhD., seorang pensyarah dalam bidang Kimia Fizik di University of Salford, rawatan ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah kedutan di wajah, hiperpigmentasi dan parut jerawat. Ini kerana rawatan pengelupasan asid glikolik akan melemahkan hubungan antara sel-sel kulit anda yang mana akan memberikan hasil pengurangan garis-garis penuaan.
Macam mana ianya bekerja? Asid glikolik ini akan melemahkan ikatan antara lapisan permukaan kulit anda dengan molekul larut lemak dipanggil Lipid yang mana mengikat sel-sel kulit mati pada kulit anda. Apabila ikatan ini dilemahkan, maka sel-sel kulit mati anda akan mudah untuk disingkirkan dan memberi peluang kepada lapisan kulit yang baru untuk membentuk. (Shah, 2019)
Rawatan laser penimbulan semula boleh dijalankan di mana-mana klinik dan akan dioperasikan oleh doktor dan juru estetik yang bertauliah. Bagaimanakah rawatan laser ini mampu menghilangkan kedut dan garisan halus di muka?
Caranya adalah alatan laser yang digunakan akan menyalurkan haba ke dalam kulit anda dan haba yang diserap ini akan menggalakkan pengeluaran kolagen. Kolagen mengambil masa lebih kurang sebulan untuk membentuk, jadi anda memerlukan kesabaran sebab hasilnya terjamin dalam kebanyakan rawatan.
Selepas “down time” berakhir, anda akan mendapati kulit anda menjadi lebih mulus, rata dan anjal. Untuk rawatan laser ini, ianya terdiri daripada banyak jenis. Oleh itu, penulis sarankan anda untuk berbincang dengan doktor-doktor anda tentang rawatan laser yang manakah sesuai untuk anda, tentang tempoh pemulihan serta kesan-kesan sampingan. (Radiance, n.d.)
References