Pipi yang gebu adalah sesuatu yang menjadi pujaan ramai kerana bagi sesetengah orang, pipi yang licin dan lembut akan memberikan penampilan yang manis pada seseorang sama ada lelaki atau wanita. Diiringi senyuman yang tak lekang dari bibir, pipi yang licin dan lembut ini boleh menjadi simbol tarikan pada seseorang individu!
Namun, apabila garisan halus mula muncul di pipi, pasti rasa tidak senang hati akan membuak-buak kerana ianya berkemungkinan menandakan tanda penuaan awal di wajah anda. Apakah cara hilangkan kedutan di pipi? Sebelum anda ketahui cara hilangkan kedutan di pipi, penulis akan jelaskan 2 jenis kedutan tidak kiralah pada dahi, pipi, mata dan sebagainya.
(gambar diperoleh dari primbonjk )
Kedutan di wajah kita ada dua jenis iaitu kedutan sementara (dinamik) dan kedutan kekal (statik).
Kedutan dinamik ini akan muncul apabila anda membuat macam-macam riak wajah seperti marah (mengerutkan dahi), menangis(beberapa kawasan muka akan dikerutkan), ketawa (mata, pipi dan dahi) dan sebagainya, tetapi kedut-kedut ini akan hilang apabila otot wajah anda kembali seperti normal dan tidak digerakkan.
Kedutan statik ini muncul apabila kulit anda sudah berkurangan elastin dan kolagen. Tidak lupa juga kedutan kekal ini disebabkan kerana graviti di bumi sudah dapat menewaskan kulit anda oleh kerana usia yang meningkat.
Walau bagaimanapun, semakin meningkat usia kedutan-kedutan dinamik itu akan berubah menjadi kedutan statik. Garis-garis yang asalnya halus akan menjadi lebih jelas dan akan menjadi lebih dalam apabila anda sudah mencecah pertengahan umur. (Chesak, 2019)
Baiklah, di sini kita beralih kepada mitos-mitos yang ingin penulis memberikan pencerahan serta menyangkal dakwaan-dakwaan mitos-mitos ini dengan sokongan bukti daripada pakar-pakar.
Keburukan mitos-mitos tentang pembentukan dan perkara yang berkaitan dengan kedutan akan membuatkan rawatan-rawatan untuk masalah ini kelihatan seolah-seolah mustahil untuk dirawat atau kelihatan seperti kita boleh mengambil mudah tentang penjagaan kulit.
Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat apakah mitos-mitos tentang kedutan di kulit ini.
(gambar diperoleh dari nykaa )
Sering kali kita terdengar nasihat yang mana kita hanya perlu memakai produk SPF apabila matahari muncul dan pada hari yang panas terik sahaja. Ini adalah salah satu nasihat yang boleh dikatakan paling menipu dan tidak bijak.
Fakta: Mengapa? Antara sebabnya adalah cahaya ultra ungu daripada matahari tetap boleh menembusi kulit anda dan menyebabkan kerosakan walaupun hari tersebut awan kelihatan mendung dan matahari pun kelihatan seperti ditutup oleh kepulan awan.
Jika ini kali pertama anda membaca tentang sangkalan mitos tersebut, penulis sarankan anda memakai krim pelindung matahari seperti yang anda lakukan pada hari yang panas terik sekiranya anda mahu berjalan-jalan di bawah langit pada siang hari. Ulang pemakaian selepas 2 jam berada di bawah matahari.
Menurut seorang doktor di Penn Plastic Surgery, Dr. Ivona Percec, MD, PhD., kita seharusnya memilih produk pelindung matahari yang mengandungi anti-oksida untuk mendapatkan pelindungan yang maksimum daripada cahaya dan pencemaran.
Pelindung matahari atau sunscreen bukan sahaja baik untuk mengurangkan risiko anda untuk terkena barah kulit, malah ianya adalah salah satu produk anti-penuaan yang terbaik dan berkesan yang mana anda boleh dapatkan di pasaran.
Baca juga: Produk Sunblock Terbaik untuk Wajah
(gambar diperoleh dari theactivetimes )
Fakta: Anda mungkin menemui diri anda berbelanja besar untuk menghilangkan kedut di wajah, namun produk-produk yang harganya mencekik darah ini tidak memberikan kesan seperti yang didakwa dalam pengiklanannya. Syarikat-syarikat kecantikan tahu bahawa ramai para wanita yang terdesak untuk mencari “penawar” untuk penuaan, jadi mereka mengambil peluang ini untuk memperdaya kan anda. Jadi, bacalah dengan lanjut dengan hati yang terbuka.
Tahukah anda bahawa setiap manusia akan merasai garisan halus dan kedutan di wajah sekiranya diberikan nikmat untuk berumur panjang? Ini tidak bermakna anda harus berputus asa untuk mencari rawatan dan produk untuk mengurangkan kedut.
Cuma, anda perlu berfikir sejenak dan buat keputusan yang bijak. Anda tidak perlu membazirkan wang hasil kerahan peluh anda pada produk-produk gimik apabila anda boleh mengurangkan kedut anda sambil mengeluarkan perbelanjaan yang berpatutan dan produk yang diperlukan adalah secara minimal. Anda juga tidak memerlukan pengunaan produk yang banyak pada wajah dalam satu masa kerana “less is more” dan lebih lembut pada kulit.
Baca artikel ini untuk ketahui tentang krim terbaik hilangkan kedut di muka.
(gambar diperoleh dari ghp-news )
Fakta: Tiada satu penjagaan wajah yang sempurna yang mana sesuai untuk semua orang. Setiap individu mempunyai kulit yang berbeza dan memerlukan rawatan dan rutin penjagaan yang juga berbeza.
Untuk pengetahuan anda, lumrah rutin penjagaan wajah ini merangkumi percubaan dan kesalahan dalam pencarian rutin yang paling sempurna untuk anda. Walau bagaimanapun, jangan risau kerana terdapat beberapa faktor dan bahan utama yang mesti dipertimbangkan oleh semua individu.
Baca artikel ini sekiranya anda ingin mencari serum hilangkan kedutan.
Bagi anda yang tidak tahu faktor terbesar dan utama yang menjadi punca kedut di pipi, ianya adalah posisi tidur anda! Bagaimanakah posisi tidur boleh mengakibatkan kemunculan kedut?
Tidur secara meniarap akan menyebabkan pipi anda bergesel dengan bantal dan bayangkan ini berlarutan sepanjang malam dan setiap malam; garis-garis halus akan terbentuk dan seterusnya kedutan di pipi akan terhasil.
Jadi, penulis akan share kan di bawah cara-cara untuk mengatasi kedutan di pipi.
Side note, tidur secara meniarap bukan sahaja memberi kesan terhadap pipi anda, malah bawah mata anda juga akan terkesan! Baca artikel ini untuk hilangkan kedut bawah mata.
(gambar diperoleh dari hopkinsmedicine )
Menurut Dr Hooman Melamed, seorang pakar bedah otopedik, tidur dalam posisi ini bukan sahaja dapat mengurangkan garis halus pada pipi, malah ianya akan memberi manfaat kepada tulang belakang anda.
Macam mana tidur dalam posisi ini mempunyai banyak manfaat? Ini adalah kerana tidur secara melentang akan meringankan beban tulang, tengkuk dan kepala anda daripada beban berat dan tekanan tubuh badan anda secara menyeluruh.
Manfaat kepada kedutan di pipi pula, apabila anda tidur secara terlentang, kulit anda akan bekerja satu arah dengan graviti. Ini membawa makna kulit anda akan “diurut” oleh tarikan graviti yang secara semula jadinya menarik ke bawah.
Boleh bayangkan, kan? Oleh itu, tidur lah secara melentang supaya kulit anda kekal sihat dan garisan halus di pipi anda akan berkurangan. (Idris, n.d.)
(gambar diperoleh dari ciinmagazine )
Garisan halus di pipi juga disebabkan oleh kerosakan otot, jadi ianya memerlukan sentuhan yang mampu memulihkannya dengan urutan pada pipi. Di bawah adalah langkah-langkah urutan yang simple dan boleh anda amalkan.
Setelah selesai urutan, bersihkan wajah anda dan boleh teruskan rutin penjagaan wajah anda seperti biasa. Selamat mencuba!
Sekiranya anda mahukan rawatan yang lebih intensif dan berkaitan bahan-bahan yang perlu dicari dalam produk anti-penuaan, sila baca penulisan tentang cara menghilangkan kedutan di muka di sini.
References