4 Rawatan Untuk Kedut Bawah Mata Yang Boleh Anda Pertimbangkan

Anda tertanya-tanya apakah rawatan untuk kedut bawah mata yang bagus dan boleh membantu anda mendapatkan balik penampilan kulit bawah mata yang mulus? Kami dah sediakan beberapa tips dan rawatan untuk kedut bawah mata di bawah. Sejak kecil, kita tak sabar-sabar untuk membesar ke alam dewasa sebab kita dah bebas untuk buat pilihan sendiri, tidur lambat tanpa ada yang marah, memiliki duit sendiri dan sebagainya. Namun, setiap kebebasan dan keseronokan ada nilainya iaitu mengalami proses penuaan seperti sakit badan, serta kedut-kedut dah mula muncul terutamanya pada bawah mata.

rawatan untuk kedut bawah mata
(sumber: skinkraft )

Kemunculan Kedut Bawah Mata

Menurut seorang pakar kulit dari Brooklyn, Dr. Nava Greenfield, MD, kawasan mata kita adalah salah satu bahagian yang memiliki ketebalan kulit yang paling nipis pada tubuh kita. Kedutan bawah mata terjadi disebabkan lapisan kulit kedua (dermis) yang kekurangan kolagen, menyebabkan ia kehilangan isipadu dan keanjalan atas beberapa faktor. Antaranya ialah:

Ya, kulit yang cerah menerima perlindungan dari cahaya matahari kurang berbanding kulit yang gelap. Ini kerana, melanin dalam kulit kita adalah pelindung semula jadi dari matahari. Ini tak bermakna individu yang berkulit gelap tidak memerlukan SPF, cuma proses penuaan mereka adalah lebih perlahan. (Weiner, 2021)

aesthetic packages

Tips-tips untuk Mencegah Kedut Bawah Mata

Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”, anda perlulah mengambil inisiatif untuk menjaga kulit bawah mata anda sebelum terlambat sebab kita semua memiliki satu kulit sahaja seumur hidup. Kalau dah dapat kedutan yang dalam, ianya agak sukar untuk dirawat. Jadi, jom tengok tips-tips di bawah.

Baca juga artikel ini untuk ketahui tentang krim terbaik hilangkan kedutan di muka.

4 Jenis Rawatan Untuk Kedut Bawah Mata

Sekiranya anda sudah mencuba krim, bahan-bahan semula jadi dan urutan namun tiada hasil yang ketara atau memuaskan, anda boleh lah mula pertimbangkan rawatan-rawatan kosmetik di bawah. Hampir kesemua rawatan untuk hilangkan kedut bawah mata ni terbukti berkesan dan memuaskan.

1. Peels (Pengelupasan)

Rawatan pengelupasan ini amat sesuai untuk kedutan dan garis-garis halus yang baru muncul serta belum cukup dalam lagi. Ianya akan menyingkirkan lapisan permukaan kulit anda dan melembutkan tekstur pada kawasan tersebut.

2. Rawatan Laser

Serupa dengan rawatan pengelupasan, ianya target kedutan atas permukaan kulit untuk menampilkan kulit yang baru dan licin. Rawatan ni akan memecahkan lapisan epidermis menggunakan haba laser untuk merangsang pembentukan kolagen bagi menghasilkan lapisan kulit yang baru dan lebih mulus.

3. Botox

Suntikan botox biasanya digunakan pada garisan bahagian tepi mata atau dipanggil “crow’s feet”. Rawatan ni bertujuan untuk menimbulkan semula lekuk kedutan tersebut agar permukaan kembali sekata. Suntikan botox ni berfungsi dengan menenangkan dan mengeraskan otot wajah agar ianya tidak pengaruh pergerakan kulit lagi. Biasanya, pesakit akan mendapatkan filler untuk bawah mata dan botox pada tepi serta atas mata dalam waktu yang sama untuk hasil yang maksimum.

4. Pembedahan Kulit Bawah Mata

Pada zaman sekarang, pembedahan ini selalu dipilih apabila rawatan kosmetik lain dah tak dapat nak tolong dengan kes kedut bawah mata yang amat teruk, kendur dan bengkak. Prosedur ni akan membuang lebihan lemak dan kulit yang kendur tersebut agar bawah mata anda menjadi lebih anjal dan tegang bersama kulit yang tidak dibuang. Hasilnya memang ketara, dan anda akan kelihatan jauh lebih muda.

Walaubagaimanapun, admin ingin berpesan pada anda agar mendapatkan nasihat doktor dan bertanya tentang segala risiko, kos dan perkara-perkara berkaitan. Adalah penting juga untuk anda dapatkan rawatan-rawatan yang tertulis di atas pada klinik-klinik yang terdaftar bersama doktor-doktor yang bertauliah. (Surgeons, 2018)

aesthetic packages

References