Produk Hilangkan Parut Jerawat & 5 Perkara Yang Anda Perlu Cuba

Ada produk hilangkan parut jerawat yang berkesan tak? Pada waktu sekolah dahulu, kebanyakan kita semua termasuk penulis dan anda yang membaca tidak lari dari “mengasari” kulit muka. Salah satunya adalah dengan memicit jerawat sehinggakan lukanya meninggalkan parut yang susah untuk hilang sampai sekarang. Bagi individu yang bertuah, mereka hanya perlu menggunakan produk hilangkan jerawat sahaja, tetapi untuk mereka yang mempunyai parut yang dalam dan mendap, pembedahan memang perlu dijalankan sekiranya anda mahu menghilangkan parut-parut tersebut.

Nk cari produk atau cara yg berkesan utk kecutkan jerawat? Kenape guna “kecutkan” kalau kita blh hancuhkan jerawat? Cuba tgk pelanggan yg ikut cara kita utk jerawat mereka. Klik gambar dibawah utk tengok *Sebelum vs Selepas*

Kenapa kami sangat yakin?

  • Produk ni 95% terbukti berkesan secara klinikal tanpa ada kesan sampingan sistemik.
  • Diperbuat dari US
  • Diyakini oleh 375+ klinik estetik di Malaysia (Sangat disyorkan oleh Doktor Pakar Kulit Malaysia)
  • Bahan-bahan anti-DHT, benzoyl peroxide salicylic acid and sulfur dalam formula kami!
Wasap Skrg pencuci muka harga retail RM130, cuma RM98 skrg.

Baca artikel ini untuk mengetahui produk hilangkan jerawat serta cara hilangkan jerawat pasir dalam satu malam.

Untuk pengetahuan anda, lebih dari 80 peratus populasi manusia di muka bumi ini akan mengalami masalah jerawat walaupun sekali dalam hidup mereka, dan setiap 1 daripada 5 individu akan mempunyai parut jerawat.

Jadi, harini penulis ingin membantu anda mencari tips dan produk hilangkan parut jerawat yang berkesan dan selamat. Walau bagaimanapun, tips dan produk hilangkan parut jerawat ini hanya berkesan untuk parut yang melibatkan pigmentasi sahaja. Jangan risau, bagi yang mempunyai parut jerawat serius, penulis akan senaraikan juga apakah rawatan-rawatan yang boleh anda lakukan mengikut jenis-jenis parut jerawat itu.

Baca artikel ini untuk mengetahui cara nak kecutkan jerawat dalam masa yang singkat.

Produk Hilangkan Jerawat

Clearogen Acne Lotion adalah bahagian terpenting dalam sistem, kerana mengandungi larutan jerawat DHT. Ini mempunyai bahan semula jadi, terbukti dapat mengurangkan pengeluaran DHT dan mengembalikan pengeluaran minyak normal ke kulit. Ia juga mengandungi Sulfur yang dilepaskan secara beransur-ansur, untuk membuka pori-pori dan membunuh bakteria. Sulfur dilepaskan terus ke kulit, yang mengakibatkan kerengsaan minimum dan keberkesanan maksimum dalam kawalan jerawat.

acne treatment

5 Jenis Parut Jerawat dan Rawatannya

Terdapat 2 kategori parut-parut jerawat secara umumnya iaitu parut yang disebabkan oleh kehilangan tisu kulit atau dikenali sebagai parut atropik, dan satu lagi ialah parut yang disebabkan oleh terlebihnya tisu atau nama lainnya, parut hipertrofik.

1. Parut Ice Pick

produk hilangkan jerawat ice pick

Parut ice pick ini adalah parut jerawat yang paling sukar untuk dirawat kerana parut ini sangat dalam menembusi ke dalam dermis (lapisan kedua kulit). Ianya kelihatan seperti kulit dicucuk oleh berbibu jarum. Selalunya parut ini dijumpai di kawasan pipi anda, dan boleh terjadi kerana jerawat kista ataupun keradangan jerawat yang dalam dan seterusnya merosakkan tisu kulit.

Jenis parut ini memerlukan rawatan yang agresif dan setakat ini hanya 2 rawatan yang boleh membuang atau mengurangkan parut ini secara efektif.

Rawatan yang diperlukan:

2. Parut Boxcar

produk hilangkan jerawat boxcar

Parut boxcar ini juga terjadi kerana kehancuran tisu yang disebabkan oleh keradangan jerawat yang menyerang kolagen dalam kulit, seterusnya menyebabkan kemendapan di permukaan kulit. Kebiasaannya, parut ini kelihatan bulat ataupun bujur yang membuatkan kulit tidak sekata dan berlubang. (Palmer, 2020)

Rawatan yang diperlukan:

3. Melancarkan parut

produk melancarkan parut

Melancarkan parut atau lebih dikenali sebagai rolling scar ini kelihatan tidak sekata dan pemukaan kulit yang kasar lebih jelas berbanding parut yang lain. Parut ini terjadi apabila tisu berserat yang tumbuh di antara epidermis (lapisan pertama kulit) dan hipodermis (lapisan ketiga kulit) semasa keradangan jerawat. Tisu-tisu berserat ini akan mengait hipodermis dan epidermis dimana tarikan tersebut akan menyebabkan epidermis berlekuk dari permukaan kulit.

Rawatan yang diperlukan:

4. Parut Hipertrofik dan Keloid

produk hilangkan jerawat hypertrofik & keloid

Parut hipertropik ini kelihatan timbul bertentangan dengan parut-parut atropik yang telah penulis sebutkan tadi. Hal ini kerana semasa process pembaikpulihan jerawat, kulit anda menghasilkan terlalu banyak kolagen dan seolah-olah ianya tidak mendapat isyarat bahawa luka jerawat anda telah pulih, kolagen akan terus terhasil sehinggakan tertimbulnya parut hipertrofik ini.

Untuk kes yang lebih serious berkenaan parut jerawat yang terhasil daripada lebihan kolagen, ianya dipanggil parut keloid. Mengapa ia lebih serius? Ini kerana parut keloid boleh menyebabkan kesakitan dan kegatalan. Ianya juga kelihatan jauh lebih gelap daripada parut hipertrofik.

5. Hiperpigmentasi pasca inflamasi

produk berkesan hilangkan parut

Ini sebenarnya tidak dikira sebagai parut jerawat tetapi penulis percaya bahawa kebanyakan anda ingin mencari jalan untuk membuang atau mengurangkan “parut” ini. Hiperpigmentasi adalah normal dan ianya terhasil dari trauma keradangan jerawat dan penghasilan melanin yang lebih. Hiperpigmentasi ini selalunya akan pudar dengan sendirinya lambat laun. Bagi anda yang inginkan kesan dengan lebih cepat dan selamat, di sini kami akan menyediakan beberapa tips dan produk yang boleh anda try.

Tips dan produk untuk menghilangkan “parut” ini:

1) Clearogen Foaming Cleanser

produk hilangkan jerawat

Clearogen Foaming Cleanser, pembersih berbuih lembut ini menggunakan Asid Salisilik untuk membunuh bakteria dan juga membuka liang. Cleanser ni selamat digunakan bagi lelaki dan perempuan, dan terbukti secara klinikal 95% berkesan.

2) Buah Betik

betik hilangkan parut

Menurut seorang ahli dermatologi, Dr. Dendy Engleman, buah betik diperkaya dengan alfa-hidroksi asid (AHA) yang terkenal dengan sifatnya sebagai penglupas yang bagus untuk kulit. Apabila anda melumur betik di seluruh wajah anda, lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai hiperpigmentasi, AHA yang terkandung dalam betik ini akan membuang lapisan kulit mati anda serta kulit yang sudah rosak, memperbaiki kulit secara tidak langsung. Selain itu, ia juga dapat merangsangkan produksi kolagen. (mstar, 2020)

3) Triluma

produk triluma

Ini adalah rawatan topikal yang disyorkan oleh seorang doktor umum dari Singapura, Dr Tzeyeong Teng. Menurutnya, krim retinoid ini akan menunjukkan keberkesanannya dalam beberapa minggu dan cara penggunaanya sangat mudah. Anda hanya perlu membuat penyapuan ke atas kulit terkesan yang bersih dan kering. Krim ini digalakkan pemakaiannya pada waktu malam sebelum tidur bagi mengurangkan risiko terkena matahari, kerana sinaran matahari boleh menjejaskan keberkesanannya. (Teng, n.d.)

4) Krim Perlindungan Matahari (Sunscreen)

sunsreen produk terbaik

Mengikut satu kajian, ia mendapati pigmentasi pasca inflamasi akan menjadi lebih teruk sekiranya kita terdedah dengan sinaran UV. Krim perlindungan matahari amatlah penting bukan sahaja untuk individu yang mempunyai hipergimentasi pasca inflamasi, tetapi ianya penting untuk semua orang yang akan disentuh oleh cahaya matahari. Selain dapat mengurangkan tompok-tompok hiperpigmentasi itu, krim perlindungan matahari juga dapat mengelakkan kita daripada mendapat garis-garis halus serta jeragat. (Ruiz-Maldonado R, 1997)

5) Vitamin C

vitamin yang berkesan

Vitamin C memang sudah terkenal dengan sifatnya yang dapat mencerahkan kulit. Selain itu, ianya juga dapat melawan penghasilan melanin yang berlebihan serta membaik pulih kulit yang telah rosak, contohnya hiperpigmentasi pasca inflamasi. Anda boleh mengambil vitamin c dengan beberapa cara, iaitu:

References