5 Produk Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan dan Selamat

Jerawat adalah antara masalah kulit yang paling banyak dialami oleh penduduk di muka bumi ini. Walaupun begitu, masalah jerawat ini juga adalah antara masalah kulit yang sering disalah fahami. Stigma tentang individu yang mengalami masalah jerawat seperti mereka adalah pengotor, boleh berjangkit dan sebagainya masih kuat dipegang oleh masyarakat.

Tambahan lagi, populariti masalah jerawat ini juga sering diambil mudah kerana ianya tidak mengancam nyawa serta dianggap hanya sebagai masalah penampilan dan pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan untuk menjual produk hilangkan jerawat yang tidak selamat dan berbahaya.

Perlu anda tahu bahawa masalah ini boleh memberi kesan yang buruk terhadap persepsi individu yang mengalami masalah jerawat terhadap diri sendiri. Menurut satu kajian, ia mendapati bahawa 80% populasi bumi mengalami jerawat sewaktu membesar; 10.8% dari kanak-kanak berumur 5-13 tahun dan 12.7% untuk orang dewasa berumur lebih daripada 59 tahun. (Jamie Davern, 2018)

Selepas melakukan penyelidikan, penulis akan membantu anda untuk mencari produk hilangkan jerawat yang selamat dan berkesan. Bagi yang tidak pernah mengalami jerawat dan ingin mengetahui lebih lanjut, penulis juga akan senaraikan lebih detail tentang jenis-jenis jerawat dibawah.
Baiklah tanpa berlengah lagi, mari kita tengok apakah punca-punca, jenis-jenis, rawatan dan produk-produk hilangkan jerawat mengikut saranan ahli-ahli dermatologi yang bertauliah!

Punca-punca Yang Menyebabkan Terjadinya Jerawat

Di seluruh dunia ini termasuk Malaysia, ramai yang tidak tahu punca sebenar pertumbuhan jerawat. Ramai yang beranggapan bahawa individu yang mengalami masalah kulit adalah seorang yang pengotor. Selain itu, jerawat juga dianggap seperti penyakit yang boleh berjangkit dan ini akan menyebabkan pesakitnya dipinggirkan oleh orang-orang sekeliling. Ini semua tidak benar.

Kekurangan informasi, kesedaran dan pembelajaran tentang jerawat adalah punca utama kewujudan stigma-stigma ini. Jom, kita lihat apakah punca utama kewujudan jerawat.

1. Peningkatan hormon androgen dan testosteron

Peningkatan hormon androgen dan testosteron dalam badan terutamanya remaja yang sedang melalui akhil baligh akan mencetuskan pengeluaran minyak yang berlebihan dan ini akan menyebabkan liang pori tersumbat. Seterusnya, keradangan akan berlaku dan menyebabkan jerawat. (MacGill, 2018)

2. Genetik

Genetik memainkan peranan yang besar dalam penghasilan jerawat. Sekiranya keluarga anda seperti ibu atau bapa mengalami masalah jerawat, berkemungkinan besar anda juga akan mengalaminya pada suatu tahap. (NHS, n.d.)

3. Tekanan

Tekanan boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat juga. Menurut satu kajian pada tahun 2017, sebanyak 144 pelajar medik perempuan mengambil tempat dalam penyelidikan yang mana penyelidik menggunakan sistem gred jerawat dan ujian tekanan lapor diri untuk melihat sama ada dua masalah ini berhubung kait.

Mereka mendapati bahawa wanita yang mempunyai luka jerawat yang teruk adalah kebanyakannya terdiri daripada wanita yang memperoleh markah ujian tekanan yang tinggi. (Hrustic, 2019)

4. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan jerawat seperti kortikosteroid, testosteron atau lithium. (Staff, n.d.)

5. Kedatangan haid atau kehamilan

tidak asing lagi dari pengetahuan awam sebagai punca kejadian jerawat. Kebiasaannya, sebahagian wanita akan mengalami penimbulan jerawat sebelum atau semasa kedatangan haid dan bagi sebahagian wanita yang mengandung pula, kebiasaannya akan mengalami masalah jerawat dalam 3 bulan pertama kandungan. (NHS, n.d.)

6. Punca-punca lain

6 jenis jerawat

1. Bintik-bintik Hitam (Komedo Terbuka)

produk hilangkan jerawat berkesan

Bintik hitam atau blackhead ini sering muncul di hidung, dagu dan pipi. Ianya terjadi disebabkan oleh folikel rambut terbuka yang tersumbat dengan minyak semula jadi di kulit muka bercampur dengan sel-sel kulit mati. Rupanya yang hitam terjadi kerana melanin yang terdedah dengan oksigen dan bukan disebabkan oleh sisa-sisa kotoran.

2. Bintik-bintik Putih (Komedo Tertutup)

produk hilangkan jerawat yg bintik putih

Walaupun jerawat jenis ini serupa dengan bintik hitam di atas, ianya bertentangan dari segi keadaan folikel rambutnya. Untuk bintik putih atau whitehead ini, folikel rambut yang tertutup dengan sel-sel kulit mati serta sebum yang menyebabkan gumpalan putih ini muncul di permukaan kulit. Kebiasaannya bintik putih ini dapat dijumpai di dahi, bawah mata dan pipi.

3. Jerawat Pustula (Jerawat Nanah)

produk hilangkan jerawat pustula

Penulis tahu jenis jerawat inilah yang paling menggoda untuk dipicit oleh kerana penampilannya yang mengganggu. Akan tetapi, anda sangat tidak digalakkan untuk memecahkan jerawat jenis ini kerana ianya terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria. Apabila folikel rambut anda yang tersumbat seperti bintik putih yang disebutkan di atas dijangkiti bakteria, keradangan akan berlaku dan warna-warna merah di sekeliling jerawat ini juga akan kelihatan.

Sekiranya anda memicitnya, secara tidak langsung anda akan menolak kekotoran dan bakteria-bakteria tersebut lebih ke dalam kulit serta menyebabkan inflamasi merebak. Setelah sembuh, hasil dari picitan tadi akan meninggalkan parut jerawat yang sukar untuk dihilangkan.

Bagi anda yang ingin tahu tentang produk hilangkan parut jerawat, sila klik ke artikel ini.

4. Jerawat Papula (Jerawat Nanah Bawah Kulit)

Jerawat papula ini pula adalah jerawat yang bertimbul dari bawah kulit dan anda akan berasa kesakitan apabila ia disentuh. Penampilannya adalah kecil dan kemerah-merahan seperti anda digigit nyamuk secara bertubi-tubi, dan nanahnya tidak terlalu kelihatan. Anda juga disarankan untuk tidak memicit jerawat ini kerana parut yang akan ditinggalkan daripada kelakuan itu akan jadi susah untuk dirawat. Bagi yang ingin mengetahui tentang macam mana nak hilangkan jerawat pasir dan produk hilangkan jerawat pasir, jerawat papula ini adalah yang paling dekat dengan ‘jerawat pasir’ yang dikenali di luar dunia medik.

5. Nodul

Jerawat nodul ialah jerawat dalam dan di bawah permukaan kulit, bersaiz besar serta keras berbanding jerawat-jerawat lain. Untuk peringkat awal jerawat ini, anda akan berasa kesakitan secara konsisten di kawasan yang sama tetapi tidak akan merasa benjol jerawat ini. Saiz jerawat ini membesar dengan lambat, tetapi ianya akan menyebabkan trauma kepada kulit sekiranya nodul ini adalah jenis yang kronik.

Anda juga akan berisiko untuk mengalami jerawat nodul ini sekali lagi walaupun ianya sudah surut. Seperti jerawat yang lain, ianya akan meninggalkan parut yang teruk apabila tidak dirawat dengan betul.

6. Kista (Jerawat Batu)

Jerawat kista ini sering dialami oleh para remaja kebanyakannya. Seperti jerawat nodul, ianya tumbuh di bawah permukaan kulit tetapi menurut Dr Sri Viknarajan, ianya lebih bahaya daripada jerawat nodul. Ini kerana teksturnya yang lembut dan senang pecah apabila dipicit yang membawa maksud jerawat ini adalah lebih senang terdedah dengan jangkitan kulit. Cecair daripada jerawat yang pecah tadi boleh menjejaskan kawasan kulit lain yang tersentuh dengan cecair tersebut dan akan menyebabkan penyebaran jerawat ke kulit sekeliling. (Viknarajan, 2020)

5 Produk Yang Berkesan dan Selamat Untuk Hilangkan Jerawat

Daripada apa yang penulis sudah senaraikan di atas, kita dapat lihat bahawa memicit jerawat adalah sama sekali tidak digalakkan. Hanya ahli dermatologi dan doctor aestetik bertauliah sahaja yang boleh melakukan prosedur itu dengan cara yang selamat. Jika anda ingin merawat jerawat dengan sendiri, di bawah adalah produk-produk yang bagus untuk merawat jerawat.
Bagi masalah jerawat batu dan nodul, penulis sarankan agar anda berjumpa dengan ahli dermatologi kerana jenis-jenis ini adalah lebih serius berbanding yang lain.

1. Benzoyl peroxide

Selain berfungsi sebagai cara nak kecutkan jerawat dalam masa yang singkat, benzoyl peroxide amat bagus digunakan untuk merawat jerawat dalam jangka masa yang panjang. Ianya dapat membunuh jerawat dari dalam kulit dan boleh didapati dalam bentuk gel dan krim di farmasi berdekatan anda.

Kesan sampingan daripada pengunaannya adalah kekeringan kulit. Jadi, anda hanya perlu menentukan kepekatan benzoyl peroxide ini yang mana bersesuaian dengan kelasakan kulit anda. Sesetengah orang yang berkulit lasak mampu menggunakan 10 peratus daripada kepekatan benzoyl peroxide tersebut. (Cherney, 2019)

2. Azelaic asid

Asid yang semulajadi ini dapat membunuh mikro organisma di permukaan kulit anda dan dapat mengurangkan bengkak. Azelaic asid ini boleh didapati dalam gandum, barli dan rai.

3. Antibiotik

Clindamycin and erythromycin adalah antibiotik jenis krim yang boleh digunakan bersama benzoyl peroxide untuk mengawal bakteria-bakteria yang menyebabkan jerawat serta mengelakkan jerawat daripada jadi lebih teruk. Bagi yang ingin mendapatkan antibiotik oral, anda perlu mendapat preskripsi daripada doktor anda.

4. Salicylic Asid

Salicylic asid ini berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati dari permukaan kulit dan dapat mengelakkan folikel rambut anda dari tersumbat, serta dapat membunuh jerawat dari dalam kulit. Salycilic asid ini boleh didapati di farmasi berdekatan anda juga.

5. Dapzone

Produk lain yang baik untuk merawat jerawat adalah Dapzone. Anda hanya perlu menggunakan ia sebanyak 2 kali sehari. Ianya diperkaya dengan sifat anti-bakteria. (Clinic, n.d.)

References