6 Cara Nak Kecutkan Jerawat Dalam Masa Yang Singkat

Pernah tak anda tertunggu-tunggu untuk sesuatu event seperti majlis perkahwinan, temu janji, dan travel serta berharap kulit anda kekal flawless sebab anda nak nampak cantik dalam gambar? Penulis juga termasuk dalam hal ini, tetapi bayangkan tiba-tiba jerawat timbul di muka satu atau dua hari sebelum event tersebut? Oh, tidak! Sekarang kita kena cari cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat pula. Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Walau bagaimanapun, anda kena ingat yang memicit jerawat adalah sama sekali bukan cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat! Ibarat mencurah minyak ke dalam api yang membara, jerawat yang dipicit tadi, terutamanya jerawat kista atau jerawat batu, berkemungkinan besar akan menjadi luka kerana tisu muka terkoyak dan boleh terkena keradangan serta jangkitan yang akan meninggalkan parut selepas luka jerawat itu sembuh.

Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang parut jerawat serta produk hilangkan parut jerawat.

cara nak kecutkan jerawat dalam masa yang singkat

Jadi, apakah cara nak kecutkan jerawat dalam masa singkat? Penulis ada sediakan beberapa cara yang boleh membantu anda semua dalam membanteras jerawat jahat yang muncul secara tiba-tiba ini dengan sokongan ahli-ahli dermatologi bertauliah. Tidak lupa juga akan beberapa tips yang berbahaya yang patut dibuang dan ditolak sejak dulu lagi kerana tips-tips ini sangat popular dan diamalkan dalam masyarakat kita dan di dunia.

Bagaimanakah jerawat zit ini terhasil?

Jerawat panik ini lebih dikenali sebagai zit dan ianya kelihatan kecil, kemerah-merahan, tertimbul atas permukaan kulit dan kadang kala ianya dipenuhi dengan nanah kekuningan. Walaupun stress dengan sendirinya tidak boleh menyebabkan jerawat, tetapi ianya boleh mendorong jerawat yang sedia ada kerana menurut seorang ahli dermatologi kosmetik yang diperakui lembaga, Dr. Clair Chang, M.D, apabila kita tertekan, tahap kortisol dalam tubuh badan kita akan meningkat dan ini akan menyebabkan keradangan pada kulit dan seterusnya memburukkan lagi keadaan jerawat yang yang sedia ada. (Wahlgren, 2021)

Jelaslah bahawa tekanan yang anda rasakan sebelum hari-hari penting yang ditunggu-tunggu itu adalah antara perkara yang mendorong penimbulan jerawat zit ini. Tambahan lagi, sel-sel kulit mati yang sudah lama tersumbat dalam liang pori anda serta lebihan minyak yang terhasil memang akan menyebabkan jerawat.

Untuk pengetahuan anda 85 peratus populasi manusia di seluruh dunia akan mengalami jerawat walaupun sekali dalam hidup mereka. Sekiranya anda tidak terburu-buru dan ingin merawat jerawat anda secara wajar, klik ke artikel ini untuk membaca tentang produk hilangkan jerawat.

hilangkan jerawat dalam masa yang singkat

Bagaimanakah cara nak kecutkan jerawat dalam masa yang singkat?

Anda perlu tahu bahawa menghilangkan jerawat dalam masa yang sangat singkat adalah mustahil lebih-lebih lagi masa yang diperlukan adalah kurang daripada satu minggu. Namun, ianya tidak mustahil untuk anda mengecutkannya dalam satu atau dua malam dengan menggunakan produk-produk ini.

1. Benzoyl Peroxide

Benzoyl peroxide ini agak popular kerana keberkesanannya dalam mengecutkan dan membunuh jerawat. Ianya mudah didapati dari mana-mana farmasi berdekatan anda dan mudah juga digunakan. Penulis sendiri pun suka menggunakan benzoyl peroxide ini sebagai produk kecemasan untuk jerawat.

Kompaun kimia ini terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu krim, gel, dan sabun mandi. Dalam hal ini, krim dan gel adalah apa yang perlukan. Untuk menggunakan benzoyl peroxide ini, anda hanya perlu mengutuskan tentang kepekatan yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang lasak, mereka boleh handle kepekatan sehingga 10% daripada benzoyl peroxide itu. Gel atau krim ini dapat menyerang jerawat dari dalam kulit. (Cherney, 2019)

2. Minyak Tea Tree

Minyak tea tree ini memang selalu digunakan untuk merawat bisul, kudis dan jerawat. Menurut seorang ahli dermatologi kosmetik, Dr. Michele Green, minyak tea tree ini mempunyai sifat anti bakteria yang mampu membunuh 2 jenis bakteria yang menyebabkan jerawat iaitu P. acnes and S. Epidermidis. Cara penggunaannya pun amat mudah iaitu dengan sapukan sedikit minyak tea tree ke atas jerawat sebelum tidur dan ia akan melakukan tugasnya merawat zit anda. (NORRIS, 2021)

3. Penampal Jerawat (Acne Patch)

Penciptaan penampal jerawat ini sangatlah menyenangkan kita semua kerana ianya rawatan jerawat yang paling mudah digunakan. Kini ianya boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang cantik dan kreatif. Penampal jerawat ini diperbuat dari helaian Hydrocolloid dan menurut Dr. Hadley King, M.D, seorang ahli dermatologi yang diperakui lembaga, ianya melekat pada kulit dan bertindak menyerap lebihan minyak dan kekotoran dari jerawat dengan memaksa kekotoran tersebut bertukar menjadi seperti gel yang akan terlekat pada acne patch.

Penulis sudah beberapa kali menggunakan acne patch ini dan ianya sangat berkesan dalam mengecutkan jerawat semalaman. (Saunders, 2021)

4. Salycilic Asid

Salycilic asid ini boleh didapati di farmasi dalam bentuk gel. Ianya bertindak menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan baik serta membunuh jerawat dari dalam kulit. Dalam kebanyakan kes, salycilic asid ini memakan masa yang sedikit panjang berbanding benzoyl peroxide dalam membunuh jerawat. Tetapi ianya boleh berkerja dengan baik dalam mengecutkan jerawat dalam satu malam mengikut kepekatannya. (Cherney, Salicylic Acid vs. Benzoyl Peroxide: Which Is Better for Acne?, 2019)

5. Teh Hijau

Diperkaya dengan antioxsida yang mampu melawan keradangan, teh hijau bukan sahaja baik untuk diminum, ia juga bagus untuk merawat jerawat kerana ianya boleh mengawal pengeluaran minyak dan bakteria-bakteria yang menyebabkan jerawat iaitu bakteria P. acnes and S. Epidermidis. Terdapat beberapa kajian yang membuktikan keberkesanannya.

Cara penggunaannya:

Anda hanya perlu rendam uncang teh hijau dalam air yang mendidih dan biarkan sehingga sejuk. Selepas itu, anda boleh menggunakan kapas untuk dip dan sapu ke kawasan jerawat anda ataupun curahkan ia ke dalam botol semburan dan sembur ia ke wajah anda dan biarkan selamat 10 minit. Selepas itu bilas wajah anda dengan air yang bersih. Lakukan ini sebanyak 2 kali sehari. (Kayla McDonell, 2020)

6. Concealer

Ya, penulis maksudkan makeup concealer. Walaupun concealer tidak dapat mengecutkan jerawat sama sekali, tetapi dalam kes kecemasan zit ini, ianya kelihatan seperti pilihan yang baik. Anda boleh mencalitkan sedikit concealer ke atas jerawat yang telah ditampalkan acne patch yang mana penulis telah sebutkan di atas bagi efek penyamaran.

Apakah tips yang perlu dielakkan untuk mengecutkan jerawat?

Baiklah, di bawah ini adalah senarai cara-cara yang popular tetapi tidak selamat untuk diamalkan. Bagi penulis dan ahli-ahli dermatologi, cara-cara ini perlu dihentikan dan individu-individu berpengaruh di media sosial perlu berhenti mengesyorkan tips-tips ini kepada masyarakat.

1. Penggunaan ubat gigi sebagai rawatan zit

Penulis terkenang waktu zaman sekolah dahulu, penggunaan ubat gigi sebagai rawatan jerawat memang sering diamalkan termasuklah penulis sendiri. Kepada yang bernasib baik, mereka tidak merasakan peritnya efek yang bahaya yang boleh disebabkan oleh bahan-bahan yang terdapat dalam ubat gigi. Menurut seorang ahli dermatologi dari New York, Dr. Patricia Wexler, M.D, penggunaan ubat gigi bagi tujuan ini boleh menyebabkan inflamasi terutamanya kepada mereka yang mempunyai kulit kering. Ini kerana ubat gigi terdiri daripada bahan-bahan bersifat yang menyebabkan keradangan iaitu soda bikarbonat, menthol dan peroksida. (Cruel, 2017)

2. Cuka epal sebagai astringen

Astringen secara umumnya tidak terlalu bagus untuk kulit, lagi-lagi untuk kulit yang kering. Namun apabila individu menggunakan cuka epal sebagai astrigen, ini boleh mengundang bahaya pada kulit mereka. Ya, cuka epal dan ubat gigi boleh mengecutkan jerawat, ini disebabkan mereka bersifat tajam dan kasar dan secara tidak langsung boleh merosakkan kulit anda dalam jangka masa yang panjang. Bahan ini tidak sesuai untuk digunakan dipermukaan kulit anda kerana ianya boleh menghakis dengan tahap asidnya yang tinggi. Tidak lupa juga yang cuka epal ini boleh merosakkan kornea mata anda sekiranya ianya termasuk ke dalam mata. (Chesak, 2019)

References