5 Produk Anti-Aging Terbaik di Watson

Untuk pengunjung tetap Watsons, pasti anda akan berasa excited sebab dalam artikel kali ini, penulis akan share dengan anda akan produk anti-aging terbaik di Watson. Lebih-lebih lagi untuk wanita-wanita serta para lelaki yang sudah berumur, kulit anda mestilah memerlukan perhatian yang lebih kerana kulit sudah tidak lasak seperti waktu muda. Juga, jikalau anda pentingkan kecantikan luar dan dalam, penggunaan sunblock mestilah dititikberatkan. Anda boleh baca artikel tentang produk sunblock terbaik untuk wajah di sini.

produk anti-aging di Watson
(gambar diperoleh dari capitaland )

Tidak lupa juga pada para muda mudi, sama ada lelaki ataupun perempuan seawal pertengahan 20-an, produk anti-aging terbaik di Watson yang penulis akan share sebentar lagi juga boleh anda dapatkan. Anggaplah penggunaan produk anti-aging terbaik di Watson ini sebagai langkah pencegahan kemunculan tanda-tanda penuaan awal seperti garisan halus.

Baca juga di sini tentang cara menghilangkan kedutan di muka.

anti aging

Kolagen sudah mula berkurangan seawal waktu remaja

Tahukah anda? Menurut ahli dermatologi dari bandar New York, Patricia Wexler, MD, kolagen dalam kulit kita, yang mana berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit, mula berkurangan sejak kita menginjak usia remaja lagi. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita akan dapat lihat ciri-ciri penuaan bermula daripada usia 25 tahun. (Molvar, 2018)

kedutan muka disebabkan kolagen berkurangan
(gambar diperoleh dari mingguanwanita )

Jadi, betulkan apa penulis sebutkan sebelum ni? Penggunaan anti-aging terbaik di Watsons dapat menjadi langkah pencegahan awal untuk anda memperlahankan proses penuaan kulit seawal yang boleh.

Tambahan lagi, jumlah kolagen dalam badan kita akan menurun sehingga 1.5% pada setiap tahun dan tanpa sokongan sumber kolagen dari luar iaitu produk-produk anti-aging, seseorang itu akan kehilangan 30% kolagen apabila menginjak umur 40 tahun. Ini membawa maksud bahawa kulit anda akan menjadi kendur dan lebih berkedut berbanding individu yang berusaha dan menggunakan produk anti-aging. (Wahab, 2018)

Sekiranya anda ingin ketahui tentang produk anti aging terbaik di Malaysia, sila baca di sini.

Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat senarai produk-produk anti-aging terbaik di Watsons yang boleh anda beli dan cuba!

5 Produk Anti-Aging Terbaik di Watsons

1. ZOVIL Perfection Anti-Wrinkle Serum

produk anti aging yang terbaik di watson

Serum Zovil ni bukan sekadar anti-aging dan menaikkan seri wajah dalam masa yang singkat, malah serum ni juga mampu memberi hidrasi secara intensif pada kulit anda sepanjang pemakaian. . Ingredient yang digunakan seperti hyaluronativ complex dan oxycontrol complex akan menyebabkan wajah anda kelihatan dihidupkan semula.

2. Garden of Eden

Garden of Eden di Watson

Bagi anda yang mempunyai kulit yang kurang lasak, dalam erti kata lain, sensitif, kulit anda pasti akan berasa senang hati dengan serum dari Garden of Eden ni! Untuk pengetahuan anda, Garden of Eden menghasilkan banyak serum untuk banyak keadaan kulit dan keperluan kulit, jadi rajin-rajinlah menjenguk jenama ni di mana-mana.

Diperkaya dengan beberapa bahan utama seperti Vitamin E semulajadi, minyak biji anggur, minyak pati limau gedang, dan minyak pati lemon, serum ini fokusnya adalah untuk menguatkan lapisan kulit, mencerahkan tompok-tompok hitam serta memperlahankan proses penuaan.

Bahan-bahan serta fungsinya:

3. Nutox Anti-Ageing Cream

Nutox di Watson
(gambar diperoleh dari tryandreview )

Jikalau anda adalah seorang yang amalkan prinsip “support local”, jenama Nutox ini mestilah anda cuba walaupun sekali kerana ianya berasal dari negara kita. Kebanyakan produk-produk anti-penuaan yang dihasilkan oleh jenama ini dapat maklum balas yang sangat baik daripada pengguna-pengguna.

Krim anti-aging ini seperti namanya, bertindak untuk mengekalkan serta mengembalikan keanjalan yang sudah berkurangan disebabkan oleh faktor usia, dan persekitaran. Hanya selepas 2 minggu penggunaan, Nutox menjamin yang anda akan mula melihat hasilnya dalam “memadam” garis halus dan kulit akan jadi semakin ketat.

Bahan yang digunakan serta fungsinya:

4. Jayjun 2 Collagen Skin Fit Mask

mask yang hilangkan kedutan di Watson
(gambar diperoleh dari watsons )

Anda tak ada masa nak pergi ke spa wajah untuk relaks kan kulit? Jangan risau, sheet mask sentiasa ada dan sedia untuk membantu anda. Selepas penat bekerja, luangkan lah sedikit masa untuk memanjakan diri dan kulit anda dengan membiarkan mask ini melakukan kerjanya pada kulit sambil anda beristirehat.

Penulis gemar menggunakan mask ini seminggu sekali kerana sheet mask ini bukan sahaja dapat memberikan sensasi yang menenangkan (lagi best kalau anda biarkan packet ni dalam peti sejuk sebelum guna!), malah ianya mengandungi kolagen.

Seperti yang sudah anda tahu, adalah lebih baik kita menghulurkan bantuan kepada kulit kita dalam mengekalkan kandungan kolagen semulajadi daripada menyesal di kemudian hari dan pada waktu itu, anda terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk rawatan anti-aging yang intensif seperti laser, skin lifting dan sebagainya.

Bahan-bahan utama dan fungsi-fungsinya:

5. SAFI Youth Radiance Anti Aging Whitening Moisturiser

Produk Safi Terbaik di Watson
(gambar diperoleh dari watsons )

Tak suka banyak step dalam penjagaan kulit muka sebab rasa macam mengambil terlalu banyak masa? Safi Youth Radiance Anti Aging Moisturiser ni akan memudahkan kerja anda. Kenapa? Ini kerana, pelembap wajah ini telah dirumuskan bersama serum wajah di Institusi Penyelidikan Safi dengan menggunakan teknologi Safi Saffron Gold. Keberkesanannya yang terbukti dalam mengukuhkan lapisan kulit wajah dalam ujian klinikal adalah sebanyak 92.5%.

Produk ini bertekstur gel krim, yang mana akan memudahkan penyerapan bahan-bahan ke dalam kulit dan memulakan rawatan ke atas kulit serta melembabkan selama 72 jam. Selepas penggunaan, anda akan dapati kulit menjadi lebih lembut dan garis senyum, sendu, kerutan, dan kedutan semua itu berkurangan. Tidak lupa juga efek pencerahan kulit yang akan anda perolehi selepas pemakaian gel krim ini.

Bahan-bahan yang digunakan serta fungsinya:
Teknologi Beetox

Saffron Gold

Lipo Vitamin C

Kalau anda berminat untuk ketahui tentang produk anti-aging drugstore yang lain, penulis juga ada sediakan di sini.

References