Harini admin nak share dengan anda semua tentang krim untuk menghilangkan eyebag. Penampilan mata yang cantik dan segar adalah penting untuk hampir setiap orang. Ini kerana, mata dikatakan ibarat jendela untuk jiwa seseorang dan macam mana kalau jendela kita ni memiliki eyebag serta tampak tak bermaya? Pasti anda tidak berasa yakin untuk berkomunikasi secara face-to-face. Jadi, apakah krim untuk menghilangkan eyebag yang berkesan dan dapat mengembalikan seri mata anda?
Tak mustahil sebenarnya untuk menghilangkan eyebag yang datang tiba-tiba ni. Semuanya bergantung atas aktiviti harian anda, jangka masa tidur, diet harian, dan sebagainya. Namun, tidak semua orang ada masa atau kemampuan untuk betul-betul menjaga waktu tidur, mengamalkan makanan homemade, mengurangkan masa penggunaan komputer riba, dan lain-lain. Jadi, ini lah masanya yang mana krim untuk menghilangkan eyebag perlu dimanfaatkan!
Sekiranya anda menetap di asrama dan mempunyai akses yang terhad untuk mencari produk eyebag, sila baca cara hilangkan eyebag di asrama di sini.
(sumber: soompi )
Menurut Dr. Ronald Moy, MD, di MFC Dermatology bertempat di Beverly Hills, eyebag atau mata yang sembap ni tak dapat dielakkan semakin kita menginjak usia. Namun, krim bawah mata boleh membantu mengurangkan dan melembutkan penampilan eyebag menurutnya. (Dawson, 2021)
Banyak krim bawah mata yang mahal dan mewah terjual di pasaran tapi tak berkesan sangat sebab mereka hanya menjual jenama dan pengguna pun membeli sebab artis kegemaran mereka jadi duta krim-krim tersebut. Oleh itu, jadilah pembeli bijak dan dan pertimbangkan lah krim-krim disediakan oleh admin yang mana telah diuji dan terbukti secara klinikal akan kehebatan dan keunggulan mereka.
Rejuve MD Complete Eye Treament mengandungi faktor pertumbuhan bio-kembar yang kompleks untuk mengatasi garis-garis halus dan kedutan. Ianya juga mengandungi bahan-bahan aktif yang menyasar masalah seperti lingkaran gelap bawah mata, eyebag dan kesembapan kawasan mata yang disebabkan oleh perkumpulan air, keletihan, genetik dan alergi. Anda dah boleh lihat keberkesanannya pada seluruh kawasan mata sebanyak 62%, manakala garisan halus dan kedutan berkurangan sebanyak 42%, eyebag pula dikurangkan sebanyak 52%, dan 35% daripada lingkaran gelap bawah mata anda akan hampir hilang selepas 8 minggu penggunaan!
Jangan lupa yang krim sebegini adalah rare dan kesannya hampir setanding dengan rawatan yang memakan ribuan ringgit. Jom hilangkan kekenduran dan eyebag anda dengan krim yang unggul ini.
Anda memiliki jenis eyebag yang menampakkan urat-urat biru? Ini bermakna kapilari anda putus dan krim dari Revision Skincare ini dapat membantu anda! Ianya diperkaya dengan gabungan Ekstrak Teh Hijau dan Aloe yang menyamankan serta menenangkan kawasan bawah mata anda bagi penampilan yang lebih segar dan bertenaga. Selain itu, krim Teamine ini akan membantu menguatkan lapisan kulit dan dapat menyembunyikan tona tidak sekata serta urat-urat yang admin sebutkan tadi.
Tambahan lagi, peptida anti-penuaan yang terkandung dalam krim bawah mata Teamine ni terbukti dalam menunjukkan pengurangan kedut yang dalam dengan ketara sehingga 42%. Bukan sahaja ianya akan mengukuhkan lapisan permukaan kulit anda, malah ianya menghilangkan warna yang tak sekata serta penampilan kapilari yang pecah kerana ketebalan kulit anda juga meningkat.
Sekiranya anda sedang berjimat, namun masih inginkan mata yang bebas daripada eyebag, sila baca produk hilangkan eyebag di watson di sini.
Ucapkan selamat tinggal kepada mata panda anda dengan penggunaan gel bawah mata dari HydroPeptide ni! Tujuan utama produk ni adalah untuk memberikan anda sensasi nyaman dan sejuk untuk mata yang letih sambil mengurangkan “lipatan” kulit, sembap, kedutan dan garisan halus. Gel ini bebas daripada paraben, gluten, soya,
Ianya juga akan menarik kulit yang dah kendur pada bawah mata serta menghidrasi agar anda kelihatan lebih muda dan bertenaga dengan kandungan tiga kali ganda Asid Hyaluronik. Ianya sesuai untuk individu yang memiliki eyebag yang kering dan ‘boyot’. Boleh digunakan pada waktu siang dan malam.
Baca artikel ini dalam versi Bahasa Inggeris: Eye cream for dark circles
References