Ingin ketahui cara memerahkan bibir dengan kunyit? Kunyit terkenal dengan kebaikan-kebaikannya dan kelazatannya dalam masakan, kesihatan serta penjagaan kulit sejak turun temurun. Kita boleh lihat yang ianya banyak digunakan oleh masyarakat India di Malaysia, dan pada tahap global kerana negara India jugalah yang menghasilkan tanaman kunyit untuk hampir ke seluruh dunia dan menggunakan 80% daripada tanaman kunyit tersebut. (Aggarwal, 2011)
Sebelum kita berganjak ke cara memerahkan bibir dengan kunyit, jom tengok kebaikan-kebaikan tumbuhan ini menurut pakar kulit.
(sumber: healthshots )
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis kunyit iaitu kunyit liar yang biasa digunakan dalam masakan dan kunyit Kasturi Manjal. Kunyit Kasturi Manjal tidak boleh dimakan dan lebih bersesuaian digunakan pada bahagian luaran seperti kulit anda, rambut dan badan.
Kunyit yang biasa akan meninggalkan kesan kuning apabila anda menggunakannya pada kulit, manakala kunyit Kasturi yang mengandungi lebih sedikit pigmentasi tidak akan meninggalkan kesan kuning. Walau bagaimanapun, kedua dua jenis kunyit memiliki kehebatan yang sama dalam dalam kecantikan paras anda.
Tiada efek samping yang berbahaya dalam penggunaan kunyit pada bibir anda, cuma kesan kuning mungkin akan kelihatan apabila anda menggunakan kunyit liar dan ianya akan pudar pada jangka masa pendek.
Jadi, seperti yang anda dapat lihat, kunyit ni memang ada agen pencerah yang sesuai juga digunakan untuk mencerahkan bibir anda yang gelap. Jom kita tengok cara-cara penggunaannya sebagai pencerah dan pemerah bibir.
Ketahui cara buat scrub bibir di rumah dalam artikel ini.
(sumber: zeezest )
Kunyit dan susu adalah gabungan yang baik dijadikan sebagai lip mask. Kunyit akan bertindak sebagai pencerah bibir manakala susu pula akan menjadi pelembap bibir.
Gula sememangnya popular di kalangan pemakai lip scrub kerana kebaikannya dalam membuang kulit mati yang terkumpul pada bibir anda. Madu pula popular sebagai pelembap semula jadi dan mengandungi nutrien-nutrien untuk memberi khasiat kepada bibir.
Ketahui lebih lanjut tentang cara memerahkan bibir dengan gula di sini.
Kelopak mawar mengandungi banyak khasiat selain indah dipandang dan dihidu. Ianya mengandungi sifat anti-radang, melembapkan, menghidrasi, mencerahkan, dan boleh memberi perlindungan kepada bibir anda daripada bahan radikal bebas yang merosakkan. Gabungan kelopak mawar bersama kunyit akan memberikan anda bibir pink idaman anda kalau anda rajin mengamalkannya.
Sekiranya anda tidak ingin mencari serbuk kunyit biasa atau kunyit Kasturi Manjal, anda boleh je gunakan kunyit hidup yang berada dalam dapur anda. Ianya lebih mudah dan juga hebat dalam memerahkan dan mencerahkan bibir anda. Cumanya elakkan daripada terkena kawasan luar bibir anda kerana ianya boleh stain!
Mudahkan cara-cara nak memerahkan bibir dengan kunyit ni? Hasilnya dapat dilihat kalau anda rajin melakukannya secara rutin dan jangan malas! Namun, kalau anda tiada masa untuk bereksperimen macam ni, anda boleh lah mencari produk untuk bibir yang berasaskan kunyit di farmasi atau online! Selamat mencuba.
Selain kunyit, anda boleh cuba cara memerahkan bibir dengan vaseline jugak.