Produk Anti Aging Drugstore Yang Mesti Anda Cuba

Setiap yang hidup pasti akan merasai proses penuaan bila diberi nikmat umur yang panjang, dan tanda-tanda penuaan yang kita peroleh seperti garis-garis halus pada dahi, pipi, mata dan lain-lain menunjukkan pengalaman pahit manis kehidupan yang kita jalani.
Serum Zovil ni antara produk anti aging yg best. Kenape? Sebab keberkesanan dia.

zovil serum terbaik

Walaupun garis-garis halus dan kedutan itu pasti akan diperoleh semakin kita meningkat usia, namun ini tak bermakna yang semua orang sanggup mengalaminya lebih awal daripada kebiasaan. Jadi, harini penulis ingin berkongsi dengan pembaca tentang produk-produk anti-aging drugstore yang anda mesti cuba kalau kecantikan kulit adalah keutamaan anda.

produk anti-aging drugstore
(gambar diperoleh dari forbes )

Kalau anda adalah seorang peminat setia Watsons, penulis dah tulis tentang produk anti aging terbaik di Watson di sini.

Produk Anti-Aging bukan sekadar Krim dan Serum

Produk anti-aging drugstore yang penulis akan share harini bukanlah produk penjagaan luaran sahaja, malah penjagaan dalam juga akan penulis masukkan. Hal ini kerana, menurut beberapa kajian dalam J Drugs Dermatol, pengambilan kolagen secara oral menunjukkan keberkesanannya dalam meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit serta merawat luka dengan baik selepas 16-24 minggu penggunaan. (Franchesca D. Choi BS RPh, 2019)

anti aging

Tips-tips “Anti-Aging” yang anda boleh Apply dalam Kehidupan Seharian

Kalau anda nak tahu, tabiat yang anda lakukan pada setiap hari atau dengan kerap boleh memainkan peranan dalam proses penuaan kulit. Jom kita tengok di bawah apakah perkara-perkara yang anda boleh ubah dan terapkan dalam kehidupan seharian anda.

  1. Biasakan tidur terlentang– Kebanyakan kita ada yang suka tidur pada sisi tubuh, ada yang meniarap dan ada yang terlentang. Namun, berita buruk untuk yang sering tidur meniarap, wajah anda akan mendapat tekanan yang tinggi sepanjang waktu anda tidur dan lambat laun akan mendorong kulit anda menjadi lebih cepat berkedut dan muka akan menjadi sembab akibat pengumpulan cecair pada wajah. (Wong, 2019)
  2. Pakai pelindung matahari setiap kali anda keluar pada siang hari– Mungkin nampak remeh pada sesetengah orang sebab mereka tidak nampak cahaya UV yang sedang seronok merosakkan kulit anda. Jadi, mulakan penggunaan krim pelindung matahari yang mengadungi SPF 30, payung yang dikhaskan untuk pelindungan UV, dan lain-lain.
  3. Mencuci muka dengan lembut dan cermat– Gunakan tekanan jari jemari anda dengan lembut semasa pembersihan wajah kerana pergerakan yang kasar boleh menyebabkan penuaan awal.
  4. Bersenam dengan kerap– Senaman telah terbukti banyak membantu kesihatan kita semua. Dari segi penuaan, senaman akan membantu tubuh badan kita kekal muda dengan melancarkan peredaran darah serta merangsang sistem imun badan.
  5. Kurang menggunakan ekspresi wajah secara berlebihan– Apabila anda membuat sesuatu ekspresi wajah, otot dalam kulit anda akan mengecut. Jadi, sekiranya anda membuat ekspresi wajah secara berlebihan bertahun-tahun, pengecutan otot itu akan menjadi kekal yang mana akan memberikan anda garisan halus.
  6. Berhenti merokok– Perlukah ini dibincangkan? Nikotin yang terkandung dalam rokok itu bukan sahaja akan membunuh kolagen dalam wajah anda, malah ianya memang popular dalam merosotkan kesihatan seseorang terutamanya secondhand smoker iaitu orang yang terkena tempias asap rokok orang lain. Sedih. (Association, 2021)

Baiklah, apa yang dituliskan di atas adalah tips anti-aging yang paling murah dan kebanyakannya percuma sahaja! Tolong amalkan di atas agar apa-apa produk yang anda gunakan disamping itu akan menunjukkan keberkesanannya dengan lebih baik.

Produk Anti-Aging Drugstore

Kebanyakan produk yang bakal disenaraikan di bawah ni boleh di dapati di mana-mana drugstore seperti Watsons, Guardian, Caring Pharmacy, Alliances Cosmetics dan sebagainya.

1. Zovil Perfection Anti-Wrinkles Serum

(produk ni x available kat drugstore, tp boleh beli secara online)

produk anti wrinkles terbaik

Anda mempunyai kulit yang sensitif serta mengalami masalah dehidrasi dan tak sanggup nak hadapi rasa pedih kalau tersilap beli serum anti-aging? Zovil ini akan mempercepatkan pengurangan masalah tersebut! Selain itu, serum ini berfungsi untuk memberi rangsangan kepada struktor sokong semulajadi kulit dengan 2 bahan utama.

Bahan-bahan utama terdapat dalam serum ini:

2. ETBLisse Emil A2 Wholesome Plant Milk For Anti-Aging

produk yang terdapat di drugstore
(gambar diperoleh dari caring2u )

Inilah yang dimaksudkan penulis pada awal penulisan artikel ni. Apabila dalaman anda dijaga, kecantikan luaran juga akan terserlah. Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan 2 kali ganda kebaikan, try lah susu mesra alam yang dirumus khas untuk efek anti-aging ni sambil menggunakan produk anti-aging luaran!

Bahan-bahan utama dan fungsi-fungsinya:

Anda boleh mengamalkan minuman ini pada setiap hari, dan cara penyediannya adalah campur 3 sudu besar bersama 250ml air suam. Selamat menjamu selera! (pharmacy, n.d.)

3. Plancentor Vegetal Anti-Ageing Cream Rich Texture

krim anti-aging
(gambar diperoleh dari caring2u )

Pada awal abad ke 20, plasenta manusia banyak digunakan untuk tujuan rawatan dan kajian yang dijalankan oleh doktor-doktor di Perancis bagi merawat luka dan kecederaan di hospital. Kebanyakan kita tahu yang penggunaan plasenta manusia ni dilarang sama sekali penggunaannya atas sebab moral dan istilah najis terutamanya untuk muslimin dan muslimat.

Jadi, kita patut berterima kasih kepada Dr. Bernard Guillot kerana hasil daripada kajian beliau yang lebih mendalam telah mempertemukan kita dengan plasenta tumbuh-tumbuhan sejak 1959, yang mempunyai khasiat serupa dengan plasenta manusia.

Dengan itu, terhasil lah brand pertama yang mengaplikasikan phytodermatology iaitu Placentor Vegetal. Seperti plasenta manusia dan haiwan, plasenta tumbuhan ini juga mampu merangsang pembentukan kolagen tetapi dengan lebih kuat. Ini kerana bahan ini menyalurkan lebih oksigen kepada sel-sel kulit kita.

6 kebaikan krim ini:

4. Blackmores Collagen 10000mg High Strength

produk collagen
(gambar diperoleh dari watsons )

Anda mesti dah sedia maklum pada tahap ni yang pengambilan produk anti-aging secara minum atau makan adalah baik untuk kesan yang lebih ketara. Suplemen kolagen dari Blackmores ni disarankan pengambilannya setiap hari selama 6 hari untuk kali pertama penggunaan. Selepas itu, anda disarankan mengambil 1 botol setiap 2 hari untuk maintenance.

Bahan-bahan utama yang meningkatkan kualiti produk ini adalah minyak ekstrak anggur dan vitamin E. Kedua dua komponen ini bekerjasama membaik pulih kulit yang tidak sihat, mengekalkan kemulusan kulit dan memastikan sel-sel sentiasa bekerja untuk pembaharuan bagi penampilan kulit yang kekal berseri.

Kebaikan-kebaikan suplemen ini:

5. Uriage Age Protect- Multi-Action Cream SPF 30

krim terdapat di drugstore
(gambar diperoleh dari uriage)

Melindungi kulit anda daripada cahaya ultra ungu adalah sangat penting dalam mengekalkan keremajaan kulit. Jadi, krim lembut daripada Uriage yang mempunyai pelbagai fungsi ini akan menyelamatkan hari anda!

Menurut daripada kajian klinikal yang dijalankan, penggunaan krim ini selepas 56 hari menunjukkan 46% pengurangan garis-garis halus, peningkatan keanjalan kulit sehingga 68%, pengurangan tompok-tompok hitam sehingga 51%, warna kulit berseri sehingga 78% dan kelembapan kulit berkekalan sehingga 8 jam. Hebat bukan?

Kebaikan-kebaikan krim ini:

anti aging

Nota

Setiap suplemen yang anda ingin ambil, adalah lebih baik anda merujuk pada doktor anda terlebih dahulu, takut ada alahan ataupun anda sedang mengambil ubat-ubatan yang boleh menjadi lawan terhadap suplemen-suplemen ini.

Tidak lupa juga, sekiranya anda mahu explore dengan lebih tentang produk anti aging terbaik di Malaysia selain drugstore je, sila klik ke link ini.

References