Penjagaan kulit wajah adalah penting dimulakan sejak remaja lagi bagi mendapatkan kulit yang cantik sewaktu dewasa. Dapatkanlah moisturizer terbaik untuk remaja walaupun kulit anda masih lagi anjal dan gebu pada usia ini. Pada usia yang muda ini juga kulit anda pulih daripada kerosakan-kerosakan sel kulit dengan lebih cepat. Namun, pada masa akan datang kulit anda akan slow-slow kekurangan keanjalan, kelembapan dan kepantasan dalam pemulihan sel. Jadi, apabila anda menggunakan moisturizer terbaik untuk remaja serta produk penjagaan wajah lain yang bersesuaian dengan anda, admin jamin yang anda akan berterima kasih pada tahun-tahun yang akan datang kepada diri sendiri.
(sumber: lorealparisusa )
Secara lumrahnya, para remaja lebih berkecenderungan untuk mendapat jerawat yang disebabkan oleh peningkatan sebum yang dipicu oleh perubahan hormon. Sekiranya cuai dalam mengatasi masalah jerawat tersebut dengan memicit, mencungkil, atau memakai produk yang tidak bagus, maka yang terkena padahnya adalah anda sendiri pada waktu dewasa. Contohnya, jerawat yang dipicit sehingga menyebabkan luka dalam akan menghasilkan tekstur kulit yang kasar dan kulit muka anda akan tampak berlubang-lubang. Bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati”, anda perlulah menjaga kulit sejak awal remaja bagi mengelakkan menanggung kos perawatan kulit yang memakan ribu raban saat dewasa nanti. (Veera, 2014)
(sumber: skincarisma )
Kulit remaja memerlukan hidrasi tanpa menyumbat liang pori dan moisturizer yang mempunyai formula gel adalah yang paling sesuai untuk mereka (atau anda yang juga remaja). Pelembab wajah gel dari The Body Shop ni akan memberikan hidrasi pada kulit sepanjang 48 jam selepas pemakaian dengan kandungan Hyaluronic Acid dan Ekstrak Raspberry dan ianya bersesuaian dengan cuaca panas di Malaysia ni.
Dirumus tanpa minyak, gel krim ini bersesuaian untuk remaja berkulit normal, kombinasi dan berminyak.
Cukup bersesuaian dengan kulit remaja yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pelembap muka dari Nurish Organiq ni perlulah anda try dulu. Nurish Organiq Teen moisturizer ni diperkaya dengan bahan-bahan aktif yang dapat menentang pertumbuhan jerawat iaitu minyak tree tea, salicylic acid dan Bio-X15. Moisturizer ni boleh mengawal pengeluaran minyak berlebihan yang boleh mendorong kepada pembiakan jerawat yang dihadapi oleh 8 daripada 10 remaja-remaja di seluruh dunia. (Patrice Hyde, 2014)
Anda boleh dapatkan produk ni kat Watson dan kalau anda ingin ketahui lebih moisturizer-moisturizer terbaik di watson, sila baca di sini.
(sumber: qoo10 )
Pelembap yang lightweight ni adalah baik untuk majoriti remaja seperti anda yang memiliki kulit yang normal dan kombinasi. Ianya juga baik dalam memberikan keanjalan dan sensasi menyamankan sepanjang hari. Moisturizer dari Hada Labo ni diperkaya dengan 4 jenis HA (Hyaluronic Acid) iaitu HA saiz kecil, Super HA dan Nano HA yang akan mengunci kelembapan secara mendalam. Ekstrak Sakura dan Minyak Botanik juga terkandung dalam moisturizer ni.
(sumber: kiehls )
Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ni sangat bagus dalam mengekalkan hidrasi pada kulit. Jadi, bagi anda yang memiliki kulit berminyak dan dehidrasi, moisturizer yang mengandungi bahan-bahan yang hebat seperti Glacial Glycoprotein dan Ekstrak Tumbuhan Gurun ni pasti dapat membantu target masalah-masalah anda. Ya, kulit yang berminyak pun boleh rasa kering apabila ianya kekurangan air. Harganya sedikit mahal berbanding moisturizer tetapi anda pasti takkan menyesal menggunakannya.
(sumber: watsons )
Moisturizer dari QV ni mengandungi Vitamin B3 dan pro-vitamin B5 yang boleh membantu kulit muda anda untuk kekal lembap dari dalam lapisan kulit selama 24 jam. Remaja-remaja yang mengalami kulit berminyak secara berlebihan dan berasa rimas dengan wajah yang berkilat, pelembap wajah ni akan membantu anda agar kulit dapat hasil matte. Ini sekali gus akan mengawal pengeluaran jerawat. Tak lupa juga untuk anda yang cepat terkena radang kulit, formula pelembap ni akan menenangkan kulit anda.
(sumber: zalora )
Glossier pernah menjadi viral sewaktu trend “natural beauty” yang mana para wanita mengenakan solekan yang sangat minimal melonjak di media sosial pada tahun 2016-2019. Memang padanlah dengan populariti yang dialami jenama ni sebab pelembap wajah ni akan meningkatkan kelembapan dan menyerlah keserian semula jadi kulit anda. Krim ni mengandungi dua bahan utama iaitu Anti-Redness Complex dan Oxygenating Agent. Ianya sesuai untuk remaja-remaja yang memiliki kulit kering dan normal kerana kandungan kelembapannya yang tinggi.
Baca juga di sini tentang moisturizer untuk mencerahkan wajah yang berkesan dan selamat.
(sumber: theskincareedit )
Benton Aloe Propolis Soothing Gel menggabungkan 2 bahan utama yang hebat dalam menyaman kan serta melembapkan kulit iaitu lidah buaya dan Propolis. Walaupun moisturizer ni mengandungi 80% gel lidah buaya, ianya tidak melekit malah mudah untuk sapu. Selain itu, kandungan 10% Propolis pula diperkaya dengan sifat anti-radang dan antibakteria.
References