7 Moisturizer Terbaik Di Watson Untuk Pelbagai Jenis Kulit

Ingin mencari moisturizer terbaik di Watson pada tahun 2021? Pergerakan kita pada tahun ini semakin terhad dan admin akan membantu anda untuk memilih moisturizer terbaik di Watson yang up-to-date, agar anda boleh beli kat website Watson tanpa keluar rumah! Stay at home! Dalam apa jua keadaan, keadaan kulit kita tak haruslah diabaikan sekiranya anda pentingkan penampilan diri dan keyakinan diri. Lebih-lebih lagi pada musim COVID-19 ini, kita lebih banyak menggunakan pelitup muka dan pemakaian ni sedikit sebanyak boleh mengasari kulit.

anti aging

Kenapa Perlu Memakai Moisturizer?

Amat penting untuk anda mendapatkan moisturizer yang bersesuaian dengan kulit anda agar dapat mengekalkan kekukuhan kulit wajah, kesihatan kulit dan mengelakkan daripada kekeringan serta dehidrasi. Apabila kulit anda dapat mengekalkan kelembapan, maka kulit anda akan terhindar daripada banyak jenis masalah kulit yang lain seperti kelebihan minyak, dan terlebih kering yang boleh menyebabkan penghasilan jerawat.

Selain itu, moisturizer juga akan membantu melindungi kulit anda daripada partikel-partikel halus daripada yang boleh merosakkan skin barrier anda. Tak lupa juga, moisturizer dapat membantu melembutkan garis-garis halus pada wajah. Banyak tau kebaikan-kebaikan moisturizer ni. Anda tak perlu berbelanja besar pun untuk mengekalkan kulit yang sihat! (Center, n.d.)

moisturizer terbaik di watson
(sumber: stocklib )

Jom kita terus selami produk-produk pelembap muka yang mungkin bersesuaian dengan anda di bawah!

Moisturizer Terbaik Di Watson

1. Mamonde Rose Water Gel Cream 80ml

water gel cream terbaik

Bahan-bahan yang dipilih dengan teliti untuk moisturizer yang berasaskan gel krim ni bertujuan untuk melembutkan dan menyamankan kulit yang memakainya. Dirumus dengan Damask Rose iaitu sejenis spesis mawar hibrid yang berupaya memuluskan kulit dan memberikan kelembapan yang baik. Oleh kerana gel krim ni adalah water-based moisturizer, ianya paling bersesuaian dengan individu yang berkulit kombinasi dan berminyak.

Moisturizer ini akan memberikan perlindungan kelembapan dalam jangka masa yang lama tanpa rasa melekit atau tidak selesa. Ianya juga bebas daripada bahan-bahan seperti mineral oil, polyacrylamide, imidazolidinyl urea, triethanoamine, pigmen tar, dan surfaktan PEG. (Mamonde, n.d.)

2. Safi Perfect White Replenishing Night Cream 45g

moisturizer di watson

Siapa kata pelembap hanya boleh melembapkan kulit sahaja? Krim malam dari Safi Perfect White ni berupaya mencerahkan dan mengembalikan tenaga kulit wajah yang suram dan kusam. Ianya mula berfungsi sewaktu anda tidur, meningkatkan proses pemulihan kulit yang semula jadi. Moisturizer ni dicipta khas dengan Teknologi Ultra White yang berkuasa dalam menyingkirkan tompok-tompok hitam pada kulit wajah, dan kakaku plum yang tinggi dengan kandungan vitamin C, antioksidan yang unggul, bersifat anti-jerawat, anti-penuaan serta memperbaiki tekstur wajah anda.

Krim ini berasaskan air yang semestinya baik untuk kulit berminyak dan kombinasi. Oleh kerana ianya cukup melembapkan dan boleh berkekalan sehingga 24 jam pemakaian, individu yang berkulit kering juga dialu-alukan untuk menggunakan krim malam ni! (Skincarisma, n.d.)

Jom kita terus selami produk-produk pelembap muka yang mungkin bersesuaian dengan anda di bawah!

3. Pink By PureBeauty So Smooth Pudding Cream 50ML

smooth pudding cream yang baik
Moisturizer daripada rangkaian PINK dari Pure Beauty yang bertekstur gel ni dicipta khas untuk para wanita muda bagi memberikan penampilan kulit yang pinkish dan lebih cerah. Ianya diperkaya dengan Gigawhite, Niacinamide, Oligo-HA, Pink Flower Complex dan Alps Rose bersifat antioksidan. Kalau anda dah lama obses dengan wajah wanita-wanita Korea Selatan yang kelihatan cerah dengan glow yang merah jambu, cubalah moisturizer ni! Lupakan produk-produk timbang kilo yang dipenuhi dengan merkuri tu.

Menurut review yang admin baca, walaupun krim pelembap ni berasaskan air ianya pekat dan paling bersesuaian untuk individu berkulit kering dan normal. Anda boleh memakainya pada waktu siang dan malam. Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, mungkin pemakaian pada waktu malam sahaja yang bersesuaian agar anda tak rasa rimas. (K., 2016)

Sekiranya anda sedang mencari moisturizer terbaik untuk remaja.

4. Eucerin Hyaluron-Filler Day Cream 50ml

eucerin terbaik di watson

Anda memiliki kulit yang matang dan kering? Moisturizer yang dirumus dengan bahan bioaktif Glycine Saponin ni akan merangsang Hyaluronic Acid semula jadi kulit anda daripada dalam lapisan kulit. Oleh sebab ini, kedutan dalam yang sudah terbentuk akan dilembutkan dan seolah-olah ditolakkan ke atas arah permukaan kulit. Aktiviti ni akan menghasilkan membuatkan kulit muka anda menjadi lebih muda dan cantik. Kalau anda memiliki kulit yang sensitif better elakkan kerana ianya mengandungi paraben.

Tambahan lagi, ianya mengandungi SPF 15 yang dapat melindungi kulit anda daripada mengalami penuaan pra-matang. Walaupun ianya mengandungi SPF, jangan tinggalkan sunscreen kerana SPF 15 tidak cukup untuk melindungi kulit anda daripada cahaya matahari dengan sendirinya. Jadi, pakailah sunscreen yang memiliki minimum SPF 30 selepas pemakaian moisturizer dari Eucerin ni. (Watsons, n.d.)

Jom kita terus selami produk-produk pelembap muka yang mungkin bersesuaian dengan anda di bawah!

5. Wardah Renew You Anti Aging Day Cream 30g

anti aging cream yang terbaik

Krim siang dari Wardah ni dicipta khas untuk individu-individu yang berkulit berusia dan para lelaki serta wanita lewat 20an. Dirumuskan dengan menggunakan Advanced RecoverAge System, krim ni akan membantu kulit anda dalam melawan segala jenis tanda-tanda awal penuaan dengan baik. Advanced Moisturizing Complex berfungsi untuk melembapkan kulit, Peptide pula dapat membantu kulit anda dalam meningkatkan pembentukan kolagen, manakala vitamin E dan Resveratrol bertindak sebagai antioksidan semula jadi.

Krim dari Wardah yang ini sesuai untuk semua jenis kulit dan anda pasti berpuas hati kerana ianya mengandungi SPF 30. SPF 30 dapat melindungi kulit anda dari 2 sinaran yang bahaya dari matahari iaitu UVA dan UVB. Namun, penggunaan sunscreen atau sunblock masih penting ya untuk pemakaian yang berulang. (Watsons, Wardah Renew You Anti Aging Day Cream 30g, n.d.)

6. Olay White Radiance Whip Moisturizer 10g

moisturizer olay white

Kepada anda yang berkulit minyak dan kusam, pasti Olay White Radiance Whip ni dapat membantu! Moisturizer ni menjanjikan untuk memberikan glow pada kulit anda tanpa kilauan minyak. Bersama teknologi Exclusive Active Rush, ianya membawa dan melepaskan hidrasi yang 1000 kali ganda saiznya yang mana kulit anda akan menjadi matte tanpa dehidrasi. Setelah 2 minggu penggunaan, kulit anda akan berubah menjadi lebih licin dan pori-pori pula semakin mengecil.

Bukan itu sahaja, krim yang bersaiz kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja ni mengandungi bahan-bahan aktif anti-penuaan melalui Advanced Amino-Peptide Complex +Carob Fruit Extract. Jadi, sekiranya oily skin, kekusaman dan penuaan adalah concern anda boleh lah anda dapatkan moisturizer ni sekarang! (Watsons, Olay White Radiance Whip Moisturizer, n.d.)

Sila baca di sini untuk ketahui lebih banyak moisturizer untuk mencerahkan wajah.

7. Bio-Essence Bio-Energy Snail Repair & Smooth Cream 50g

bio essence yang terbaik

Inginkan moisturizer yang juga berfungsi dalam perawatan kulit wajah serta meningkatkan kebaikan-kebaikan sistem semula jadi kulit? Bio-Essence menjanjikan hasil yang hebat dengan kandungan moisturizer yang diperkaya dengan macam-macam khasiat. Bahan utamanya iaitu lendiran siput yang mengandungi allantoin, kolagen, vitamin-vitamin, dan anti-bakteria semula jadi yang mampu membantu memulihkan sel-sel kulit dan mengembalikan sistem perlindungan semula jadi yang mana akan merangsang pembentukan kulit yang baharu serta meningkatkan tekstur kulit muka anda.

Jom kita terus selami produk-produk pelembap muka yang mungkin bersesuaian dengan anda di bawah!

Bahan-bahan lainnya seperti cecair Bio-energy, Ekstrak Angelica, Ekstrak Buah Wolfberry, Ekstrak Limau Gedang, dan Ekstrak Ginseng, kesemua bahan ini berupaya menjadikan kulit anda lebih sihat, lembut, licin, lembap dan seimbang. Liang pori anda juga akan mengecut, seterusnya wajah anda akan kelihatan lebih menawan. Krim ni juga sesuai digunakan oleh individu yang berkulit sensitif kerana bahan-bahan yang disebutkan di atas berkuasa dalam memberikan kulit anda perlindungan daripada kerosakan-kerosakan di persekitaran. (watsons, n.d.)

References