Jerawat pasir adalah lebih dikenali sebagai closed comedonal acne dan seperti jerawat biasa, ianya terjadi disebabkan oleh liang pori yang tersumbat dengan kulit-kulit yang mati dan lebihan sebum. Perbezaan jerawat sebegini dengan jerawat yang tampak kemerah-merahan adalah jangkitan bakteria. Jerawat pasir selalunya tidak terlibat dengan jangkitan bakteria namun ianya tetap tak enak dibiarkan macam tu je sebab ianya boleh tersebar pada kawasan wajah yang lain.
Walaupun jerawat pasir ni kebanyakan kalinya tidak disebabkan oleh jangkitan bakteria, namun ianya boleh dianggap sebagai “langkah pertama” yang bakal menyebabkan masalah kulit yang jauh lebih teruk dan susah untuk dirawat.
Contohnya, apabila anda memicit atau menambahkan tekanan ke atas jerawat pasir ni, ianya akan meradang, menjadi lembut, dijangkiti dan lama kelamaan parut jerawat yang dalam (kulit berlubang-lubang) akan terhasil. Justeru, janganlah mencungkil dan memicit jerawat pasir ni ya.
Tambahan lagi, perubahan hormon dan sikap ambil mudah terhadap penjagaan wajah juga boleh mendorong jerawat pasir ni meradang. (Coughlin, 2019)
Baca juga: produk hilangkan parut jerawat.
Persoalannya, apakah cara hilangkan jerawat pasir dalam satu malam? Malangnya, hanya dalam satu malam, apa-apa jenis jerawat pun tak boleh dihilangkan walaupun diberikan rawatan estetik, namun ianya boleh dikecutkan mahupun disurutkan, terutama sekali jerawat yang kemerah-merahan.
Tahukah anda? Jerawat pasir atau closed comedonal acne ni sebenarnya memakan masa sekurang-kurangnya beberapa minggu untuk hilang dengan sendiri ataupun dengan rawatan. Jadi, kesabaran yang tinggi dan penjagaan yang rapi sangat diperlukan untuk kulit kembali menjadi licin dan cantik. Betul lah pepatah Inggeris yang mengatakan, “Beauty Is Pain”, yang mana dalam hal ini kesakitan itu adalah menunggu namun ianya berbaloi!
Jerawat pasir sebenarnya mudah dirawat dengan produk-produk yang dicipta dengan tujuan untuk memerangi jerawat. Dalam pencarian produk hilangkan jerawat pasir ni, pakar kulit menyarankan anda untuk memilih bahan-bahan anti-jerawat yang unggul seperti benzoyl peroxide, salicylic acid, retinol ataupun glycolic acid.
Kesemua bahan-bahan yang disebutkan di atas tidak asing lagi digunakan untuk merawat segala jenis jerawat. Salicylic Acid telah menjadi kegemaran pakar-pakar kulit untuk mengatasi masalah liang pori tersumbat yang menyebabkan jerawat pasir tertutup mahupun terbuka dengan meleburkan kulit-kulit mati secara lembut.
Di bawah adalah rangkaian produk yang mengandungi Salicylic Acid dan ekstrak botani yang mampu mengurangkan jerawat pasir dengan membunuh bakteria dan mengecutkan jerawat dengan pemakaian yang kerap. Anda kena cuba produk ni sebab ianya lengkap satu set yang merangkumi 3 langkah sahaja.
*Menyingkirkan segala kotoran, debu dan sebum yang bertanggungjawab dan menyebabkan jerawat pasir. Ianya juga membantu keseimbangan kulit.
*Membersihkan kulit secara intensif sambil menyamankan iritasi dan memulihkan kulit.
*Step yang paling penting sebab ianya memiliki penyelesaian jerawat DHT (androgen) yang mana liang pori akan dibuka dan Sulfur yang terkandung dalam produk ni akan masuk dan membunuh jerawat dari dalam. (Cosderm, n.d.)
Menurut Dr. Hadley King, seorang pakar kulit, sekiranya anda sudah mencuba macam-macam produk dan cara untuk mengendalikan masalah jerawat pasir, namun tak ada hasil yang memuaskan, rujuklah pakar kulit anda. Mereka akan mengesyorkan ubat-ubat topikal atau pun ubat-ubatan yang perlu dimakan untuk merawat masalah jerawat pasir ini. Kebiasaannya, mereka akan menyarankan pengambilan dan penggunaan retinoid. (Fisher, 2021)
Rawatan extraction ni adalah jalan terakhir untuk merawat jerawat pasir dan dijamin berkesan. Namun, kos nya agak mahal kalau nak dibandingkan dengan penggunaan produk berkesan yang admin sebutkan di atas.
Sebelum mendapatkan rawatan extraction, pastikan klinik yang dikunjungi adalah terdaftar dan mempunyai pakar kulit yang bertauliah. Pastikan juga harga yang dikenakan tidak terlalu murah dan berpatutan. Ini adalah untuk mengurangkan risiko kulit anda daripada jadi lebih teruk dalam tangan individu-individu yang tak bertanggungjawab.
Bagi anda yang memiliki jerawat pimple dan teringin tahu cara nak kecutkan jerawat dalam masa yang singkat, sila baca di sini.
References