3 Cara Memerahkan Bibir Dengan Gula Yang Sangat Mudah!

Topik penggunaan gula sudah sebati dalam topik penjagaan bibir kita oleh kerana kuasa exfoliation atau pengelupasannya yang bagus dalam membantu mencerahkan bibir kita. Dalam artikel ni, penulis dah sediakan beberapa cara memerahkan bibir dengan gula yang boleh anda try pada masa yang terluang sewaktu PKP ni. Walaupun anda tak keluar rumah, namun masih ada online meeting, kelas dan mungkin juga anda nak “feeling-feeling” sendiri untuk meningkatkan keyakinan anda dalam memiliki bibir yang tampak pinkish dan sihat.
cara memerahkan bibir dengan gula
(sumber: Youtube )

Macam mana Gula ni boleh memerahkan bibir?

Selama ni anda selalu mencari cara memerahkan bibir dengan gula, tapi pernah tak anda tertanya-tanya macam mana sebenarnya gula ni boleh memerahkan bibir anda? Ianya tak mempunyai agen pemutih mahupun pencerah, jadi apakah magic nya?
Gula memiliki tekstur yang halus namun cukup kasar yang mampu menjadi agen exfoliation (pengelupasan) yang baik. Bayangkan gula ni menyental kotoran daripada bibir anda, macam tu lah ianya berfungsi dengan menyingkirkan kulit mati dan menyerlahkan kulit bibir yang munggil dan baharu.

website

Sekiranya gula pasir terlalu kasar untuk bibir anda, gula perang boleh dijadikan sebagai alternatif. Ini kerana gula perang atau brown sugar adalah lebih halus dan bersesuaian untuk individu yang berkulit sensitif. (leaf.tv, n.d.)
Nota: Untuk pengetahuan anda, kunyit pun boleh membantu mencerahkan bibir anda yang kusam dan gelap tu. Nak tahu caranya? Sila lah baca artikel tentang cara memerahkan bibir dengan kunyit di sini.

Kenapa Bibir berubah menjadi Gelap dan Kusam?

bibir yang hitam
(sumber: quora )

Anda perlu ketahui sebab-sebab kegelapan bibir anda sebelum merawatnya dengan cara apa sekalipun. Ada yang memang diwarisi, ada juga disebabkan oleh tabiat menjilat bibir, merokok dan sebagainya. Kebanyakan kali kita dapat lihat bibir yang kusam ni bukan lah sesuatu yang diwarisi, namun ianya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

Baca juga: Bibir Hitam Tanda Penyakit Apa

Macam mana faktor-faktor luaran ni boleh menggelapkan bibir:

Tabiat anda suka menjilat bibir akan menyebabkan kegelapan kerana tekstur lidah yang sentiasa mengasari kulit bibir, seterusnya menyebabkan iritasi dan apabila bibir anda irritated, ianya akan berubah menjadi lebih gelap serta kusam. (Desai, 2017) Ini serupa dengan tabiat menggigit bibir, ianya mungkin tampak seksi kalau dilakukan sekali sekala dan pada masa yang tertentu, namun apabila ianya bertukar menjadi sesuatu tabiat ianya akan menyebabkan bibir menjadi hitam.

Begitu juga tabiat merokok yang akan membunuh kolagen dan khasiat-khasiat dalam kulit bibir, manakala penggunaan produk kecantikan bibir yang salah juga akan menyumbang kepada kegelapan dan kekusaman bibir.

Baiklah, jom kita lihat petua-petua semula jadi yang boleh anda amalkan bagi memerahkan bibir dengan gula.

Baca juga: Cara Menghilangkan Bibir Hitam Akibat Rokok

3 Cara Memerahkan Bibir Dengan Gula

1. Gula dan Mentega

cara memerahkan dengan gula dan mentega
(sumber: instructables)

Sebelum ni kita cuma menggunakan kedua-dua bahan ni dalam pembuatan kek dan biskut, kan? Tetapi kali ni admin nak anda try gunakan kedua-dua bahan ni sebagai scrub bibir yang amat simple untuk anda amalkan. Gula, seperti yang anda sedia maklum, berfungsi menyingkirkan kulit mati, manakala mentega pula akan bertindak sebagai pelembap bibir dan komponen yang memudahkan proses scrubbing.

Langkah penyediaan dan penggunaan:

Kehadiran mentega disini hanyalah untuk memudahkan dan melembapkan. So, kalau anda tak selesa menggunakan mentega, gantikan bahan ni dengan minyak zaitun, minyak argan dan petroleum jelly seperti Vaseline. (Frothingham, 2018)

2. Gula Perang / Gula Pasir dan Madu

cara yang baik dengan gula pasir dan madu
(sumber:popsugar )

Individu yang memiliki bibir yang sensitif disaran menggunakan gula perang kerana ianya lebih halus dan gentle. Gabungan gula perang bersama madu akan menjadikan bibir anda lebih cantik dan lembap.

Langkah penyediaan dan penggunaan:

3. Gula dan Ubat Gigi

guna gula dan ubat gigi
(sumber: greenmatters )

Cara ini memang asing dan jarang dilakukan, namun admin terjumpa blogger yang menggunakan bahan-bahan ni sebagai scrub bibirnya dan dapat melihat hasil yang amat memuaskan. Bukan sahaja bibirnya menjadi lebih lembut, malah lebih pink! Disarankan untuk anda menggunakan ubat gigi berasaskan gel supaya sapuan jadi lebih mudah.

Langkah penyediaan dan penggunaan:

Langkah ini serupa dengan tips dari Indonesia iaitu cara memerahkan bibir dengan odol dan garam. Odol tu maksudnya ubat gigi. Yang bezanya di sini hanyalah garam dan gula, namun kedua-duanya bertindak sebagai exfoliator yang baik.

Peringatan

Ingin admin ingatkan pada anda supaya sentiasa memakai pelembap bibir setiap kali melakukan cara-cara di atas kerana proses pengelupasan boleh mengeringkan kulit anda. Jadi, jangan tinggalkan lip balm sebagai langkah terakhir agar bibir anda terjaga dan kekal menawan. Berhenti atau kurangkan penggunaan lip scrub sekiranya anda terkena iritasi dan boleh mencari alternatif lain seperti lip mask. Selamat mencuba!

References