7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kering di Malaysia

Anda tercari-cari apakah serum terbaik untuk kulit kering bagi mengatasi rasa kulit tegang dan pedih apabila anda membuat ekspresi wajah? Admin harini sediakan artikel khas untuk anda! Mungkin anda dah try serum-serum sebelum ni tapi takda kesan sebab anda tak check betul-betul sama ada produk tu sesuai atau tak untuk kulit anda yang kering. Kulit yang kering juga boleh menyebabkan rasa gatal apabila kulit dah mula merekah dan perkara ni boleh mengganggu kualiti kehidupan harian anda. Banyak ketidakselesaan untuk jenis kulit kering ni, nasib baiklah kita hidup dalam Malaysia yang beriklim lembap. Jadi, jom kita tengok apakah serum-serum terbaik untuk kulit kering di bawah supaya anda dapat mengatasi ketidakselesaan ini.
zovil serum terbaik

Serum Zovil ni antara serum yg terbaik bagi mengatasi masalah kulit kering. Doktor aesthetik pun recommend jugak.

slimming

Apakah yang Bahan-bahan yang perlu ada dalam Serum untuk Kulit Kering?

Menurut keterangan seorang pakar kulit dari bandar New York, Dr. Rachel Nazarian, M.D., individu yang berkulit kering perlu mengutamakan dua komponen yang boleh mengunci dan mengekalkan kelembapan iaitu humektan (gliserin/ asid hyaluronik/ urea/ sorbitol/ propelyne glycol) dan emolien (beeswax/ lanolin/ petrolatum/ mineral oil). Bantuan luar daripada serum yang mengandungi komponen-komponen ini diperlukan oleh kulit kering sebab kulit kita akan berkurangan dalam kebolehannya menahan kandungan air dan kelembapan semakin kita menginjak usia. Selain itu, skin barrier juga akan diperkukuhkan dengan bantuan serum-serum sebegini.

serum terbaik untuk kulit kering
(source: istockphoto)

7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kering di Malaysia

1. ZOVIL Perfection Anti-Wrinkle Serum

produk anti wrinkles terbaik

Zovil ini berfungsi untuk memberi rangsangan kepada struktor sokong semulajadi kulit dengan 2 bahan utama, iaitu Sodium Hyaluronate dan Ekstrak Chondrus Crispus.

2. The Ordinary 100% Organic Cold Pressed Borage Seed Oil (30ml)

ordinary kulit kuring serum

Anda mempunyai kulit yang sangat kering dan pedih? Borage Seed Oil mengandungi kandungan tinggi asid gamma-linolenat (GLA) dan asid-asid lemak penting yang lain, menjadikan serum ni sebagai pilihan yang ideal untuk kulit kering dan iritasi, serta jenis kulit sensitif dan berkecenderungan untuk mendapat jerawat. Harganya pun cukup murah untuk produk sebaik ni!

Kebaikan-kebaikannya:

  • Mengandungi emolien yang dapat membantu melembutkan dan menyamankan kulit kering yang merekah, pedih dan sensitif.
  • Mengurangkan kemunculan jerawat.
  • Dirumuskan dengan bahan-bahan yang lestari dan ianya baik untuk alam sekitar.
  • Menyihatkan dan menyuburkan kulit.

Sekiranya anda mengalami masalah jerawat, sila baca artikel tentang serum-serum terbaik untuk jerawat.

3. Aveeno Calm + Restore For Sensitive Skin, Triple Oat Serum (30 ml)

kulit kering serum

Jenama Aveeno tidak asing dalam penjagaan kulit badan yang kering dan bermasalah seperti ekzema. Kalini kita kenali serum daripada Aveeno pula! Serum ni mengandungi Triple Oat Complex (tepung, minyak dan ekstrak oat) dan feverfew yang menyamankan kulit anda dengan serta-merta sambil menguatkan barrier kelembapannya. Direka khas untuk kulit kering dan sensitif, serum muka lembut dari jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh pakar dermatologi ni akan membantu kulit anda kelihatan dan berasa lebih sihat.

Kebaikan-kebaikannya:

  • Melembutkan dan menyamankan kulit yang mengalami iritasi dan kekeringan.
  • Ianya bebas daripada bahan-bahan iritan dan tidak menyumbat liang pori.
  • Kulit anda akan berasa lembap dan lembut dengan hanya sekali penggunaan berdasarkan 92% individu-individu yang dah test serum ni.

4. The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml)

serum yang baik

Serum dari The Ordinary ni diformulasikan dengan gabungan HA dengan berat molekul rendah, sederhana dan tinggi, serta crosspolymer HA daripada generasi yang baru pada gabungan kepekatan 2% untuk hidrasi kedalaman pelbagai dalam formula berasaskan air. Sistem ini disokong dengan penambahan Vitamin B5 yang juga meningkatkan penghidratan permukaan kulit anda. Seperti yang kita tahu, serum dari jenama ni dijual dengan harga yang amat berpatutan, jadi cubalah dulu!

Kebaikan-kebaikannya:

  • Mengekalkan kelembapan dan kandungan air lebih lama serta menggebukan permukaan kulit.
  • Vitamin B5 berfungsi untuk memulihkan skin barrier yang rosak dan menstabilkannya.
  • Menggalakkan pembentukan tisu kulit yang baru dan lebih sihat.

5. Bioderma Hydrabio Serum (40ml)

bioderma serum kulit kering

Tingkatkan kilauan semula jadi kulit anda dengan Hydrabio Serum dinamik dari Bioderma yang amat sesuai dengan jenis kulit kering dan sensitif serta kusam. Diformulasikan dengan niacinamide yang berkhasiat dan menyuburkan kulit, serum wajah ini berfungsi untuk mengurangkan kekeringan dan masalah dehidrasi secara lembut. Bioderma juga memiliki rangkaian produk yang diuji secara klinikal bagi meningkatkan daya tahan kulit anda terhadap faktor persekitaran.

Kebaikan-kebaikannya:

  • Melembutkan permukaan kulit dan mengembalikan keserian.
  • Menyegarkan kulit dan sesuai digunakan sebagai makeup base.
  • Melembapkan dan menyamankan kulit yang pedih.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kusam, sila baca artikel tentang serum terbaik untuk kulit kusam di sini.

6. Cosrx Propolis Light Ampule (20ml)

Kulit kering yang anda miliki cepat merekah dan kasar? Serum dari Cosrx ni dapat membantu! Cosrx adalah jenama yang ingin mengekalkan bahan-bahannya simple. Serum kulit ini mengandungi 83% ekstrak propolis lebah hitam tulen yang terkenal dengan sifat penghidratan kulit yang sangat baik. Ekstrak ini mampu memulihkan kulit yang rosak serta menjadikannya berkhasiat dan lembap. Serum dari Korea ni mempunyai tekstur yang lembut bak sutera yang perlahan-lahan meningkatkan kelembutan dan kegebuan kulit anda dengan penggunaan harian.

Kebaikan-kebaikannya:

  • Menyamankan dan melembutkan kulit yang kasar dan kering.
  • Memulihkan dan melembapkan rekahan kulit akibat kekeringan.
  • Memberikan kulit anda tona yang sekata dan mencerahkan.
  • Bebas daripada bahan-bahan iritan seperti paraben, dan sulfat.

7. Pyunkang Yul Moisture Serum (100ml)

pyunkang serum

Berdasarkan pengalaman admin dalam penggunaan serum dari Pyunkang Yul ni, kebaikannya dalam melembapkan kulit tak dapat disangkalkan lagi! Formula serum ni mempunyai gabungan keseimbangan yang sempurna antara minyak dan air. Serum ni berfungsi untuk mengekalkan kestabilan minyak-air kulit dan mencegah penyejatan penghidratan untuk kesan dewy yang lebih tahan lama. Selain itu, ekstrak akar barberry berfungsi untuk mengurangkan suhu kulit anda untuk menenangkan kulit yang sensitif dan iritasi. Minyak zaitun pula memberikan penghidratan yang kuat dan mengelakkan kulit anda menjadi kering.

Kebaikan-kebaikannya:

  • Bersifat hipoalergenik, tidak menyumbat pori.
  • Mengekalkan kelembapan kulit pada jangka masa yang lama.
  • Sensasi yang menyejukkan kulit agar keradangan dapat dikurangkan.
  • Kandungan serum yang banyak untuk harga yang berpatutan.

References

× ONLINE