Setiap serum yang direka khas untuk setiap jenis kulit mengandungi bahan aktif yang lebih tinggi berbanding pelembap wajah. Hal ini kerana, bahan-bahan aktif yang mempunyai kepekatan yang tinggi akan memudahkan serum ni untuk tembus ke lapisan kulit secara mendalam dan baik.
Serum terbaik untuk kulit berminyak perlu mengandungi salah satu daripada 2 bahan utama iaitu Niacinamide (Vitamin B3) dan Vitamin C. Kenapa? Penulis huraikan sedikit di bawah.
Sekiranya anda berminat untuk ketahui tentang serum terbaik untuk kulit kusam, sila baca di artikel ini.
(sumber: clarins )
Bagi anda yang memiliki kulit berminyak, mungkin anda fobia dengan oil based serum kerana risau akan kulit jadi lebih berminyak. Jangan risau, serum yang berasaskan minyak daripada Clarins ni dapat membantu kulit anda daripada produce lebihan sebum dengan memberi hidrasi yang secukupnya pada kulit dengan ekstrak minyak Rosewood, Geranium, Hazelnut dan Lotus yang diperkaya dengan vitamin C dan B. (healthbenefitstimes) Kulit yang memperoleh cukup kelembapan akan menstabilkan pengeluaran minyak pada muka untuk pengetahuan anda!
Kebaikan-kebaikannya:
(sumber: innisfree )
Siapa yang tidak kenal dengan serum Innisfree yang baik untuk kulit berminyak ni? Sekiranya ini pertama kali anda tersempak dengan serum ni, masih belum terlambat untuk anda cuba! Ianya dihasilkan dengan kaedah 2 kali pemerahan ekstrak teh hijau yang mengandungi vitamin B2 bagi memastikan segala khasiat dan bahan-bahan aktif dapat diperoleh dan diformulasikan dalam serum ini!
Kebaikan-kebaikannya:
(sumber: klairscosmetics )
Serum Klairs Fresly Juiced Vitamin Drop yang juga berasal dari Korea ini mengandungi 5% kepekatan Vitamin C tulen yang mana telah penulis sebutkan di atas tentang kepentingan vitamin ini bagi kulit yang berminyak. Menurut satu kajian, hanya dengan 1% sehingga 20% kepekatan vitamin C pun sudah memadai dan sangat berkesan dalam sesuatu serum vitamin.
Kebaikan-kebaikannya:
(sumber: althea )
Mengikut pengalaman penulis sendiri, serum 2 lapisan daripada Nacific ini memang sangat berkesan dalam mengatasi kulit yang lesu dan berminyak dengan kandungan vitamin C nya. Walaupun pada mula penggunaan, serum ni akan memberikan anda rasa tingles sedikit tetapi tu normal dan menunjukkan yang ianya sedang bertugas dalam memulihkan kulit anda.
Kebaikan-kebaikannya:
(sumber: sephora )
Ambil perhatian sekiranya kulit anda masih berminyak, tetapi terasa kasar dan kering pada masa yang sama. Ini menandakan yang kulit anda sedang “dahaga” dan memerlukan kandungan air yang secukupnya. Serum daripada Laneige ni bertujuan untuk menggantikan kehilangan air daripada kulit tanpa menyebabkan kulit anda menjadi lebih berminyak. Ianya dirumuskan dengan Green Mineral Water yang mengandungi kale, beetroot dan water cress dan Ocean Brew System.
Menurut penyelidikan yang dijalankan, ianya mendapati peningkatan 31.6% tahap kelembapan pada pipi pengguna yang berkulit normal dan kering selepas 4 minggu pemakaian.
Kebaikan-kebaikannya:
(sumber sephora )
Gabungan hebat vitamin B bersama Niacinamide dan Copper Peptide menjadikan serum daripada Alpha-H ini berkuasa dalam merawat beberapa masalah kulit dalam pada masa yang sama. Seperti yang anda sedia maklum, Niacinamide adalah baik dalam menstabilkan pengeluaran sebum kulit dan disisi Panthenol, kulit berminyak anda akan dapat memanfaatkan serum ini dengan sepenuhnya!
Kebaikan-kebaikannya:
Andainya anda memiliki masalah kulit berjerawat, kami sudah sediakan artikel lain tentang serum terbaik untuk jerawat yang bersesuaian dengan anda di sini!
(sumber: nudieglow )
Tahukah anda bahawa lendiran siput atau snail mucin mengandungi khasiat-khasiat yang sangat baik untuk kulit kita? Selain digunakan untuk merawat luka pada zaman dahulu, ianya juga digunakan dalam penjagaan kecantikan kulit muka! Manakala bee venom pula menyasarkan fungsinya ke atas iritasi dan jerawat.
Tidak lupa juga dengan kandungan Niacinamide yang mampu mencerahkan dan mengurangkan minyak pada kulit secara lembut dan semulajadi serta bertindak sebagai agen anti penuaan.
Kebaikan-kebaikannya:
Anda juga mungkin berminat untuk ketahui tentang serum terbaik untuk jeragat, jadi sila baca di artikel ini.
References