Selain daripada pencuci muka untuk jeragat yang anda tengah cari, boleh merawat masalah jeragat anda, anda boleh cuba rawatan laser juga. Anda blh hubungi admin selalui Wasap, admin akan hantar testimonial dan video pelanggan kami yang telah guna rawatan laser kami. Kulit yang kusam memerlukan pencuci muka untuk kulit kusam, begitu juga dengan individu yang berkulit jeragat memerlukan pencuci muka untuk jeragat. Pada tahun 2022, kita dah boleh lihat semakin ramai yang menerima dan menyayangi kehadiran jeragat mereka. Jeragat juga boleh dilihat sebagai trend dalam dunia kecantikan antarabangsa yang mana peminat-peminat solekan akan mengenakan jeragat palsu dengan menggunakan celak, pembayang mata dan sebagainya. Namun, setiap orang berbeza dan ramai juga yang masih ingin mengurangkan serta mengatasi penampilan jeragat mereka. Jadi, sekiranya anda adalah individu tersebut, penulisan tentang pencuci muka untuk jeragat yang admin sediakan ini adalah khas untuk anda! Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut.
Tompok-tompok kecil yang berwarna coklat cerah atau gelap ni hadir pada kulit anda oleh beberapa sebab. Walaupun jeragat adalah masalah kulit yang paling tidak berbahaya, namun ianya boleh mengganggu keyakinan dan boleh mencapai tahap menganggu pemikiran seseorang. Di bawah adalah sebab-sebab macam mana jeragat anda muncul.
(sumber: elle )
(sumber: lookfantastic )
Kulit anda sensitif dan berjeragat? Pencuci wajah dan badan ni mampu mencerahkan, membersih dan menyeimbangkan kulit anda sambil melembapkan, semua dalam satu. Mengandungi gabungan dinamik antara AHA (Citric Acid) dan manik-manik mikro, berfungsi untuk menyingkirkan lapisan sel kulit mati dan memperlihatkan kulit yang lebih cerah, sihat dan berseri. Ianya amat sesuai untuk anda yang berkulit sensitif kerana jeragat-jeragat anda akan perlahan-lahan disingkirkan secara lembut.
Pencuci muka Biorderma yang bebas daripada sabun, dan bertekstur seperti krim ni juga mengandungi Coco Glucoside dan Glyceryl Oleate yang akan menghidrat kulit serta memberikan sentuhan lembut bak sutera pada kulit anda. (Bioderma, n.d.)
(sumber: threebs )
Diformulasikan dengan 72% ekstrak biji-bijian semula jadi seperti kulit buah chestnut, biji perilla, kulit walnut, dan biji lentil, pencuci muka scrub dari Some By Mi ni adalah pengelupas alami yang membersihkan kotoran secara mendalam dan melembutkan kulit. Bijian-bijian yang bertindak sebagai pengelupas sel kulit mati itu sesuai juga untuk individu yang berkulit sensitif dan berkecenderungan untuk mendapat jerawat. Apabila kulit mati disingkarkan, maka jeragat dan lebihan minyak juga akan berkurangan.
Serbuk dedak padi (rice bran) dan serbuk tempurung kenari (walnut shell) pula akan menaikkan seri wajah anda yang sudah lama mengalami kekusaman. Tidak lupa juga, bahan-bahan ini akan mencegah jerawat daripada timbul dan menyamankan kulit daripada keradangan. (gobloomandglow, n.d.)
(sumber: guardian )
Jikalau anda memiliki jeragat yang tidak ketara dan berkulit sensitif, boleh lah anda try pencuci muka dari Wardah ni! Ianya mengandungi AHA+BHA semula jadi dan cukup lembut untuk kulit yang rapuh, namun amat baik dalam menyingkirkan kulit mati dan tompok-tompok jeragat yang halus. Bahan-bahan utama terkandung dalam produk ni adalah salicylic acid yang bersifat anti-jerawat, lactic acid + glycolic acid + salicylic acid iaitu agen pengelupasan semula jadi dan panthenol yang berfungsi sebagai pelembut kulit.
Satu sahaja bahan yang tidak terlalu baik untuk kulit yang terkandung dalam pencuci muka ini iaitu Sodium Laureth Sulphate. Bahan ini baik untuk membersihkan kulit cumanya, ianya mungkin sedikit kasar untuk kulit yang kering. (incidecoder, n.d.)
Ketahui di sini tentang pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.
(sumber: thebodyshop )
Mengalami wajah yang kusam dan berjeragat pada waktu yang sama? Don’t worry, pencuci muka dari The Body Shop ni akan mengatasi kedua-dua masalah tersebut. Diperkaya dengan vitamin C yang tinggi dengan antioksidan dan manik-manik kecil yang akan bertindak sebagai agen exfoliation, bahan-bahan ini akan membuang kulit mati yang terkumpul pada kulit anda. Pigmentasi yang terhasil atas kulit mati tersebut turut akan disingkirkan, jadi masalah jeragat anda juga bakal berkurangan.
Sensasi yang segar selepas penggunaan serta tampak glowing selepas pemakaian akan membuat anda berpuas hati memilikinya. Tidak lupa juga, jenama ini adalah vegan dan bebas daripada bahan-bahan haiwan. Tunggu apa lagi? (shop, n.d.)
(sumber: shopee )
Pencuci muka dari Himalaya ini diperkaya dengan Saffron yang popular dengan kemampuannya mencerahkan serta menyingkirkan pigmentasi dari kulit, buah delima yang memberi khasiat kepada kulit, manakala timun pula menyamankan kulit. Kesemua bahan-bahan utama yang terkandung dalam pembersih wajah ni akan memberikan anda kulit yang lebih bersih dan hampir bebas daripada tompok-tompok gelap yang tidak disenangi itu.
Licorice dan resin putih pula berfungsi dalam menyokong Saffron untuk menjadikan kulit lebih cerah dan sekata. Hilangkan tona kulit anda yang bercapuk-capuk dengan pembersih wajah herbal ni! (Shopee, n.d.)
(Sumber: sephora )
Pembersih wajah yang berbuih ni akan menghapuskan segala kotoran yang disentuh dengan serta merta. Seperti namanya, Glycolic Foaming Cleanser, ianya bertindak menyingkirkan kotoran pada permukaan kulit dan merangsang pembentukan kulit yang baharu. Ianya membersihkan kulit anda secara mendalam, sehingga dapat menyekatakan tona wajah anda agar kulit anda tampak lebih mulus.
Ekstrak Chamomile pula berfungsi sebagai penyaman kulit daripada keradangan dan mengurangkan sensitiviti. Dengan adanya pencuci muka ini, kulit anda akan berubah menjadi lebih berseri dan jeragat pun semakin hilang. Tak lupa juga, ianya juga dirumuskan dengan AHA yang akan membantu dalam penyingkiran kulit mati secara mudah, lembut dan selamat. (sephora, n.d.)
(sumber: ibeautytoday )
Diformulasi dengan ekstrak buah limau dari Jeju, pencuci muka ini akan memberikan anda kecerahan yang ketara dan tona wajah yang lebih sekata dengan khasiat citrus flavonoids. Bukan sahaja sesuai untuk individu yang memiliki jeragat, malah sekiranya anda mempunyai bintik-bintik hitam dan kulit kusam, anda juga boleh menggunakan cleanser ni!
Ini kerana, pembersih wajah dari Innisfree ini juga mengandungi tanah liat putih yang akan bertindak menyerap lebihan sebum dan menyedut kekotoran dalam liang pori anda agar ianya kekal bersih. Kapsul limau pula akan exfoliate kulit anda dengan lembut dan meninggalkan kulit yang diperbaharui, sekata serta berseri.
References