7 Pelembap Untuk Kulit Sensitif Berjerawat Yang Terbaik

Kulit sensitif sudah sinonim dengan kulit yang rapuh, ditambahkan lagi dengan masalah kecenderungan memiliki jerawat. Pasti sukar untuk anda mencari pelembap untuk kulit sensitif berjerawat ni, kan? Admin faham dan sebab itulah harini kita akan selami tentang pelembap muka yang bersesuaian dengan anda yang menghadapi kedua-dua masalah tersebut. Ya, ianya amat penting untuk anda mendapatkan pelembap untuk kulit sensitif berjerawat kerana produk yang diciptakan khas untuk masalah ini akan menyamankan dan juga merawat.

pelembap untuk kulit sensitif berjerawat
(sumber: genpi )

Ciri-ciri Kulit Sensitif dan Berjerawat

Tips memilih Pelembap untuk Kulit Sensitif Berjerawat

acne treatment

Pelembap-pelembap Muka Untuk Kulit Sensitif Berjerawat

1. The Ordinary 100% Organic Cold-Pressed Rose Hip Seed Oil

ordinary untuk kulit sensitif berjerawat
(sumber: threebs )

Siapa sangka, orang yang berkulit sensitif dan berjerawat boleh menggunakan minyak wajah seperti Rosehip Oil dari The Ordinary ni? Untuk pengetahuan anda, Rosehip Oil ini bersifat non-comedogenic yang bermakna tidak akan menyumbang liang pori kulit muka. Sesuai dengan kulit sensitif pula, ianya melembutkan, menyamankan gatal-gatal dan kepedihan dengan baik dan juga menyamankan radang kulit. Ianya mengandungi kandungan Retinol iaitu sejenis vitamin A yang juga hebat dalam memerangi tanda-tanda penuaan awal

Kebaikan-kebaikannya:

2. Dr. Jart+ Cicapair Cream

pelembap yang baik
(sumber: sephora )

Kulit anda adalah 3 dalam satu iaitu berjerawat, sensitif dan kering? Gunakan lah krim hebat yang menawarkan pemulihan pada kulit anda dari Dr. Jart+ ni! Pelembab muka ini terbaik digunakan pada waktu malam sebelum tidur, kerana waktu inilah sel-sel kulit anda sedang aktif dalam memperbaiki kulit anda dan dapat memanfaatkan bahan-bahan yang terkandung dalam krim ni dengan sepenuhnya. Campuran bahan-bahan yang menghasilkan krim ajaib untuk kulit yang sensitif dan berjerawat ni adalah Centella Asiatica complex, herba-herba, mineral dan panthenol.

Kebaikan-kebaikannya:

Sekiranya anda memiliki masalah kulit kering, sila baca artikel tentang pelembap muka untuk kulit kering di sini.

3. The Inkey List Vitamin B, C And E Moisturizer

moisturizer bagi mengatasi masalah kulit sensitif berjerawat
(sumber: theinkeylist )

Pelembab wajah yang ringan teksturnya dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan ni sesuai dengan kulit yang sensitif dan juga berjerawat. Ianya mengandungi macam-macam jenis nutrien yang akan dimanfaatkan dengan baik oleh kulit anda. Kandungan Niacinamide akan membantu menyeimbangi minyak pada kulit serta mengurangkan kemerah-merah kulit, vitamin C pula akan mencerahkan kulit dan vitamin E yang menyamankan kulit anda yang mengalami radang kulit. Ianya juga diperkaya dengan antioksidan (Phytrox) dan Hyaluronic Acid.

Kebaikan-kebaikannya:

4. Cosrx Centella Blemish Cream

cream yang baik
(sumber: althea )

Sesuai dengan semua jenis kulit terutamanya yang bermasalah dan sensitif, moisturizer daripada Cosrx ini padat dengan khasiat-khasiat yang mampu mengatasi sensitiviti dan jerawat pada wajah anda. Kalau anda memiliki kulit yang berminyak, jangan risau sebab krim ni ringan dan takkan menyebabkan kilauan “oily” selepas penggunaan. Ekstrak Centella Asiatica dan minyak pati daun Tea Tree adalah bahan aktif utama yang bertanggungjawab dan bekerjasama dalam memperbaiki dan melembapkan wajah anda.

Kebaikan-kebaikannya:

5. Avene Tolerance Extreme Emulsion

pelembap muka avene
(sumber: vicnic )

Pelembab muka dengan formula seakan-akan susu dari Avene ini sangat sesuai untuk anda yang berkulit teramat sensitif. Kalau kulit anda senang terkena tindak balas alergi, anda mesti cuba pelembab muka ni. Ianya bertujuan untuk menjaga dan meningkatkan tahap perlindungan kulit sensitif daripada apa-apa pencerobohan dari persekitaran. Dalam moisturizer ini, hanya 7 bahan sahaja yang dirumuskan bersama, mengutamakan kepentingan untuk melindungi kulit yang sensitif. Produk ni mudah dijumpai di Guardian.

Kebaikan-kebaikannya:

Baca lebih di sini tentang pelembab muka kulit sensitif .

6. Innisfree Aloe Revital Soothing Gel

produk innisfree yang berkesan
(sumber: innisfree )

Pelembab muka yang bertekstur gel kebanyakan kalinya memang bagus untuk individu yang berkulit sensitif dan berjerawat. Kerana seperti yang kita tahu, aloe vera gel adalah water-based dan selalunya bersifat non-comedogenic dalam pada memberikan sensasi yang menyegarkan pada kulit muka yang terkena iritasi. Diperbuat daripada isi aloe vera atau lidah buaya dari Kepulauan Jeju, ianya diperkaya dengan amino acid dan kelembapan beserta bauan yang menyegarkan.

Kebaikan-kebaikannya:

7. Safi Acne Solution Soothing Gel Moisturiser

moisturizer yang terlaris
(sumber: guardian )

Lebihan minyak adalah punca utama pertumbuhan jerawat, yang juga terjadi sebab kulit tak cukup bekalan kelembapan. Maka, ini lah sebab kita perlu menggunakan moisturizer supaya lebihan minyak yang keluar (sebab ianya mahu melembapkan kulit tapi jadi lain, faham kan?) dapat dikawal. Safi Acne Solutions ini berasaskan gel dan mudah untuk diaplikasi pada kulit yang berminyak serta sensitif. Anda tak perlu berbelanja besar untuk menjaga wajah anda kerana harnya sangat murah, namun berkesan dalam memerangi jerawat dan juga kulit yang sensitif dengan kandungan AHA, BHA & Neem.

Kebaikan-kebaikannya:

Mempunyai kulit berminyak yang tak terkawal? Sila baca artikel tentang pelembap muka untuk kulit berminyak di sini.

References