6 Pelembap Muka Terbaik Di Malaysia Untuk Majoriti Jenis Kulit

Penulis hari ini ingin berkongsi dengan you all tentang pelembap muka terbaik di Malaysia yang sesuai untuk kategori-kategori kulit seperti kulit berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi. Pencarian anda dalam mencari pelembap muka terbaik di Malaysia mungkin boleh berhenti di sini kerana penulis dah buat research untuk jenis-jenis kulit yang penulis dah sebutkan tadi.

pelembap muka terbaik
(gambar diperoleh dari freepik)

Kenapa Pelembap Muka itu Penting?

Kebanyakan kita tahu yang penggunaan pelembap ini digunakan supaya kulit tak rasa tegang, pedih dan susah untuk membuat ekspresi muka. Tetapi ramai yang mengambil mudah tentang pelembap muka ni sebab mereka fikir tujuan pelembap muka ni hanyalah untuk apa yang penulis sebutkan di atas tu je.

Inilah sebabnya orang yang berkulit berminyak kadang-kadang mengelak daripada menggunakan pelembap di muka sebab takut muka lagi berminyak dan tak tahu tentang kepentingannya.

Ini adalah Kepentingan Penggunaan Pelembap Muka:

Walaupun kebanyakan orang ingat yang pemakaian pelembap muka ini adalah satu pilihan dan bukan kemestian, penulis harap selepas ini pembaca-pembaca boleh start jadikan penggunaan moisturizer ni sebagai rutin harian.

anti aging

Pelembap Muka Terbaik di Malaysia

Penulis akan senaraikan pelembap-pelembap muka terbaik di Malaysia bagi setiap kategori kulit iaitu kulit berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi (kulit yang normal boleh pakai ni juga). Kebanyakan daripada suggestions di bawah ni adalah saranan daripada ahli dermatologi! Jadi, cubalah salah satu daripada produk-produk yang sesuai dengan kulit anda.

1. LA ROCHE POSAY Effaclar Mat Moisturizer 40ml

la roche terbaik
(gambar diperoleh dari nymag )

Menurut Dr Hadley King, seorang instruktor dermatologi di Weill Medical College of Cornell University, produk ini menggunakan “teknologi sebulyse” yang dicipta khas oleh La Roche-Posay untuk menyerang dan mengawal pengeluaran lebihan minyak di muka. Beliau juga memuji daya produk untuk memberikan pengguna efek matte yang mana kebanyakan orang yang berkulit minyak susah nak capai.

Selain mengawal minyak, produk ni juga tak lupa untuk memberikan kelembapan pada kulit anda itu. Kulit yang berminyak memerlukan hidrasi juga ya! Ini akan dapat menyeimbangkan kelembapan pada wajah anda.

Anda boleh dapati produk ini di Watsons dan online.

2. Cerave Skin Renewing Night Cream

krim malam terbaik di Malaysia
(gambar diperoleh dari cerave )

Krim malam untuk wajah ini sesuai untuk anda yang sudah berumur lebih daripada 40 tahun dan ke atas dan mempunyai kulit yang berminyak, kering dan kombinasi.

Nak tahu tak sebenarnya kita yang berkulit minyak ni lebih bertuah daripada individu yang berkulit jenis lain? Ini kerana, kulit kita akan lambat menunjukkan tanda-tanda penuaan macam kedutan di muka oleh kerana minyak semulajadi dalam kulit kita sentiasa melembapkan kulit.
Walau bagaimanapun, anda perlulah tetap menggunakan pelembap muka kerana selepas mencuci wajah, minyak semulajadi pada kulit kita akan berkurangan dan pergi bersama-sama kekotoran dan kulit mati. Jadi, anda perlu menggantikan minyak semulajadi yang telah pergi itu dengan menggunakan pelembap.

Okay, krim dari Cerave ini mengandungi Asid Hyaluronik, Ceramide (MultiVesicular Emulsion Technology) dan Niacinamide yang mana akan menenang, melembap dan membantu menguatkan penghadang kulit. Krim ini akan bertindak membaikpulih kulit sewaktu anda tidur, tanpa rasa berminyak dan melekit. Seterusnya, wajah anda akan tampak glowing, lembut dan berseri selepas bangun tidur dengan bantuan Biomimetic peptides. (CeraVe, n.d.)

Anda boleh dapatkan produk ini secara online, terutamanya Shopee.

Sekiranya anda ingin ketahui lebih tentang krim terbaik hilangkan kedutan di muka, sila klik ke artikel ini.

3. Phasilab Instant Comfort 24 hours fluid

pelembap muka phasilab
(gambar diperoleh dari cosderm )

Bagi anda yang mempunyai kulit yang kering dan sensitif serta kulit yang matang, krim dari Phasilab ini adalah yang terbaik untuk anda. Kenapa? Selepas penggunaan krim ini, anda akan dapat merasakan penghidratan yang kuat yang mana akan meningkat sehingga 39% selepas 2 jam penggunaan dan selepas 4 jam penggunaan pula, kelembapan kulit anda akan meningkat sehingga 41%!

Adakah ini mimpi untuk individu yang berkulit kering dan sensitif? Tidak! Ini adalah kenyataan yang manis dan anda perlu mengambil peluang ini untuk menggembirakan kulit anda.

Bahan-bahan yang termasuk dalam Instant Comfort 24 Fluid ini bagi menenangkan kulit yang sensitif seperti kemerah-merahan ataupun gatal adalah Glycerin daripada sayur-sayuran dan ekstrak licorice.

Selain memberikan penghidratan kepada kulit, krim ini juga mampu mengembalikan elastin kulit serta membaik pulih sel-sel kulit yang rosak. Hasilnya, anda akan mempunyai kulit yang mulus, tenang, licin serta anjal yang selamat daripada pencemaran di persekitaran anda.

Anda juga boleh menggunakan krim ini sebagai primer sebelum melakukan solekan ataupun selepas mendapatkan rawatan laser dan microdermabrasion kerana ianya akan melindungi kulit anda dengan baik melalui sifat anti-keradangannya.

Anda boleh mendapatkan produk ini secara online.

4. Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Hydrating Gel-Cream

produk terbaik di Malaysia
(gambar diperoleh dari shopee )

Untuk individu yang mempunyai kulit yang kering, kombinasi dan juga sensitif, gunakan lah produk yang berasaskan krim dan gel yang bebas daripada pewangi ini! Penulis melihat maklum balas daripada pengguna-pengguna produk ini dan kebanyakannya mendakwa yang ianya sesuai untuk kulit yang kering, kombinasi serta sensitif (tidak terlalu kering walaupun produk ini mengatakan sebaliknya).

Teksturnya yang ringan akan memudahkan penggunaan harian untuk anda dalam pada memberikan penghidratan yang secukupnya kepada kulit. Bagi orang yang berkulit sensitif, produk ini selamat untuk anda gunakan kerana ianya tidak mengandungi pewangi, alkohol, bahan-bahan alergen dan sulfat.

Krim gel ini mengandungi asid hyaluronik yang mampu mengekalkan penghidratan kulit dan ianya juga mengandungi ekstrak buah zaitun yang mempunyai sifat anti-keradangan serta mampu menyuburkan kulit. (Neutrogena, n.d.)

Anda boleh mendapatkan produk ini di drugstore dan online.

5. The Ordinary Natural Moisturizing Factors + HA

pelembap wajah terbaik
(gambar diperoleh dari threebs)

Pelembap wajah dari The Ordinary ini sesuai untuk individu yang berkulit kering dan kombinasi kerana teksturnya sedikit pekat untuk individu yang berkulit minyak. Faktor kelembapan semula jadi yang terkandung dalam produk ini adalah 11 asid amino, fosfolipid, prekursor ceramide, asid lemak alpha / beta / gamma, gliserin, asid hyaluronik, sakarida, urea, sterol & ester sterol, natrium PCA dan trigliserida dan banyak lagi kompoun yang biasanya terdapat dalam kulit.

Kesemua bahan yang telah disebutkan di atas akan memberikan penghidratan pada kulit anda dengan serta merta, menyerap ke dalam kulit dengan cepat dan kelembapan kulit anda akan kekal sepanjang hari. (Threebs, n.d.)

Anda boleh dapatkan produk ini secara online.

6. Guerisson 9 Complex

krim Guerisson
(gambar diperoleh dari guerisson )

Penulis sangat teruja untuk share krim dari Guerisson ini sebab krim ni adalah kegemaran penulis. Kulit penulis ni boleh dikatakan lebih cenderung kepada kulit yang berminyak dan sedikit sensitif. Walaupun krim ni pekat dan tebal, tetapi ianya ringan dan tidak melekit pada kulit selepas disapu dan anda akan tampak lebih berseri selepas penggunaan.

Penulis dah pakai pelembap muka ni lebih daripada 10 bekas dan sampai sekarang masih guna lagi. Krim ini diperbuat daripada minyak kuda yang selamat dan halal untuk dipakai (bagi Muslim) yang mana akan memberikan keanjalan dan penghidratan yang cukup pada kulit.

Bahan-bahan lain yang terkandung dalam produk ini termasuklah:

Bagi individu yang berkulit matang dan kering juga boleh menggunakan produk ini kerana selain memberikan penghidratan yang hebat, krim ini juga mempunyai agen anti-penuaan yang menguatkan lapisan permukaan kulit dan mampu mengurangkan kedutan serta garis-garis halus pada wajah. Ibu penulis pun menggunakan krim muka ini sebab penulislah yang mengesyorkan dekat dia.

Senang cakap, pelembap muka ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan ianya dijual dengan harga yang sangat berpatutan untuk kualiti yang produk ini tawarkan kepada pengguna-pengguna. (Guerisson, n.d.)

Anda boleh mendapatkan krim ini di Watsons dan secara online. Untuk pengetahuan anda, pembelian secara online untuk produk ini perlu berhati-hati kerana banyak produk tiruan. Jadi, beli daripada penjual yang diluluskan seperti Shopee Mall dan harganya juga adalah 50% lagi murah daripada dalam kedai.

Chat dgn pakar estetik kami

References