Melalui pemerhatian penulis, ramai daripada golongan wanita terpedaya dan terpegun dengan iklan-iklan moisturizer untuk mencerahkan wajah dan tidak menyedari yang produk-produk terbabit mengandungi merkuri.

(gambar diperoleh dari shoppingthoughts )
Produk-produk moisturizer untuk mencerahkan wajah yang mengandungi merkuri ni memang berkesan untuk memutihkan kulit, tetapi ianya datang dengan kesan buruk yang penulis rasa anda patut ambil serious dan elakkan.
Kenapa tidak? Menurut dermatologis, penggunaan krim pencerah yang ada merkuri boleh merosakkan ginjal anda secara senyap. Saraf-saraf anda juga akan terkesan dan boleh menyebabkan lumpuh pada sesuatu kawasan pada kulit anda.
Bukan anda sahaja yang terkena efeknya, malah orang yang berdekatan seperti pasangan dan keluarga juga akan merasai tempiasnya melalui kontak rapat. Selain itu, risiko untuk kanak-kanak yang bersentuhan dengan anda untuk perkembangan otak mereka terbantut juga tinggi. (Association, 2021)
Berbeza dengan pelembap muka lain yang bertujuan hanya untuk melembap, moisturizer pencerah kulit wajah ni bertindak lebih daripada sekadar melembap. Ianya bersifat treatment, jadi apa yang anda perlu pastikan secara ringkas, adalah:
Jadi, dalam artikel ini kami akan membantu anda dalam menyenaraikan moisturizer untuk mencerahkan wajah yang bagus dan untuk anda pilih tanpa berasa sangsi lagi!
Baca juga di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang tips memilih pelembap muka.

Jikalau anda seseorang yang mempunyai kulit sensitif atau kulit kering, Phasilab Instant Comfort 24 Hours Fluid ni diperkaya dengan kelembapan yang tinggi dan akan memberikan hidrasi selama 24 jam walaupun teksturnya ringan dan tidak terasa berat di wajah.
Kalau anda mempunyai masa yang terluang dan berminat ingin tahu tentang produk anti-aging drugstore, sila baca di sini.

(gambar diperoleh dari hermo )
Anda mempunyai kulit yang kusam dan pori-pori yang ketara? Losyen muka daripada Naruko ni dihasilkan untuk target masalah-masalah tersebut. Selain daripada pengeluaran melanin, kulit wajah yang penat dan kusam juga akan membuatkan wajah kelihatan malap dan gelap. Jadi, mungkin anda hanya memerlukan “charger” yang mana akan mengembalikan seri muka anda.
Kebaikan-kebaikan moisturizer ni:

(gambar diperoleh dari hermo )
Kalau anda sedang berjimat, krim pencerah daripada Garnier ini haruslah anda dapatkan dan try! Walaupun harganya amat berpatutan, namun krim ini berjaya mencapai matlamatnya dalam mencerahkan kulit wajah anda. Ujian klinikal yang telah dijalankan pula menunjukkan 60% peningkatan pinkish glow selepas 4 minggu penggunaan.
Kebaikan-kebaikan moisturizer ni:
Baca juga di sini untuk senarai pelembap muka untuk kulit kering yang terbaik.

(gambar diperoleh dari innisfree )
Perhatian kepada penggemar solekan yang mempunyai kulit kombinasi! Innisfree Brightening Pore Priming ni sesuai untuk kegunaan harian anda dan juga sebagai primer makeup. Ianya memberikan anda hidrasi yang menganjalkan dan mengecilkan pori serta menjadikan kulit anda lembut bak sutera selepas penggunaan.
Kebaikan-kebaikan moisturizer ni:

(gambar diperoleh dari althea )
Anda inginkan kulit yang cerah dengan serta merta dan dalam pada masa yang sama dapat memberi khasiat kepada kulit anda? Snow White Cream daripada Secret Key ini datang dengan pakej yang lengkap untuk anda! Ya, pencerahan selepas pemakaian krim ni memang tak kekal, tetapi ianya tetap akan membantu kulit anda berubah menjadi lebih cerah seperti krim-krim sebelum ni. Bahan utamanya adalah Niacinamide dan Glycerin, so anda tetap akan melihat perubahan yang kekal selepas 4 minggu penggunaan.
Kebaikan-kebaikan moisturizer ni:

(gambar diperoleh dari nurishorganiq )
Nurish Organiq adalah jenama halal nombor 1 Malaysia yang menggunakan 100% ekstrak semulajadi dan organik. Untuk pengetahuan anda, Dahlia Rizal, iaitu instafamous yang mempunyai kulit seakan kaca juga menggunakan jenama ini! Krim malam ini berfungsi dengan baik sewaktu anda tidur dengan mencerahkan, dan mengunci kelembapan kulit anda.
Kebaikan-kebaikan moisturizer ni:
Kalau ada sedang mencari pelembap muka untuk kulit berminyak , sila baca sini.

(gambar diperoleh dari watsons )
Bagi anda yang memiliki kulit yang matang dan ingin mencerahkan kulit tapi takut kalau agen pencerah kulit ni terlalu kasar untuk kulit anda, try lah Bio-Essence Bio-Vlift Face Lifting Cream – Brightening ni! Bahan utama yang diformulasi dalam moisturizer ini adalah Orked Hitam, iaitu tumbuhan yang mempunyai kuasa anti-ageing yang hebat dan dapat tackle kebanyakan tanda-tanda penuaan.
Selain itu, produk ini juga terkandung ekstrak royal jelly yang diperkaya dengan kolagen, asid amino dan vitamin-vitamin lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk mengekalkan khasiat dan hidrasi dalam badan.
Kebaikan-kebaikan moisturizer ni:
References