Benjolan Di Kepala Bayi: Perkara-Perkara Yang Anda Perlu Ambil Tahu

benjolan di kepala bayi
(sumber: bulelengkab )

Bayi adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan pastinya kebanyakan ibu mahukan yang terbaik untuk zuriat mereka. Tambahan lagi, manusia kecil ni memerlukan perhatian yang penuh dan secukupnya daripada ibu bapa dan penjaga untuk memastikan keadaan mereka sentiasa baik. Bayi ni fragile ya. Kadang-kadang juga, hal kecil terjadi ke atas bayi pun dah memberi anxiety pada para ibu, inikan pula kemunculan benjolan di kepala bayi. Siapa je yang tak risau kalau tiba-tiba ada benjolan di kepala bayi ni? Usah cemas para ibu, pastikan anda dapatkan informasi yang benar terlebih dahulu sebelum mengambil langkah-langkah seterusnya.Penyebab-penyebabnya adalah pelbagai, ada yang berbahaya dan ada juga yang tidak serius dan cuma permukaan. Di samping kita mencari penyebab-penyebab kemunculan benjolan di kepala bayi, admin akan selitkan juga tentang cara menghilangkan benjolan di kepala yang sesuai untuk semua peringkat umur.

ask physician

Apa itu Benjolan?

benjolan bayi maksud
(sumber: popmama )

Benjolan adalah ketulan yang muncul dalam lapisan kulit yang berbentuk bulat kecil atau besar seperti telur burung puyuh. Kebiasaannya benjolan ni muncul satu je dan pada satu kawasan sahaja dan dalam kes ini, kepala. Jom kita lihat jenis-jenis dan sebab-sebab benjolan ni.

Di bawah adalah 3 Perkara Utama yang menyebabkan kemunculan Benjol:

Terhantuk/Kemalangan

Bayi, terutamanya yang dah boleh merangkak atau berjalan sana sini memang sangat aktif dan pergerakan mereka pun ganas. Dalam sekelip mata mereka dah boleh jatuhlah, terhantuk lah dan sebagainya. Ini adalah penyebab utama benjolan di kepala dan selalunya tidak mengancam nyawa menurut penyelidikan pada tahun 2015. Walaubagaimanapun kalau dah sampai lebam, saiz benjol yang membesar secara mendadak atau luka, segerakan rawatan untuk bayi tersebut. (P Burrows, 2015)

Kenapa hentakan kepala bayi sering berlaku walaupun dipantau dengan teliti? Menurut Healthline, bayi-bayi sering terhantuk kepala pada apa-apa objek atau permukaan kerana tubuh badan mereka belum lagi seimbang. Kepala mereka memang lebih besar daripada anggota tubuh badan yang lain jadi mereka mudah hilang keseimbangan. Contoh-contoh kecuaian anak kecil ni:

Hematoma

– Pembentukan hematoma (perkumpulan darah) biasanya hanya berlaku pada bayi yang baru dilahirkan dan mengalami trauma dalam tisu kulit kepala dalam proses tersebut. Ianya kelihatan seperti benjol biasa namun lembut apabila disentuh.

Perkara ini berlaku apabila:

Ianya boleh muncul selepas beberapa hari bayi dilahirkan dan boleh bertahan selama beberapa hari sehingga 2 minggu. Sekiranya benjolan hematoma ni tak surut selepas waktu yang dinyatakan, silalah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang wajar. (Migrain, n.d.)

Bisul

– Pembentukan bisul ni adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dipanggil Staphylococcus aureus pada folikel rambut anda. Ianya menyakitkan, keras bila disentuh dan mengandungi nanah yang terkumpul dalam satu rongga. Selalunya, masalah bisul ni banyak timbul dalam kalangan orang dewasa yang memiliki kebersihan peribadi yang rendah, menghidap diabetes, alahan, zat dalam makanan kurang, dan sistem immune badan yang rendah.

Tanda-tanda kepala bayi atau anda terkena bisul:

Baca juga: Punca Jerawat di Kepala.

3 Cara Menghilangkan Benjolan Di Kepala

cara hilangkan benjolan bayi
(sumber: gelpacks )

Senarai di bawah adalah solusi yang bersesuaian mengikut punca-punca benjolan di kepala. Cara-cara menghilangkan benjolan pada kepala ni bukan sahaja boleh digunakan ke atas bayi, malah semua orang yang terkena masalah ni. Selamat mencuba.

1. Tuam Ice Pada Benjolan

Tidak dinafikan bahawa ada yang menganggap pek ais akan membekukan lagi darah dan menghalang benjol daripada surut. Namun, kenyataannya ais pek adalah sangat bagus bagi merawat benjolan yang berpunca daripada kepala yang terhantuk atau kemalangan.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Tawakkal Dr Faisal Mohd Fadzli, tuaman suam atau panas mungkin dapat mengurangkan kesakitan benjolan di kepala, tetapi ianya mesti disusuli dengan tuaman sejuk atau ais.

Ini kerana, tuaman panas boleh menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak akan jadi lebih besar, manakala tuaman pula akan menggalakkan darah beku untuk menyerap semula ke dalam tisu kulit secara perlahan serta menyurutkan benjol itu.

2. Tumpukan perhatian dan penjagaan terhadap kebersihan bayi & diri anda

Ya, bagi masalah benjolan yang disebabkan oleh bisul, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang terbaik. Namun, sekiranya anda ingin merawat masalah ni di rumah dengan sendiri dulu, ikut cara-cara di bawah.

Kebiasaannya, doktor-doktor akan prescribe anti-biotic untuk menangani benjolan bisul ini sama ada bayi atau orang dewasa.

3. Berjumpa dengan doktor

Walaupun anda rasa benjolan itu tidak serius,tidak salah untuk anda mendapatkan nasihat dan diagnosis untuk kepastian keadaan benjol bayi atau benjol anda. Sekiranya anda ingin tahu bilakah waktu yang patut untuk anda berjumpa dengan doktor selain kerisauan anda sendiri, admin senarai simptom-simptom benjol yang boleh membahayakan kesihatan atau mengancam nyawa.

Kesemua simptom di atas berkemungkinan besar menunjukkan bahawa mangsa hentakan sedang mengalami pendarahan dalam otak yang memerlukan rawatan segera. Sila beri perhatian kepada bayi anda dan perhatikan mereka dalam 24 jam setelah kepala mereka terhantuk untuk memastikan perkara-perkara di atas ada atau tak. (Talib, 2017)

ask physician

References