Di mana ada folikel rambut, di situ jugalah jerawat boleh tertimbul. Kulit kepala anda tidak terkecuali daripada mendapat jerawat atas beberapa sebab. Bayangkan, anda sedang enak-enak nak relaks sambil baring, tiba-tiba ada rasa tak selesa kat bahagian kepala yang disebabkan oleh penimbulan jerawat. Terpaksalah anda ubah kedudukan supaya bahagian kepala yang rasa sakit tu tak ditindih. Ingin ketahui? Teruskan bacaan anda.
(sumber: newsbytesapp )
Untuk pengetahuan anda, jerawat di kepala ni memang sedikit susah untuk dilihat dan untuk di “spot” check kecuali ianya muncul pada tengkuk. Ianya juga jarang timbul pada kepala berbanding di kawasan wajah atau badan. Namun tak ramai orang ambil kisah sebab selalunya jerawat di kepala di hilang beransur-ansur dengan sendirinya. Walaubagaimana pun, serupa dengan regular acne ada juga kes jerawat yang teruk pada bahagian kepala. Apa pun, jom kenali punca-punca jerawat di kepala di bawah.
(sumber: pinterest)
Kulit kepala yang sudah lama dibiarkan tanpa rutin penjagaan yang teratur akan menyebabkan perkumpulan longgokan kulit-kulit mati. Kulit mati ni kadang-kadang jadi kelemumur atau pun dia tersumbat dalam folikel rambut anda. Apabila folikel rambut ni tersumbat dengan kulit-kulit mati bersama dengan sebum (minyak) dan juga tahap kebersihan yang rendah, maka bakteria jahat mudah untuk mencerobohi kawasan folikel rambut anda. Seterusnya, perkara ini akan menyebabkan jerawat tertimbul, serupa juga bagaimana ianya timbul pada wajah anda.
Kulit kepala yang terjangkit dengan yis akan menimbulkan pembentukan yang menyerupai jerawat namun ianya terasa gatal dan lebih banyak timbul berbanding jerawat biasa. Serupa dengan jerawat yang disebabkan oleh bakteria, kebersihan kulit kepala dan rambut juga memainkan peranan besar dalam hal ini. Contohnya, rambut yang tidak cuci selepas senaman yang mengeluarkan banyak peluh akan menyebabkan bakteria mahupun yis tertarik pada kawasan tersebut.
Selain itu, tindak balas alergi hasil pengambilan gula dan karbohidrat yang tinggi juga adalah tidak mustahil menurut satu penyelidikan.
Seperti kulit wajah, kulit kepala kita juga terdiri daripada pelbagai jenis; ada yang sensitif, kering, dan berminyak. Bagi kulit kepala yang berminyak, elakkan daripada menggunakan shampoo atau conditioner yang mengandungi silikon bagi mengelakkan build up pada kulit kepala anda.
Baca juga: Benjolan di Kepala Bayi.
Untuk pengetahuan anda, jerawat di kepala terbahagi kepada 2 jenis, iaitu:
– Ini adalah jenis paling biasa yang mana folikel rambut and terkena jangkitan bakteria yang menghasilkan bumps kemerah-merahan serta nanah pada tengah-tengah bumps itu.
– Pilar cyst ini adalah ketumbuhan daripada keratin pada kulit kepala anda, yang tidak berbahaya dan jarang berlaku. Ianya mungkin disebabkan oleh keturunan dan pada wanita pertengahan umur. Cara untuk menghilangkannya hanya melalui pembedahan. (Cherney, 2018)
Cara merawat jerawat pada kepala ni tak jauh beza dengan cara kita menghilangkan jerawat pada wajah. Cuma, of courselah kena guna produk yang bersesuaian untuk bahagian rambut dan kulit kepala. Kebanyakan medicated produk seperti shampoo dan penjagaan kulit kepala ni boleh je beli online, anda hanya perlu tahu apakah bahan-bahan yang perlu ada dalam produk-produk tersebut. Di bawah adalah senarai-senarainya.
Muka yang berjerawat memerlukan pencuci muka untuk kulit berjerawat bagi membunuh bakteria, menyingkirkan kulit mati, serta menyamankan radang jerawat. Begitu juga fungsi shampu berubat, ianya dicipta untuk merawat jerawat di kepala. Di bawah adalah bahan-bahan yang boleh cuba.
Ini adalah penjagaan kebersihan yang basic, namun ramai ambil ringan tentang kepentingannya. Ianya adalah membersihkan diri termasuklah rambut anda setelah selesai bersenam, lebih-lebih lagi bila anda keluar peluh yang basah lencun. Bukan saja anda akan dapat menjaga kesihatan kulit badan dan kulit kepala, malah bau anda juga akan menyenangkan orang di sekeliling.
Selain itu, satu tip daripada admin sendiri; gunakan sikat silikon sewaktu memakai syampu. Kalau anda tak tahu macam mana bentuknya, admin selitkan gambar sikat ini di bawah.
(sumber: aliexpress )
Dengan penggunaan alat ini, bukan sahaja ianya dapat exfoliate kulit kepala anda yang sudah terkumpul dengan kulit mati, malah urutan lembut daripada bucu-bucu silikon tersebut akan menggalakkan peredaran darah yang lebih baik pada kulit kepala dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut dengan lebih cepat. Admin nasihatkan supaya anda guna alat ini selepas jerawat di kulit kepala dah sembuh agar kurang risiko keradangan jerawat
Jikalau sebelum ni anda gemar memakan karbohidrat yang tinggi kandungan gulanya, kurangkan lah dan tukar kepada karbohidrat yang rendah Glycemic Index. Pengambilan makanan yang rendah Glycemic Index akan mengubah cara sistem tubuh badan anda berfungsi, nutrien yang diserap oleh badan juga akan mencapai tahap maksimum, dan seterusnya kandungan gula dalam badan anda akan berada pada tahap yang normal. (Daisy Coyle, 2020)
Tidak lupa juga, lebihkan pengambilan makanan yang diperkaya dengan vitamin A, D, dan E untuk kesihatan kulit kepala dan dimanfaatkan oleh tubuh badan anda secara keseluruhan.
Baca juga: Cara Hilangkan Jerawat Pasir Dalam Satu Malam, Cara Nak Kecutkan Jerawat dalam Masa yang Singkat
References