Kulit yang sensitif boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh badan, namun kulit sensitif pada wajahlah yang memang kelihatan dan rasa paling ketara. Seperti tubuh badan, wajah anda memerlukan pelembab muka untuk kulit sensitif bagi menangani apa-apa reaction yang bakal terjadi pada wajah anda. Admin yakin, anda mesti dah muak muka asyik naik kemerah-merahan bila pakai moisturizer yang salah, kulit jadi terlalu tegang dan kadang-kadang terasa pedih kan?

(sumber: theskincareedit )

( sumber: sephora )
Bersesuaian dengan individu yang berkulit kering dan sensitif, pelembab muka dari Fresh ni akan memberikan hidrasi dan kelembapan yang unggul secara berpanjangan sehingga 24 jam dengan rasa yang ringan dan selesa. Pelembab muka ni diperkaya dengan ekstrak akar Lotus dan vitamin E dengan 7 kuasa kompleks yang juga akan menangani garis-garis halus dan tanda-tanda penuaan awal yang lain.
Hasil daripada pemakaian pelembab muka ni akan memberikan anda penampilan kulit yang berkilauan dan subur serta gebu. Ianya bebas daripada bahan-bahan iritan yang tidak bersesuaian untuk kulit sensitif dan kering. Sesuai juga untuk digunakan sebagai base makeup. (Sephora, n.d.)

(sumber: cetaphil )
Dirumus untuk tubuh badan dan wajah, pelembab yang baik dari Cetaphil ni diperkaya dengan minyak Avocado yang dapat melembapkan dan memberikan khasiat yang tinggi pada kulit anda. Kulit yang sensitif dapat ditangani dengan baik kerana produk ni bebas daripada pewangi, paraben dan sekiranya anda memiliki kulit yang berkecenderungan untuk mendapat jerawat, ianya juga bersifat non-komedogenik.
Pelembap dari Cetaphil ini juga mengatakan kelembapan yang diberi pada kulit anda juga boleh bertahan sehingga 4 HARI selepas pemakaian terakhir! Betapa hebat fungsinya. Dicipta dengan gabungan emolien dan humektan, pelembap ni akan mengukuhkan dan memulihkan skin barrier anda yang telah rosak sebelum ni. (Cetaphil, n.d.)
Sensitif dan berjerawat? Baca di sini untuk informasi lebih lanjut tentang pelembab untuk kulit sensitif berjerawat.

(sumber: kiehls )
Kulit yang sensitif dan kering memerlukan pelembab yang pekat serta cukup lembut untuk hidrasi bertahan lama. Kandungan yang diperkaya dengan D-Panthenol dan bahan yang bersumber lestari, Madecassoside yang diekstrak daripada Centella Asiatica, krim pelembab ini akan melindungi skin barrier dalam melembutkan serta mengekalkan kelembapan, mengembalikan penampilan kulit yang lebih sihat. Pelembab wajah ini juga mampu mengekalkan hidrasi kulit selama 48 jam dan memperbaiki lipid yang rapuh dengan penggunaan harian.
Produk ini dikaji atas individu-individu yang memiliki 100% kulit sensitif, jadi anda tak perlu risau dan berasa ragu-ragu untuk dapatkannya! Last sekali, formula ini menyerap ke dalam dengan pantas jadi anda tak perlu nak sapu lama-lama, sekali gus dapat mengelakkan iritasi pada kulit yang sensitif tu. (Kiehl’s, n.d.)

(sumber: sephora )
Pelembab muka yang dicipta oleh pakar kulit ini menggabungkan dua kuasa unggul untuk kulit yang sensitif iaitu menghidrat dan menguatkan perlindungan kulit semula jadi anda. Ianya meningkatkan kelembapan semula jadi kulit sehingga 54%, jadi perubahan ini pasti akan anda rasai dengan cepat. Ianya juga menyasarkan tanda-tanda penuaan pra-matang agar kulit anda kekal gebu, dan keremajaan.
Menurut reviews yang admin baca, ramai sangat pengguna yang berpuas hati dan membeli berulang kali atas sebab pelembab dari Qlinique ni sangat berkesan dalam mengurangkan kegatalan kulit wajah dan keradangan mereka. Sangat sesuai untuk individu yang berkulit kering dan normal, namun untuk yang kulit berminyak, anda juga boleh menggunakannya dalam jumlah yang sedikit. (Sephora, Qlinique Dramatically Different Moisturizing Lotion+, n.d.)

(sumber: sociolla )
Krim siang dari Safi ini simple dan padat dengan tujuannya untuk menyamankan dan melembapkan kulit yang sensitif. Ianya dirumus dengan bahan semula jadi seperti ekstrak Licorice dan Chamomile yang bersifat anti-pencemaran yang hebat dalam meredakan keradangan seperti kegatalan, kepanasan muka, dan kemerahan.
Formula produk ni adalah gel dan ianya akan memudahkan aplikasi pelembab muka siang ni yang akan menyejukkan kulit serta merta dan tidak meninggalkan sensasi greasy selepas penggunaan. Sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit dari yang kering hingga ke berminyak, ianya akan mengekalkan kelembutan kulit anda dalam melindungi kulit yang sensitif. (sociolla, n.d.)
Sekiranya anda mencari pelembap muka untuk kulit berminyak, sila baca di sini.

(sumber: watsons )
Krim malam Hada Labo ini sesuai untuk individu yang memilki kulit normal, kering dan sensitif. Teksturnya agar pekat dan sedikit melekit membuatkan ianya tidak berapa sesuai dengan anda yang berkulit minyak. Walaubagaimanapun, moisturizer ini sangat baik dalam meredakan kemerahan dan mengurangkan keradangan kulit dengan kandungan Alpha Bisabolol dan Gingero. Gabungan Lecithin, Squalene dan Shea Butter pula bertindak sebagai pelindung kulit daripada pencemaran alam dalam bentuk cecair bionik kristal yang halimunan.
Manakala, Phytosterols dan Ceramide pula akan mengukuhkan skin barrier agar sensitiviti kulit berkurangan serta melembutkan permukaan kulit. Anda akan dapat melihat keberkesanan krim ni dalam meredakan iritasi dan kemerahan kulit dalam 4 jam penggunaan. Ianya juga akan menjaga keseimbangan tahap pH kulit anda dan ianya bebas daripada alkohol, pewangi, perwarna dan mineral oil. (Lam, 2019)
Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang pelembap muka untuk kulit kering.

(sumber:watsons )
Pelembab muka dari Neogence ni akan merawat kulit anda dari dalam agar permukaan kulit anda jadi lebih cantik dan sihat. Dirumus khas dalam makmal pakar kulit di Taiwan, produk ni bertujuan untuk menghaluskan dan memberi khasiat pada kulit agar kulit anda menjadi lebih kukuh serta tebal. Ianya juga hanya mengandungi 9 bahan aktif yang selamat dan berkesan iaitu Aqua, Glycerin, Squalane, Pentylene Glycol, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Panthenol, Caprylyl Glycol, Madecassoside dan Xanthan Gum.
Apabila kulit anda menjadi lebih sihat dengan penggunaan pelembab muka ni, maka keradangan pun akan berkurangan dan kulit akan sentiasa berada dalam keadaan selesa dan nyaman. Dapatkan kembali kulit yang licin, lembap dan gebu dengan Neogence Cica & B5 Repairing Lotion! (Watsons, n.d.)
References