Kepada individu-individu yang berkulit berminyak, janganlah anggap yang pelembap muka tu musuh anda! Ada sebab kenapa pelembap untuk kulit berminyak ni wujud dan tujuannya adalah untuk mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan.
Ya, untuk pengetahuan anda, tanpa menggunakan pelembap untuk kulit berminyak, kulit anda akan mengalami dehidrasi. Seterusnya, penghasilan sebum secara berlebihan akan terjadi untuk mengganti kan kelembapan yang diperlukan daripada pelembap untuk kulit berminyak dan hasilnya, wajah anda akan kelihatan lebih greasy.
Walaubagaimanapun, bukan semua pelembap muka sesuai untuk kulit yang berminyak.
Baca di sini sekiranya anda mempunyai kulit kering dan kami dah sediakan list pelembap muka untuk kulit kering yang baik untuk anda di sini!
Secara ringkasnya, individu yang mempunyai jenis kulit ini perlulah mencari pelembap wajah yang mempunyai formula yang ringan, namun masih memberikan kelembapan yang cukup. Serta tidak dilupakan juga, bahan-bahan yang melembapkan tanpa menyekat liang pori anda seperti Glycerin dan Asid Hyaluronik. (BUDDEMEYER, 2020)
Anda pasti tak nak menggunakan pelembap wajah yang hanya duduk atas kulit anda macam topeng tanpa meresap kebaikannya dalam kulit kan? Jadi, pastikan anda check perkara-perkara di atas terlebih dahulu.
(gambar diperoleh dari eminenceorganics )
Sila baca di sini juga untuk ketahui lebih lanjut tentang tips memilih pelembap muka.
Sebelum kita meneruskan dengan list pelembap-pelembap muka yang sesuai untuk kulit berminyak, pastikan yang kulit anda betul-betul termasuk dalam kategori ni.
Sekiranya hanya t zone anda sahaja yang berminyak dan pipi ada kering, anda mungkin mempunyai kulit kombinasi. Kulit kombinasi memerlukan 2 jenis moisturizer.
Baiklah, anda dah pastikan kulit anda betul-betul dalam kategori kulit berminyak? Jom kita tengok pelembap-pelembap yang dirumus khas untuk anda. Kebanyakan produk-produk yang penulis senaraikan di bawah boleh didapati di hujung jari anda je, iaitu online!
(gambar diperoleh dari laroche-posay )
Khas untuk anda yang suka tampak matte, tidak lagi memantulkan cahaya melalui kulit yang berminyak, pelembap muka berasaskan silikon daripada La Roche-Posay ini adalah pilihan yang bijak. Walaupun ianya mengandungi silikon, namun berdasarkan kenyataan Dr Jenny Liu, seorang ahli dermatologi yang bertauliah, moisturizer ini mempunyai kemungkinan yang sangat kecil untuk menyumbat liang pori.
(gambar diperoleh dari cerave)
Jenama CeraVe ni tak asing lagi dari dunia penjagaan wajah oleh kerana popularitinya yang semakin meningkat di media sosial. Untuk anda yang berkulit minyak dan mencari pelembap muka pada waktu malam, cubalah produk ni! Ianya bebas daripada minyak dan ringan di wajah serta dirumus khas dengan MVE Delivery, iaitu teknologi daripada CeraVe sendiri.
Setakat ni, anda boleh dapatkan produk ni di Shopee dan Lazada.
(gambar diperoleh dari simpleskincare )
Menurut Puan Mary, seorang skincare guru, individu yang mempunyai kulit berminyak amatlah sesuai menggunakan pelembap muka yang berasaskan losyen dan beliau mengesyorkan penggunaan produk daripada Simple ni. Bagi anda yang mempunyai kulit yang berminyak dan sensitif pada waktu yang sama, boleh lah anda try moisturizer ni!
(gambar diperoleh dari guardian )
Pelembap wajah berasaskan air adalah antara yang paling ringan di wajah dan serasi dengan anda yang mempunyai very oily skin. Teksturnya adalah gel yang tidak melekit dan mudah untuk kulit muka anda serap. Brand ini jarang didengari kerana produk-produk daripada Korea yang lain membuatkan ianya tenggelam! Tetapi ini tak bermakna yang ianya tak bagus, anda try lah dulu.
(gambar diperoleh dari zalora )
Tahukah anda? Kulit yang berminyak juga memerlukan pelembap muka yang fokus untuk mengukuhkan penghalang kulit atau pun skin barrier. Moisturizer daripada SKIN1004 ini dicipta khas untuk melindungi skin barrier individu yang mempunyai kulit berminyak dan dalam pada masa yang sama, sensitif.
(gambar diperoleh dari ulta )
Diperkaya dengan pelbagai nutrien seperti Birch Water, asid hyaluronik, bahan botanikal semulajadi, losyen muka ni dicipta untuk individu yang berkulit sensitif dan cenderung untuk mendapat jerawat. Sekiranya kedua-dua masalah ini anda sedang hadapi bersama dengan kulit berminyak, penulis rasa anda akan menyukai produk ni!
Baca juga di sini kalau anda sedang mencari moisturizer untuk mencerahkan wajah.
(gambar diperoleh dari cosmopolitan )
Jangan salah faham, kulit yang berminyak pun memerlukan kelembapan dan gel krim daripada Neutrogena yang berasaskan air ni sangat baik untuk kulit yang berminyak. Ianya menyerap ke dalam epidermis anda dengan mudah tanpa anda perlu sapu dengan lama pada kulit. Penulis pernah pakai waktu kulit tengah berminyak sangat dan produk ni berfungsi dengan baik seperti yang didakwa.
References