7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kusam

Anda ingin ketahui apakah pencuci muka untuk kulit kusam untuk mengembalikan seri wajah? Kemalapan air muka memang memenatkan mata yang memandang terutamanya, mata sendiri. Mungkin anda dah cuba bermacam-macam cara untuk menghilangkan kekusaman kulit muka, tapi belum berjaya mendapat hasil yang baik. Hanya solekan yang baik sahaja yang dah dapat cover kekusaman ni, tapi macam mana nak dapat kulit yang berseri tanpa solekan? Dalam artikel ni, admin dah sediakan pencuci-pencuci muka untuk kulit kusam yang mesti anda cuba!

pencuci muka untuk kulit kusam
(sumber: bebeautiful )

Apakah yang menyebabkan Kulit Kusam?

Sebenarnya, penyebab-penyebab kulit kusam amat mudah untuk anda detect. Sekiranya anda berusia lebih daripada 30 tahun, maka masalah kulit kusam adalah normal kerana kulit anda tidak lagi exfoliate secara aktif setiap dua minggu seperti waktu remaja. Jadi, kulit mati yang terkumpul tu lah yang menyebabkan kulit anda nampak malap dan letih. Kulit juga akan mudah kelihatan kusam apabila anda kekurangan darah merah dan oksigen dalam sel-sel kulit.

Baca juga: Pencuci Muka untuk Jeragat
aesthetic packages

Pencuci Muka Untuk Kulit Kusam

Apa yang anda perlukan dalam pencuci muka untuk kulit kusam adalah produk yang mengutamakan pencerahan atau brightening. Ini salah satu komponen yang penting untuk mengembalikan keserian kulit muka anda.

1. Neogen Green Tea Real Fresh Foam Cleanser

pencuci muka neogen green

Pembersih wajah dari Neogen ni sesuai untuk semua jenis kulit dan mengalami kekusaman. Ianya diperbuat daripada ekstrak teh hijau yang ditapai. Seperti yang kita sedia maklum, teh hijau diperkaya dengan antioksidan yang mana akan melancarkan peredaran darah dan menyalurkan oksigen dalam sel-sel kulit. Anda sedang cuba mengatasi kulit kusam dan jerawat atau minyak berlebihan? Produk ni sesuai untuk anda!

Kebaikan-kebaikannya:

2. Neutrogena Deep Clean Brightening Cleansing Oil To Foam

cleansing oil untuk kulit kusam

Alami pembersihan wajah dengan kuasa dua kali ganda tanpa meragut kelembapan semula jadi kulit anda! Ekstrak mulberry akan membantu menjadikan kulit anda lebih cerah dan sihat dengan kandungan vitamin C & B3. Neutrogena Deep Clean ini akan membersih jauh dari dalam kulit dan mampu juga untuk menanggalkan solekan yang tersisa. Tekstur cleanser ni pun lembut dan berbuih creamy.

Kebaikan-kebaikannya:

3. Nafura Alpine Snow White The Ultimate Brightening Cleansing Foam

brightening cleansing foam

Anda memiliki masalah sunspot/jeragat bersama kulit kusam? Try lah pencuci muka dari Nafura ni. Ianya menyasar masalah pigmentasi yang disebabkan oleh matahari dan persekitaran. Diformulasi dengan bahan-bahan istimewa yang diekstrakkan daripada tumbuhan Alpine, iaitu Mallow, Lady’s Mantle, Primrose, Mint Balm, Speedwell Herb, Yarrow, dan Peppermint, pencuci muka ni akan membantu melembapkan kulit anda, serta mengurangkan bintik-bintik hitam.

Kebaikan-kebaikannya:

4. Fresh Soy Face Cleanser

fresh soy untuk kulit kusam

Sekiranya anda mencari pencuci wajah yang amat lembut untuk kulit matang, kering dan kusam, produk ni sangat sesuai untuk anda! Pencuci muka dari Fresh ni dirumus khas untuk individu yang berusia 30 tahun ke atas bagi menjaga sensitiviti kulit wajah yang semakin matang. Solekan yang ringan pun boleh dibersihkan tanpa menyingkirkan kelembapan semula jadi wajah, jadi kulit anda takkan berasa tegang selepas pemakaian. Bahan-bahan yang terkandung dalam pencuci muka ni adalah protein soya yang diperkaya dengan asid amino, air bunga mawar yang menyeimbangkan sel kulit dan estrak timun yang menyamankan.

Kebaikan-kebaikannya:

Baca artikel ini jika anda memerlukan pencuci muka untuk kulit kombinasi.

5. Laneige Vitamin Brightening Cleansing Water

pencuci muka laneige

Untuk pengetahuan anda, kulit yang kering adalah antara penyebab utama kekusaman kulit. Jadi, pencuci muka Laneige ni berfungsi untuk melembapkan kulit anda sambil menyingkirkan sel-sel kulit mati. Apabila kulit anda menerima cukup air dan emolien, ianya akan kelihatan lebih plump! Kandungan air gula Phyto akan memperbaharui kelembapan kulit to mengekalkan penghidratan kulit anda agar tampak glowing. Ianya dicipta menggunakan teknologi yang dipanggil Moisture White Dew.

Kelebihan-kelebihannya:

6. Murad Clarifying Cream Cleanser

cleanser yang baik untuk kulit kusam

Kulit anda berjerawat dan kusam? Pencuci muka dari Murad ni akan melawan jerawat dengan berkesan serta membantutkan breakout yang bakal berlaku sambil menjaga kelembutan kulit anda. Kita sudah tahu yang kekusaman kulit ni pun berlaku sebab perkumpulan kulit mati pada kulit menyebabkan ia tampak keletihan. Jadi, pencuci muka yang mengandungi kapsul salicylic acid ni akan exfoliate kulit anda secara lembut dan efektif. Ianya tidak terlalu berbuih yang bermaksud, kulit anda tidak akan berasa tegang selepas penggunaan.

Kebaikan-kebaikannya:

Sekiranya anda ingin mencari pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat, sila baca di sini.

7. Innisfree Brightening Pore Facial Cleanser

innisfree pencuci muka yang terbaik

Pencuci muka dari jenama Innisfree yang terkenal ni mengandungi bahan yang hebat iaitu Niacinamide dalam menghilangkan kekusaman kulit. Selain itu, panthenol dan ethyl ascorbyl ether mampu melembutkan kulit serta meningkatkan kesempurnaan kulit dengan menghilangkan tona yang tidak sekata. Bahan utama yang menjadikan produk ini begitu berkesan adalah ekstrak Jeju Hallabong Peel, diekstrak melalui gelombang ultrasonik, yang berfungsi menganjalkan dan membersihkan kulit.

Kebaikan-kebaikannya:

Chat dgn pakar estetik kami

 

References

× ONLINE