7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi

Ingredient Penting Pencuci Muka Terbaik Konsult Doctor Produk Percuma

Jikalau anda memiliki T-zon yang berminyak dan kering pula pada kawasan pipi, ini menandakan kulit anda itu adalah kulit kombinasi. Seperti jenis-jenis kulit lain, kulit kombinasi juga memerlukan produk yang khas untuk menjaga keadaannya. Dalam artikel harini admin akan kongsikan dengan anda tentang pencuci muka untuk kulit kombinasi yang baik.Pada waktu dulu-dulu, penjagaan kulit muka ni simple sangat sebab tidak ramai orang yang berilmu tentangnya. Kalau ada masalah kelebihan minyak atau kekeringan pun terpaksa biarkan je. Sekarang kita dah ada banyak informasi dan perlulah kita manfaatkan untuk kebaikan kulit kita sendiri.

anti aging

Apakah bahan yang perlu ada dalam pencuci muka untuk kulit kombinasi?

Betul-betul kena dengan namanya, kulit kombinasi, ianya campuran kulit berminyak dan kering yang membawa maksud anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan yang mampu menjaga keseimbangan kelembapan wajah sambil mencuci secara dalam. Pencuci muka untuk kulit kombinasi ni perlulah mampu menyingkir minyak pada permukaan kulit dengan baik sambil mengunci hidrasi dalam proses tersebut.

pencuci muka untuk kulit kombinasi
(sumber: purewow )

Bahan yang mampu melakukan perkara-perkara di atas adalah Hyaluronic Acid dan BHA (Beta Hydroxy Acid) atas kemampuan mereka dalam melembap dan membersihkan kulit secara menyeluruh tanpa meragut natural oil. (Petty, 2019)

Dari segi tekstur pencuci muka pula, losyen atau gel cleanser adalah pilihan yang terbaik untuk kulit kombinasi.

Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

1. Phasilab Instant Comfort 24 Hours Fluid

instant comfort untuk kulit kering

Pencuci muka Phasilab Instant Comfort 24 Hours Fluid membersih permukaan kulit secara menyeluruh dan juga mengembalikan skin barrier yang kuat agar kulit sentiasa sihat. Bahan-bahan yang diguna adalah baik seperti:

Instant Comfort ialah produk buatan Perancis yg amat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kombinasi. Wasap Hana untuk tahu lebih lanjut.

2. Laneige Multi Deep-Clean Cleanser

pencuci muka laneige
(sumber: laneige )

Laneige Multi Deep-Clean Cleanser ini diformulasi dengan ekstrak yang diperoleh dari buah betik iaitu papain enzyme. Papain enzyme ini mengandungi pelbagai khasiat yang boleh dimanfaat oleh kulit kita, contohnya ianya membantu clear kan sel-sel kulit mati dalam liang pori, mencerahkan pigmentasi dan mengecutkan jerawat. Selain itu, ekstrak blueberry pula diperkaya dengan antioksidan seperti vitamin C dan A yang akan mengembalikan tenaga pada kulit anda.

Kebaikan-kebaikannya:

Anda memiliki kulit berjeragat? Sila baca artikel tentang pencuci muka untuk jeragat.

3. Nivea Hydration Caring Whip Facial Cleanser

nivea facial cleanser yang baik
(sumber: guardian )

Membersih dengan 3 kali ganda kuasa kelembapan dan 4 kali ganda menghidrat, itulah keunggulan pencuci muka dari Nivea ini. Dirumus bersama bahan-bahan istimewanya iaitu Hyaluronic Acid dan Hydra IQ, pasti kulit kombinasi anda tidak akan kecewa! Hanya dalam satu pembersihan wajah, pencuci muka ni akan menyuburkan kulit anda sambil membuang segala kotoran yang bertenggek atas permukaan kulit. Teksturnya pula seperti whipped cream, dan akan memberikan anda sensasi nyaman sewaktu pemakaian.

Kebaikan-kebaikannya:

4. Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin

facial cleanser yang baik untuk kulit kombinasi
(sumber: guardian )

SebaMed Facial Cleanser ini mengandungi 3 bahan utama yang berfungsi untuk merawat kulit kombinasi. Bahan-bahan aktifnya ialah Witch Hazel untuk mengecilkan saiz pori, Pro Vitamin B5 untuk melembapkan kulit anda tanpa minyak dan Menthol untuk menyegarkan serta mencergaskan kulit anda. Ketiga-tiga komponen ini akan membantu mengawal pengeluaran sebum daripada kulit anda agar natural oil kekal seimbang dan dalam pada masa yang sama, ianya membekalkan hidrasi yang cukup untuk menguatkan skin barrier anda.

Kebaikan-kebaikannya:

Baca juga: Artikel tentang pencuci muka untuk kulit kusam.

5. The Ordinary Squalane Cleanser

produk yang berkesan
(sumber: https://theordinary.deciem.com/my/rdn-squalane-cleanser-50ml.html )

Pencuci muka dari The Ordinary ini dicipta khas dengan kelembutan yang sesuai untuk anda yang berkulit kering, normal dan kombinasi. Bahan utamanya, Squalane, yang diperoleh dari tebu mempunyai sifat lipophilic (larut lemak) yang bagus untuk mencairkan minyakdan sekali gus menyingkirkannya daripada kulit anda. Bahan-bahan lain yang bersifat larut lemak juga berfungsi untuk memerangkap minyak sewaktu pembersihan dan apabila dibilas dengan air, kotoran akan mudah ditanggalkan.

Kalau anda memiliki kulit berminyak, elakkan produk ini.

Kebaikan-kebaikannya:

6. EUCERIN DermatoCLEAN Refreshing Cleansing Gel

cleansing gel yang selamat diguna
(sumber: caretobeauty )

Anda memiliki kulit yang sensitif dan memerlukan pencuci muka berasaskan gel bersama bahan-bahan yang natural? Eucerin Cleansing Gel ini akan bertindak melindungi kulit sensitif anda dan memerangi kotoran pada permukaan kulit dalam masa yang sama. Ianya mengandungi dua bahan utama yang bersesuaian dengan kulit kombinasi juga iaitu Hyaluronic Acid dan APG Complex.

Kebaikan-kebaikannya:

7. Nihon Soothing Facial Cleanser

pencuci muka yang baik untuk kulit kombinasi
(sumber: nihonskin )

Nihon Soothing Facial Cleanser ni sesuai untuk anda yang memiliki kulit kombinasi atau berminyak berserta masalah jerawat. Ini kerana, bahan-bahan yang diformulasi dalam pencuci wajah ni tinggi dengan sifat-anti jerawat dan anti-bakteria. Bahan-bahan aktif dalam pencuci wajah dari Nihon ni adalah Green Tea, dan Tea Tree Oil. Kebanyakan kita tahu Tea Tree Oil sering digunakan dalam rawatan berjerawat, manakala Green Tea pula membekalkan antioksidan yang hebat untuk peredaran oksigen dalam kulit.

Daripada review yang admin lihat, ianya sememangnya berkesan untuk membasmi jerawat dan kulit berminyak!

Kebaikan-kebaikannya:

Baca lebih tentang pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat di sini.

References