7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kusam

Serum Terbaik Konsult Doktor Produk Percuma
Kulit yang kusam akan kelihatan seolah-olah lampu kulit terpadam membuatkan seseorang itu tampak tidak sihat dan lebih tua. Serum terbaik untuk kulit kusam yang penulis telah senaraikan di bawah mampu “menyalakan” semula cahaya pada wajah anda agar kelihatan berseri-seri.

serum terbaik untuk kulit kusam
(edwinlimclinic)

Sebelum kita beralih ke serum terbaik untuk kulit kusam, anda perlu ketahui sebab-sebab kekusaman kulit supaya pencarian serum terbaik untuk kulit kusam anda menjadi lebih senang dan jelas. Antara punca-punca kekusaman dan kemalapan kulit menurut Skinkraft:

ask physician

Pastikan anda menjaga perkara-perkara di atas supaya penggunaan serum terbaik untuk kulit kusam akan menunjukkan hasil yang lebih memukau! Baca juga di sini untuk ketahui tentang serum terbaik untuk jerawat.

Serum Terbaik untuk Mengatasi Kulit Kusam

1. Hydropeptide Anti-Wrinkle Polish & Plump Peel Kit

hydropeptide makeup remover

Hydropeptide Anti Wrinkle Polish & Plump Peel Kit ialah produk yg sesuai bagi orang yang ingin memperbaiki kolagen and elastin, memulihkan kolagen organisasi, meningkatkan penghidaratan, mengurangkan kolagen rosak dan penguncupan otot berulang.

2. Catrice Glow Booster Serum 30 ml

serum mempunyai vitamin
(catricecosmetics )

Serum daripada Catrice ni popular dalam kalangan makeup guru diperingkat global di YouTube akan kehebatannya dalam memberikan keserian pada kulit dan meningkatkan kelembutan apabila disentuh. Ianya diperkaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin B3 beserta ekstrak nanas yang mengandungi banyak khasiat-khasiat yang penting dalam menangani kulit yang kusam.

Kelebihan-kelebihannya:

3. Tatcha Violet-C Brightening Serum 30 ml

brighterning serum membantu kulit kusam
(sephora )

Tatcha Violet-C Brightening Serum ni mampu membantu kulit kusam dengan bahan-bahan yang berkuasa tinggi dan pekat, namun tetap lembut untuk digunakan oleh individu yang memiliki kulit yang sensitif. Dalam serum ni mengandungi BeautyBerry dari Jepun yang berfungsi untuk merangsang dan menstabilkan vitamin-vitamin C yang juga terkandung.

Sekiranya anda seseorang yang berkulit matang, kusam dan sensitif, serum ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda cuba!

Kelebihan-kelebihannya:

4. Neutrogena Hydro Boost Capsule in Serum 30ml

nuetrogena untuk kulit kusam
(watsons )

Seperti yang penulis sebutkan pada awal artikel ini, kulit yang kusam juga berpunca daripada kekurangan kandungan air dalam kulit. Jadi, serum daripada Neutrogena ni sangat baik untuk menggantikan air semulajadi dalam kulit anda agar kulit menjadi kembali sihat dan gebu. Jangan tunggu lama-lama untuk dapatkan serum ni sekiranya kulit anda sedang “dahaga”!

Kelebihan-kelebihannya:

Kepada peminat dan pengunjung setia watsons, bolehlah anda baca di artikel ini tentang serum terbaik di watson.

5. Fresh Vitamin Nectar Glow Juice Antioxidant Face Serum 45 ml

sephora serum terbaik
( sephora )

“Lampu” kulit anda yang terpadam memerlukan cas tenaga dan serum ni berfungsi dengan baik untuk menyalurkan tenaga ke dalam kulit anda. Diinspirasikan daripada jus buahan-buahan yang segar, serum daripada Fresh ini mengandungi vitamin, mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran yang pantas meresap ke dalam kulit dan merangsang khasiat-khasiat semulajadi pada kulit.

Kelebihan-kelebihannya:

 

6. PIXI Overnight Glow Serum 30 ml

serum overnight glow
(sephora)

Untuk pengetahuan anda, pengunaan serum adalah lebih baik dilakukan pada waktu malam sebab kulit anda pada waktu tidur akan menjalankan tugasnya dalam memperbaharui lapisan kulit. Ini bermakna kulit anda akan memanfaatkan khasiat-khasiat serum ni dengan lebih baik. (Brady, 2020)

Serum daripada Pixi ni dikhaskan penggunaannya sebelum anda tidur bagi memberikan anda glow yang sihat dan cantik sesudah anda bangun daripada tidur. Ianya diperkaya dengan Vitamin A, E, C serta ekstrak-ekstrak yang melegakan kulit iaitu ekstrak timun dan lidah buaya.

Kebaikan-kebaikannya:

7. Dr. Murad Vita C Glycolic Brightening Serum 5ml

brightening serum bagi mengatasi masalah kulit kusam
(hermo )

Vitamin C yang distabilisasikan dengan emas yang terkandung dalam serum dari Murad ni bertindak memerangi tekanan oksidstif ke atas kulit yang berpunca daripada sinaran UV dan pencemaran alam dengan menyalurkan antioksidan yang secukupnya.

Glycolic acid pula akan bertindak dengan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kekusaman kulit dan memberi laluan kepada Vitamin C tersebut untuk bekerja secara menyeluruh.

Sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut tentang serum terbaik untuk jeragat, sila klik ke artikel ini.

Kebaikan-kebaikannya:

Di sini, penulis juga ada sediakan artikel tentang serum terbaik untuk kulit berminyak.

References