7 Serum Terbaik Untuk Jerawat

Kecenderungan sesetengah individu untuk mendapat jerawat adalah tinggi dan kadang kala, penjagaan wajah secara basic seperti mencuci, toning dan melembap tidak cukup untuk menangani masalah jerawat. Oleh sebab itu, penulis harini akan berkongsi dengan anda tentang serum-serum terbaik untuk jerawat yang mana akan menjadi rutin penjagaan yang intensif pada kulit seperti yang diperlukan.

Pencarian serum terbaik untuk jerawat boleh menjadi sukar kalau kita tak tahu apa yang diperlukan oleh kulit berjerawat daripada sesuatu serum bagi merawatnya. Untuk memudahkan pembelian dan pemilihan serum terbaik untuk jerawat, ada beberapa campuran komponen yang perlu diperhatikan dan diutamakan dalam sesuatu serum menurut dermatologis.

website

3 Perkara Yang Diperlukan dalam Serum Untuk Kulit Berjerawat

  • Bahan yang melembap seperti Asid Hyaluronik.
  • Antioksidan yang meredakan kemerah-merahan pada kulit seperti Niacinamide.
  • Punca kuasa yang mampu memerangi jerawat seperti Retinol atau Salicylic Acid. (Nussbaum, 2019)

Serum terbaik untuk jerawat akan memiliki ketiga-tiga sifat melembap, antioksidan dan punca kuasa ini bagi hasil yang efektif dan memuaskan untuk anda. Jom kita lihat di bawah akan senarai serum-serum untuk anda cuba!

serum terbaik untuk jerawat
(gambar diperoleh dari upcirclebeauty )

Baca juga di sini tentang serum terbaik untuk kulit kusam.

Serum Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Jerawat

1. Some By Mi Yuja Niacin 30 Days Blemish Care Serum

some by mi untuk mengatasi masalah jerawat
(gambar diperoleh dari threebs )

Jenama Some By Mi meraih populariti sejak tahun lepas dan ianya memang a well-deserved spotlight untuk mereka. Serum yang menggunakan 82.37% ekstrak Citrus Junos Fruit sebagai antara bahan utama ini mengandungi sifat antioksidan, anti jerawat, dan anti-keradangan. (Chem, 2021) Niacinamide juga “membintangi” serum ini, jadi anda tak perlu fikir dua kali untuk mendapatkan produk dan selamat mencuba!

Kebaikan-kebaikannya:

2. La Roche Posay Effaclar Serum Anti-Acne Concentrate 30ml

serum yang terbaik la roche
(gambar diperoleh dari seknd)

Sesuai untuk mereka yang berkulit minyak dan cenderung untuk mendapat jerawat, serum daripada La Roche-Posay ini mengandungi beberapa jenis asid yang mampu melawan jerawat seperti Glycolic Acid, Salicylic Acid, Citric Acid.

Oleh kerana serum ni mempunyai kandungan acid yang banyak, individu yang memiliki kulit yang sangat sensitif tidak berapa digalakkan untuk memakainya walaupun ianya mengandungi Niacinamide yang bersifat anti-radang. Kalau nak juga, make sure anda sapukan moisturizer yang pekat selepas serum ni.

Kebaikan-kebaikannya:

3. Hiruscar Anti-Acne Serum 50g

anti-acne serum
(gambar diperoleh dari watsons )

Untuk pengetahuan anda, pembiakan jerawat berpunca daripada terlebihnya produksi sebum yang dipengaruhi oleh hormon androgen kita. Serum dari Hiruscar ini akan mengawal pengeluran sebum tersebut agar ianya seimbang dan bertindak mengecilkan penampilan pori-pori, serta mencerahkan kawasan gelap dengan bahan utama seperti Salycilic Acid, Artichoke Leafdan Laricyl.

Selain daripada agen membunuh jerawat dan pengawalan pengeluaran sebum, serum yang baik mestilah ada agen yang saling melengkapi iaitu dengan melembutkan, melembapkan serta meredakan kulit seperti Bisabolol, dan MPS Mucopolysaccharide.

Kebaikan-kebaikannya:

4. NARUKO Tea Tree Blemish Clear Brightening Serum 30ml

naruko tea membasmi masalah jerawat
(gambar diperoleh dari lazada )

Sesiapa yang pernah menggunakan sheet mask daripada Naruko yang berwarna hijau atau lebih tepat dipanggil Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear mask pasti sudah tahu betapa efektif nya produk daripada brand ni. Serupa dengan mask itu, serum ini juga mempunyai tujuan yang sama iaitu mencegah dan merawat jerawat dengan bahan utamanya iaitu Tea Tree Oil dan Salicylic Acid.

Diperkaya dengan beberapa agen pelindungan dan menyamankan kulit seperti Allantoin, ekstrak Lens Esculenta Seed dan Serenoa serrulata, serum ni juga sesuai untuk individu yang berkulit sensitif.

Kebaikan-kebaikannya:

5. Garden of Wisdom Salicylic Acid 2% Serum 30 ml

serum anti-jerawat
(gambar diperoleh dari lazada )

Liang pori yang sesak akan menjadi punca bakteria yang jahat untuk berkumpul dan menyebabkan keradangan dan jangkitan yang menghasilkan jerawat. Inilah sebabnya kenapa proses pengelupasan amat penting diamalkan dalam rutin penjagaan wajah dalam mendapatkan kulit yang jernih dan licin.

Serum Garden of Wisdom Salicylic Acid ini akan membantu anda mendapatkan acne free serta kulit yang bersih dengan proses yang menyeluruh, namun cermat dan lembut dari lapisan dermis (lapisan kedua kulit) sehingga ke epidermis (permukaan kulit).

Kebaikan-kebaikannya:

6. The Ordinary. Niacinamide 10% + Zinc 1% 30 ml

serum terbaik ordinary
(gambar diperoleh dari cultbeauty )

Campuran Niacinamide dan zink mempunyai kuasa yang unggul dalam membasmi cela pada kulit, liang pori yang besar dan warna kulit yang tidak sekata. Amat sesuai untuk individu yang memiliki kulit berminyak beserta berjerawat, serum daripada The Ordinary boleh didapati dengan harga yang mesra pengguna tanpa menganggu bank anda!

Kebaikan-kebaikannya:

Sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut tentang serum terbaik untuk kulit berminyak, sila klik di sini.

7. Sephora Collection Clarifying Serum 30ml

sephora anti-acne serum
(gambar diperoleh dari cosmily )

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa banyak sangat serum untuk kulit berjerawat ni targetnya adalah untuk individu yang memiliki kulit berminyak juga? Bagi yang tidak tahu, kulit yang mengeluarkan minyak secara berlebihan sangat berhubung kait dengan penumbuhan jerawat, jadi amatlah penting untuk anda mendapatkan sesuatu produk yang dapat menyeimbangkan pengeluaran minyak ini.

Serum daripada Sephora ini sesuai untuk individu yang berkulit minyak dan ingin mengurangkan penampilan wajah yang berkilau kerana ianya akan memberikan efek matte selepas penggunaan. Salicylic Acid yang terkandung dalam serum ini, seperti yang anda sudah sedia maklum, akan bekerja menyingkirkan kekotoran dan penyumbatan pada liang pori yang menjadi penyebab jerawat.

Kebaikan-kebaikannya:

Bagi anda yang mempunyai masalah jeragat, sila baca artikel yang kami sediakan tentang serum terbaik untuk jeragat di sini.

References