5 Produk Kecantikan Muka Yang Selamat dan Berkesan Pada Tahun 2022

Ingin mencari produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan? Pada zaman pandemik COVID-19 ni, ramai daripada anda (termasuk admin sekali) yang menghadapi masalah jerawat atau sensitiviti yang disebabkan oleh pemakaian pelitup muka dengan kerap. Masalah ni lebih dikenali sebagai ‘maskne’ dan ianya berlaku kerana kulit muka kita sering berselisihan dengan fabrik pelitup muka. Kulit kita juga most likely berasa lemas dan minyak pula terkumpul dalam folikel bulu roma kulit muka kita yang boleh menyebabkan pertumbuhan bintik-bintik putih/hitam.

Jadi, apa yang boleh anda buat untuk mengatasi masalah ni? No, bukan mengurangkan pemakaian pelitup muka tetapi anda perlu pertingkatkan tahap penjagaan wajah anda dengan menggunakan produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan!

slimming

Apakah Ciri-ciri produk Kecantikan Muka yang Selamat?

Untuk pengetahuan anda, produk yang mendakwa mempunyai kelulusan KKM tidak semestinya selamat untuk digunakan kerana KKM hanya mendaftarkan produk-produk ini sahaja, mereka tak check bahan yang terkandung dalam produk-produk itu. (Rahim, 2020) Jadi, anda kena rajin check sendiri bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu produk tu dan elakkan produk yang suka claim lebih-lebih serta tak masuk akal.

produk kecantikan muka yang selamat dan berkesan
(sumber: mindbodygreen )

Ciri-ciri Produk yang Selamat:

1. Bebas daripada Bahan-bahan Kimia yang Berbahaya

seperti merkuri. Bukan sahaja kulit yang terkena padahnya, malah seluruh kesihatan anda dan kontak rapat bakal terkena tempias. Memang ianya efektif dalam membantutkan pengeluaran melanin (pigmen yang menggelapkan kulit), namun itu sahaja lah kebaikannya. Lebih banyak buruk daripada kebaikan, jadi tolong elakkan. (ALS, 2018)

2. Bebas daripada Bahan-bahan Toksin seperti:

3. Dihasilkan secara Semula Jadi atau di Makmal

Sebenarnya susah untuk memastikan sesuatu produk itu bebas daripada SEMUA bahan-bahan yang berpotensi untuk sabotaj kulit anda. Maka, apa yang anda boleh lakukan adalah pastikan mendapatkan info-info yang benar seperti apa yang admin share kan dalam artikel ni. (Wong, 2019)</p

Chat dgn pakar estetik kami

Senarai Produk Kecantikan Muka Yang Selamat dan Berkesan

1. SK-II Facial Treatment Essence (Pitera Essence)

essence yang selamat
(sumber: sephora )

Biarpun jenama SK-II ini mahal, namun ianya sangat berpatutan dengan kehebatan-kehebatan yang ditawarkan untuk kulit anda. Ianya memang dah popular dari dulu lagi sejak zaman ibu bapa admin masih muda. Sesuai untuk individu yang mempunyai kulit tak bermaya dan kusam, serta memiliki parut-parut jerawat yang gelap, SK-II Facial Treatment Essence akan bertindak “mengundurkan” masalah-masalah itu. Bahan utama yang terkandung dalam essence ini adalah Pitera™ yang diperkaya dengan lebih 50 khasiat-khasiat mikro seperti vitamin, mineral, asid amino, dan acid-acid semula jadi lain untuk melembutkan kulit.

Ianya adalah toner dan essence dalam satu botol, 2 dalam 1. Jadi, anda perlu menggunakannya selepas mencuci wajah dan sebelum pemakaian moisturizer. Semua jenis kulit boleh memakainya.

Kebaikan-kebaikannya:

2. Farmacy Honey Drop Lightweight Moisturizer

produk kecantikan yang selamat
(sumber: farmacybeauty )
Pelembap gel krim yang sangat ringan tetapi amat menghidratkan agar kulit sentiasa lembap serta cukup penghidratannya. Ianya diformulasikan dengan madu tinggi antioksidan, asid hyaluronik dan manik mentega cupuaçu emas untuk menyuburkan kulit. Ramai yang sudah try moisturizer ni sangat berpuas hati, tak kiralah mereka mempunyai kulit kering, sensitif, berminyak mahupun kulit kombinasi.

Bagi anda yang belum tahu, moisturizer mestilah dijadikan sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan muka agar ianya dapat mengunci segala bahan-bahan seperti serum, face oil dan essence dengan baik.

Kebaikan-kebaikannya:

3. Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask

produk kecantikan muka innisfree berkesan
(sumber: threebs )

Ingin meluangkan masa free anda dengan relaks sambil membersihkan kulit anda secara intensif? Gunakanlah mask tanah liat yang berkrim dari Innisfree ni! Ianya diformulasikan dengan Jeju Volcanic Cluster – zarah mikro yang jauh lebih kecil daripada pori-pori kulit manusia untuk menyerap kotoran dan minyak secara intensif sambil mengelupas kulit dengan lembut untuk kulit yang lebih cerah dan glowing.

Penggunaannya adalah selepas pembersihan wajah, sapukan pada kulit yang telah dikeringkan, elakkan kawasan mata dan bibir. Selepas tu, bilas sehingga bersih dan ikuti dengan langkah-langkah penjagaan muka yang lain. Pakai 2-3 kali seminggu.

Kebaikan-kebaikannya:

Ketahui di sini tentang pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat.

4. Laneige Lip Sleeping Mask

sleeping mask yang berkesan
(sumber: laneige )

Bibir adalah sebahagian daripada muka juga, so anda mestilah pentingkan kesihatannya dengan menggunakan produk yang selamat dan berkesan! Pernah tak satu hari tu bibir anda rasa sangat kering dan pucat walaupun anda minum air dengan cukup seharian? Sebenarnya bibir anda perlukan perhatian yang lebih seperti kulit muka anda juga. Mask tidur untuk bibir dari Laneige ni akan meningkatkan kelembutan, dan mengurangkan rekahan pada bibir anda sewaktu anda tidur.

Ianya memiliki 3 perisa yang nyaman dan sedap iaitu beri, limau gedang dan limau epal. Masing-masing diperkaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan antioksidan.

Kebaikan-kebaikannya:

5. Fresh Rose Deep Hydration Oil-Infused Serum

produk kecantikan muka yang selamat
(sumber: fresh )

Serum dari Fresh ini adalah serum pertama yang disuntik minyak untuk jenama ini. Ianya bertujuan untuk membekal hidrasi dalam jangka masa panjang sehingga 24 jam. Kalau anda inginkan kulit yang glowing (tanpa bahan yang berbahaya) dan sihat, serum yang mengandungi Damask, Camelina Oil dan Rose Flower Oil ini akan membantu anda dengan sangat baik!

Sesuai untuk individu yang berkulit kering dan kusam, serta kulit kombinasi.

Kebaikan-kebaikannya:

Ingat ya, harga produk kecantikan yang murah tak semestinya menjamin atau membantu anda dalam penjimatan wang. Ini kerana kalau anda beli produk yang murah dan diragui, kesan-kesan sampingan yang anda alami nanti akan berakhir dengan kos rawatan yang jauh lebih tinggi daripada produk yang berharga sedikit mahal, namun cukup berkualiti. Anggaplah produk skincare yang sedikit mahal ini sebagai pelaburan untuk kepuasan dan kesenangan pada masa hadapan.

slimming

References