5 Tips Memilih Pelembap Muka

Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia penjagaan wajah, pasti produk-produk pelembap muka yang terlalu banyak di pasaran membuatkan anda keliru dan tak pasti yang manakah berbaloi untuk dimiliki? Jangan risau, dalam artikel kalini penulis akan menyediakan beberapa tips memilih pelembap muka yang akan membantu anda sedikit sebanyak.Setelah selesai membaca tips memilih pelembap muka, anda boleh juga membaca tentang pelembap muka terbaik di Malaysia di sini. Mengapa rutin melembapkan wajah itu penting?

tips memilih pelembap
(gambar diperoleh dari dermstore)

Rutin penjagaan wajah seperti serum, essence dan sebagainya dianggap seperti langkah yang extra dan bukanlah suatu yang asas dalam dunia skincare walaupun kebaikan-kebaikan produk-produk ini tak dapat disangkal, berbeza dengan pelembap wajah.

ask physician

Facial Moisturizer ni sangat penting dan di bawah adalah antara 4 Sebabnya:

1. Mengurangkan Potensi untuk menghadapi Masalah-masalah kulit.

Kegunaan pelembap wajah yang serasi dengan kulit akan membantu kulit anda mengekalkan keseimbangannya. Jika kulit anda dibiarkan terlalu kering atau lembab, masalah yang common seperti jerawat akan mudah timbul.

2. Dapat mengurangkan Penampilan Cela pada Kulit.

Kulit wajah anda selepas penggunaan moisturizer akan memberikan anda glow yang sihat dan sekali gus dapat “tenggelam kan” kecelaan pada kulit yang lain.

3. Kulit anda akan Kekal Muda pada jangka masa yang lama.

Kulit muka adalah antara kawasan yang paling sensitif dan aktif dalam menggantikan lapisan kulit. Ini membawa maksud yang ianya mudah menjadi kering dan sebenarnya antara kawasan yang berisiko paling tinggi untuk terkena barah kulit. Jadi, rutin melembapkan kulit akan dapat merangsang kulit anda dalam membaik pulih dengan sendiri dan kekal sihat.

4. Dapat melawan Pembentukan Kedutan pada Wajah.

Menurut kajian dalam British Journal of Dermatology, individu yang mengamalkan rutin melembapkan kulit muka memiliki kurang kedutan berbanding orang yang tak mengamalkan pelembap muka (memiliki kulit kering). (WILLIAMS, 2020)

ask physician

5 Tips Memilih Pelembap Muka

Pelembap wajah terdiri dalam beberapa jenis iaitu krim, losyen dan ointment. Semuanya bergantung pada jenis kulit yang anda miliki. Sebagai contoh, kulit yang kering dan/ atau gatal memerlukan pelembap wajah yang lebih pekat dan berasaskan minyak seperti ointment atau pun krim. Selalunya pelembap muka yang berasaskan losyen sesuai untuk individu yang mempunyai kulit yang berminyak. Ha, faham kan? Okay, jom kita tengok di bawah tips-tips memilih pelembap muka.

1. Beli Pelembap yang Serasi dengan Keadaan dan Jenis Kulit anda.

Seperti yang penulis sudah sebutkan di atas, kulit yang bermiyak sesuai menggunakan pelembap muka yang berasaskan air iaitu losyen, manakala kulit yang kering sesuai menggunakan pelembap muka yang berasaskan minyak iaitu ointment.

Ini adalah untuk memastikan yang pelembap-pelembap wajah ni tak menyumbat liang pori, dan dapat mengekalkan kelembapannya ke atas kulit anda dengan lama.

Berita baik untuk yang berkulit minyak! Kami dah sediakan penulisan tentang pelembap muka untuk kulit berminyak di sini, silalah baca.

2. Pastikan apakah Jenis Kulit anda.

Kerunsingan ni amatlah difahami sebab bukan semua orang fokus tentang keadaan kulit mereka sepanjang masa. Jadi, macam mana nak kenal pasti jenis kulit yang anda miliki?
Caranya adalah dengan:

Sekiranya anda memiliki kulit yang kering, dalam artikel yang lain ni, kami sediakan senarai pelembap muka untuk kulit kering khas untuk anda.

3. Apakah Fokus anda selain melembapkan Kulit?

Kita semua dah sedia maklum yang pelembap wajah bertujuan untuk melembapkan, tetapi apakah yang anda ingin capai untuk kulit seperti anti-penuaan? Hilangkan jerawat? Hilangkan parut?

Pilih pelembap wajah mengikut target anda supaya anda dapat result yang diidamkan dan memuaskan hati! Adalah penting untuk anda sematkan dalam ingatan yang kulit kita sentiasa berubah mengikut peningkatan umur. Semakin kita menginjak umur, semakin kering kulit kita kerana pengeluaran sebum akan berkurangan. (ALCHEMIST, 2021)

Bagi anda yang sudah menginjak usia 40 an atau anda nak tahu tentang produk anti-aging terbaik di Watson, klik di sini.

4. Pilih Moisturizer yang mengandungi SPF untuk Siang Hari

Tidak kira lah kulit anda berminyak ke, kering ke, atau sensitif, perlindungan daripada cahaya matahari adalah penting menurut hampir kesemua dermatologis. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya salah satu perkara yang membezakan krim malam dan siang adalah kandungan SPF, selain itu, mereka tidak banyak perbezaan.

Jadi, kalau anda berdegil untuk membeli moisturizer tanpa SPF supaya anda boleh menggunakannya pada siang dan malam, jangan lupa untuk pakai sunscreen lepas memakai moisturizer.

5. Cuba elakkan Bahan-bahan yang berisiko untuk menyebabkan iritasi pada Kulit anda.

Menurut seorang ahli dermatologi, Dr. Andrea Cambio, ada beberapa bahan-bahan yang perlu anda elakkan dalam pemilihan pelembap muka. Di bawah adalah senarainya.

a) Perwarna dan wangian

Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, kulit kering atau pun kedua-duanya, bahan-bahan seperti ni boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda. Bahan antibakterial juga perlu dielakkan kerana ianya kasar dan mengeringkan kulit dengan meragut minyak semulajadi daripada kulit.

b) Asid laktik dan urea

Untuk individu yang mempunyai masalah ekzema, elakkan kedua-dua bahan ini kerana ianya boleh mengeringkan lagi kulit anda. Ekzema dan kulit yang kering adalah rakan yang baik, tetapi buruk untuk anda.

c) Terlalu banyak asid

Cuba elakkan AHA, salicylic acid, asid glikolik dan sebagainya kerana bahan-bahan ni meresap dalam kulit dengan jauh dan boleh menganggu kulit yang rapuh. Nasihat ni khas untuk individu yang memiliki kulit kering dan sensitif. (Fries, 2012)

Chat dgn pakar estetik kami

References