Ramai pengguna makeup berpendapat bahawa kebaikan-kebaikan cleansing oil ini banyak sebagai salah satu cara untuk anda menanggalkan makeup. Penulis bersetuju dengan pendapat-pendapat peminat solekan ni sebab penulis pun adalah seorang pengguna makeup remover jenis ini, kerana banyak kebaikan cleansing oil, tahu? Anda sekarang masih menggunakan penanggal makeup yang memberikan iritasi kepada kulit ke? Kalau ya, sila baca artikel ni dengan lebih lanjut untuk mengenali cleansing oil dan kebaikan-kebaikan cleansing oil secara ringkas.
(gambar diperoleh dari simple )
Apabila seseorang mendengar perkataan “cleansing”, pasti mereka berfikir tentang sesuatu yang berbuih-buih dan perlu dibilas. Well, cleansing oil pun perlu dibilas cuma ianya berbeza dari segi tekstur dan lebih baik dalam menanggalkan solekan.
Pencuci makeup yang berasaskan minyak ini lain daripada pencuci makeup yang lain kerana surfaktan bukanlah bahan utama yang ia gunakan untuk berinteraksi dengan solekan, minyak dan kekotoran pada wajah anda. Ianya juga bersifat lipofilik yang mana akan menjadi magnet kepada minyak-minyak pada permukaan yang disentuh.
Walaupun kebanyakan cleasing oil juga mengandungi surfaktan dan emulsifier yang mana akan berubah menjadi tekstur susu apabila terkena air, namun minyak adalah “bintang utama” yang akan berfungsi untuk menyingkirkan perkara-perkara yang penulis sebutkan tadi iaitu solekan, minyak dan kekotoran . (Choice, n.d.)
Kita perlu berterima kasih kepada trend K-Beauty ataupun Korean Beauty kerana sebab inilah cleansing oil dikenali dan mula digunakan secara meluas pada tahap global. Kalau tidak, kita akan stuck dengan kain atau wipes je yang mana kadang-kadang boleh menyebabkan keradangan kulit menurut pakar kecantikan, Jane Scrivner. (Lawlor, 2019)
Selain melembapkan kulit kita, minyak juga mempunyai “purpose” lain apabila ianya dirumuskan dengan bahan-bahan yang tertentu iaitu sebagai pelarut. Secara semula jadinya, minyak akan lebih cenderung untuk tertarik dengan minyak yang lain dan ini secara langsung akan memudahkan proses penanggalan solekan ataupun penyingkiran kekotoran dari wajah kita. (Choice, n.d.)
Bagi penulis, cleansing oil ini banyak kebaikannya selain daripada keuntungan peribadi, ianya juga boleh mengurangkan pencemaran alam semula jadi yang mana makeup wipes tak mampu untuk lakukan.
Tahukah anda? 93% daripada punca penyumbatan pembetung di United Kingdom adalah disebabkan oleh makeup wipes. Ini kerana, 9.3 juta make up wipes ini di flush ke dalam mangkuk tandas pada setiap hari dan menyebabkan penimbunannya di lautan, seterusnya merosakkan alam sekitar. (Lawlor, 2019)
Sebab itulah kalau anda ingin menggunakan makeup remover wipes, suka penulis ingatkan anda agar buang wipes tu dalam trash can dan bukan mangkuk tandas supaya pelupusan makeup wipes ini diuruskan dengan cara yang sepatutnya, ya!
Seperti yang sudah disebutkan awal-awal tadi, oil cleanser akan menarik atau attract benda-benda yang berasaskan minyak dengan lebih baik seperti foundation, minyak lebihan pada muka, dan sunscreen. Liang pori anda juga tidak akan tersumbat kerana sebum berlebihan itu sudah disingkirkan bersama bahan-bahan asing daripada wajah
Ini berlainan dengan pencuci yang berasaskan air yang mana hanya akan membersihkan kebendaan pada permukaan kulit anda sahaja seperti peluh, kulit mati dan kekotoran. Sebenarnya, pencuci berasaskan minyak dan air ini adalah penting dan ada kelebihan masing-masing.
Maka, terwujudlah istilah “double-cleansing” dalam dunia penjagaan wajah kerana kedua-kedua jenis pencuci makeup dan wajah ini akan melengkapi satu sama lain dalam membersihkan muka anda dengan baik. (Mahmud, 2019)
Baca juga di sini tentang micellar water terbaik di Malaysia.
Amatlah penting bagi anda untuk menggunakan pencuci makeup yang tidak akan meragut natural oil daripada kulit anda kerana itu akan menyebabkan masalah kulit yang lain. Kebiasaannya, pencuci muka ataupun makeup remover yang berbuih tebal akan mengeringkan kulit dan kulit wajah juga akan berasa tegang serta pedih.
Oleh itu, cleansing oil adalah antara pilihan pencuci wajah atau solekan yang paling baik kerana selepas penggunaan, ia akan meninggalkan kulit anda menjadi lembut dan mulus, serta kelembapan kulit anda tidak akan terganggu.
Tidak dapat dinafikan yang sekali-sekala, makeup yang tebal memang best sebab kita boleh lihat versi diri kita yang lain. Namun, pencuci muka biasa tidak akan dapat membersihkan makeup tebal ni dengan sendirinya.
Jadi, cleansing oil akan menyelamatkan hari anda dengan memudahkan penanggalan makeup yang degil ini.
Cara yang penulis sendiri amalkan adalah:
Baca juga disini sekiranya anda ingin ketahui tentang pelembap muka terbaik di Malaysia.
Nota
Sekiranya anda belum pernah try cleansing oil dan ini adalah kali pertama penggunaan, penulis sarankan anda melakukan test patch pada kulit anda untuk 24 jam terlebih dahulu supaya anda dapat elakkan tindakbalas yang tidak baik.
Elakkan daripada membeli cleansing oil yang mengandungi mineral oil dan pewangi bagi individu yang berkulit sensitif.
References