Kenapa cara menghilangkan jerawat resdung di muka amat penting? Kegatalan, sakit kepala dan bendalir cair keluar dari hidung serta bersin yang disebabkan oleh kehadiran jerawat resdung. Ini cukup merimaskan dan pasti akan mengganggu kualiti hidup seseorang. Tetapi, bayangkan pula tentang mereka yang mengalami jerawat resdung; dua ‘dunia’ yang merimaskan bergabung yang pasti membebankan anda! Hampir 80 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah jerawat, dan walaupun jerawat resdung ini adalah kes yang sedikit berbeza berbanding masalah jerawat biasa, marilah kita fokus terhadap sebab dan cara mengatasi jerawat resdung ini.
Kenapa kami sangat yakin?
Clearogen dijual dalam klinik dermatologi sangat berkesan untuk menyelesaikan masalah jerawat. Ikut langkah2 yang recommend daripada doktor dan guna produk ini boleh hilangkan jerawat resdung yang serius. Ini adalah salah satu cara menghilangkan jerawat resdung di muka dengan kesan yang paling baik.
3 langkah dengan penggunaan produk Clearogen – Gentle Foaming Cleanser, Clarifying Toner, & Acne Lotion. Wasap admin untuk dapatkan perundingan percuma terus daripada kulit pakar kita.
Jika anda sentiasa pakai makeup, guna micellar water boleh cuci makeup dan mengelakkan jerawat.
Untuk pengetahuan anda, terma ‘jerawat resdung’ tidak terlalu tepat kerana jerawat dan resdung adalah masalah kesihatan yang berbeza. Walau bagaimanapun, jerawat resdung yang sering disebut secara kasual ini adalah masalah kulit yang hampir sama dengan jerawat biasa cuma ia disebabkan oleh alahan resdung.
Akan tetapi, masalah jerawat di muka dan resdung boleh hadir dalam waktu yang sama dan mereka juga berhubungkait. Baca lebih lanjut untuk mengetahui tentang masalah kulit yang disebabkan oleh resdung ataupun lebih dikenali sebagai jerawat resdung.
Penulis sendiri mempunyai masalah resdung dan menurut penyelidikan kecil yang telah kami lakukan, jerawat resdung disebabkan oleh alahan kulit anda terhadap sesuatu seperti persekitaran dan pemakanan anda.
Alahan ini terjadi disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil histamin yang digunakan oleh sistem imun badan kita bagi melindungi dan membantu sel-sel badan kita daripada terkena jangkitan.
Apabila objek asing yang berbahaya dikesan oleh sistem imun badan kita seperti virus atau bakteria, histamin akan dilepaskan ke sel-sel yang berdekatan. Walaupun histamin ini adalah protein yang berguna bagi melindungi badan kita, kadang kala ia akan tersilap dalam mengesan bahan-bahan yang tidak berbahaya sebagai ancaman seperti debunga dan hama.
Setelah histamin dilepaskan, ia akan menyebabkan saluran darah kecil mengembang dan kulit di sekitar kawasan jangkitan akan membengkak, sekali gus akan menyebabkan keradangan.
Fungsi pengembangan saluran darah ini adalah untuk membolehkan lebih banyak sel darah putih dihantar ke kawasan terjangkit tersebut untuk melawan jangkitan. Pembengkakan kulit sekeliling sebenarnya adalah untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian badan yang lain.
Kebanyakan penghidap jerawat resdung mempunyai alahan terhadap beberapa jenis makanan, dan ini semua bergantung kepada individu. Hal ini kerana, setiap penghidap resdung mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap makanan dan minuman yang disenaraikan di bawah. Antara yang perlu dielakkan ialah;
Perkara-perkara ini lah berkemungkinan besar yang menyebabkan resdung atau nama saintifiknya Sinusitis. Di bawah penulis listkan ciri-ciri jerawat resdung.
Suka penulis ingatkan sekali lagi kepada anda bahawa resdung dan jerawat adalah dua masalah kesihatan yang berbeza. Jadi, rujuklah doktor atau pakar kulit untuk mengenal pasti apakah masalah kulit yang anda hadapi. Sekiranya anda sudah confirmed bahawa masalah kulit ini adalah ‘jerawat resdung’, bolehlah anda merawat masalah ini dengan cara yang sewajarnya.
Ini adalah cara paling asas untuk mengekalkan kesihatan iaitu minum air secukupnya. Jangan pula dipaksa diri sehinggakan kembung, cukuplah sehingga kadar air dibadan anda optimized. Cecair yang kita minum ini akan membantu mendorong lendir keluar dari rongga hidung and mengelakkannya dari menebal yang seterusnya boleh menyebabkan keradangan yang lebih teruk. =
Menurut seorang Pakar Runding Telinga, Hidung, Tekak (ENT) Kepala dan Pembedahan Leher, Dr. Malina Sivarajasingam, ubat-ubatan seperti yang dilistkan di bawah boleh merawat dan mengurangkan alahan resdung serta membuka ruang tersumbat.
Menurut penjelasan Dr. Malina lagi, kebanyakan sinusitis dapat diredakan dengan antibiotik, kerana ianya dapat membunuh kuman yang sedang membiak. Sekiranya ubat-ubatan tidak berfungsi, maka pembedahan kecil mungkin akan dijalankan.
Kekeringan dan kegatalan kulit yang disebabkan oleh jerawat resdung memerlukan anda untuk menjadi lebih peka terhadap pilihan produk kecantikan dan skincare anda.
Pilih produk yang bebas daripada alkohol, pewangi, sodium lauryl sulfate (SLS), paraben dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan iritasi kepada kulit. Bahan-bahan yang disebutkan boleh mengeringkan, memedihkan dan menyumbat liang pori kulit anda.
Jadi, pilihlah produk kecantikan yang bersifat noncomedogenic.
Terdapat beberapa cara lain untuk mengawal masalah jerawat resdung ini iaitu;
Rujukan